08 Januari 2010

Terkini : Ds. Nizar kemalangan, mengalami cedera ringan

IPOH : Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Ds. Muhammad Nizar Jamaluddin terlibat dengan kemalangan jalanraya di hadapan Hotel Cassuarina Ipoh pagi ini. Demikian berita yang disahkan oleh pembantu peribadi beliau, Sdr. Amran Harun.

Ds. Nizar dikatakan memandu sendiri dalam perjalanan ke sebuah Klinik Gigi kerana ada temujanji pada pagi ini.

Beliau sekarang berada di Hospital Tuanku Bainun Ipoh dan mengalamai cedera ringan di bahagian kaki.

Kereta yang dipandunya dikatakan terbalik dan keempat-empat tayarnya diatas dalam kemalangan itu.


14 ulasan:

cucu pejuang berkata...

Apa petanda kepada rakyat Perak?Syukur DS selamat dan cuma cedera ringan.Kita doakan beliau terus diberi kekuatan dalam meneruskan perjuangan rakyat.Teruskan perjuangan DS.......Takbir!

Blogger Celako celako celako berkata...

ya allah kasihannya.

ader berapa ribu juta rakyat yang melawat menteri besar perak yang kita sayangi ni??

habis jahanam la negeri perok ni

celako celako celako

ainhany berkata...

salam
semuga tak memudaratkan hendaknya..seorg pejuang akan diuji..byk kan sabo dan istifar..dapat rest juga je yb DS

Tanpa Nama berkata...

semoga semuanya selamat

YoB4EvEr berkata...

semoga dato' seri cepat sembuh..
amin...mudah2an..

Tanpa Nama berkata...

mudah2 an YB cpat sembuh.kalo yb idhamlim ada gambo YB kongsi2kan lah ye

Tanpa Nama berkata...

upload laaa gmbr YB!!!!!!!

Pemuda PAS Kijal berkata...

salam... berhati2 dijalanraya yg penuh hantu raya...

abukhuzaifah berkata...

nasib baik keta toyota camry,kalo keta proton perdana ka tak tau la...wallahu`alam

Corong Kita berkata...

Salam.

Dengan izin Allah agar Dato Seri kembali sihat.

Terokai keajaiban Malaysia di :

http://corongkita.blogspot.com/2010/01/official-announcements-new-8-wonders-of.html

Tanpa Nama berkata...

Ujian dari Allah, dato' seri, bebanyakkan sabor, kami penduduk kg. buluh akor, parit sentiasa mendoakan keselamatan kepada dato' seri, amin dan kami berdiri teguh dibelakang dato' seri... takbir!!!

Tanpa Nama berkata...

kepada bloger celako diatas.. semoga tuhan memberi hidayah kepadanya... Jika terus dengan demikian semoga tuhan menurunkan bala dan laknat keatasnya

baei berkata...

Semoga Allah beri perlindungan dan keselamatan kepadanya.

anakjatiperak berkata...

petang tadi ana sempat melawat dato seri. alhamdulillah..dato seri menerima semua orang untuk melawat.tiada protokol.tiada kawalan bodyguard. ana rasa bangga kerana ana dan anak ana dapat masuk dan berbual dengan dato seri. Dato seri sihat dan ramah melayan tetamu yang menziarahnya di bilik teratai Hosp tuanku bainun ipoh.