21 Muharram 1431
http://syukran.wordpress.com
Kepelbagaian agama di Malaysia adalah satu keunikan, tetapi sebagai umat Islam kita harus tahu membezakan yang mana amalan Islam dan yang mana bukan Islam.
Sesungguhnya menyembah Patung Salib, Buddha, Hindu dan apa jua patung boleh membawa kepada kekufuran jika dilakukan oleh umat Islam.
Saya teruja bila Umno secara tiba-tiba tampil cuba menjuarai konflik penggunaan nama Allah.
Namun ditengah-tengah kekalutan itu, kita tidak lupa bahawa pemimpin Umno juga selalu melanggar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan tindakan bertafakur di Tugu Negara kerana ia boleh membawa kepada perlakuan mensyirikkan Allah dan bertentangan dengan ayat-ayat Surat Al-Ikhlas yang dijadikan Umno bahan hujjah dalam isu nama Allah ini:
"Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya"-Surah Al Ikhlas ayat 1-4.
Sesungguhnya Allah adalah Tuhan Yang Maha Esa dan tiada apa pun jua yang layak disembah, melainkan Allah. Allah sesekali tidak boleh disamakan seperti atau dibandingkan dengan Patung Salib, Buddha, Hinddu dan Tugu Negara. Yang jelas Patung Salib, Buddha, Hinddu dan Tugu Negara bukan tuhan kita.
Maka segala iktikad, niat, percakapan, dan perbuatan kita hendaklah selari dengan apa yang Allah sudah sebutkan dalam Surah Al-Ikhlas.
Berikut adalah kertas perbahasan dan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung isu Tugu Negara:
________________________________________
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa : Kali Ke-19
Tarikh : 6 - 7 Oktober, 1987
Tempat : Dewan Syura, Tingkat 11,
Pusat Islam Malaysia, Kuala Lumpur.
1. Ulasan/Hujah
1.1. Muzakarah telah mengambil maklum terhadap kertas kerja yang dibentangkan dan juga penjelasan Sahibul Fadhilah Kol. Haji Abdul Hamid bin Zainal Abidin seperti berikut:
(a) Penubuhan Angkatan Tentera Malaysia (A.T.M) adalah atas model Angkatan Tentera British (A.T.B), boleh dikatakan sebahagian besar mengenai undang-undang, peraturan-peraturan, adat resam dan tradisi yang dipraktikkan oleh ATM tidak banyak berbeza dengan apa yang dilaksanakan oleh ATB. Oleh itu tidak dinafikan terdapat banyak perkara yang terpengaruh dengan ciri-ciri penjajah yang nyata bertentangan dengan ajaran Islam.
(b) Di antara sekian banyak amalan tradisi yang berbau ciri-ciri penjajah tetapi masih kuat dipertahankan ialah Hari Kenangan Rakan Seperjuangan yang diraikan di Tugu Negara dengan aturcaranya yang tersendiri. Sebenarnya kenangan ini hanya disambut setahun sekali sempena menyambut Hari Ulang Tahun ATM. Upacara ini merupakan salah satu daripada perkara-perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam yang masih diamalkan dalam ATM sekarang ini. Untuk menghapuskan segala perkara ini memerlukan kesabaran dan memakan masa yang agak panjang dan usaha ini perlu dibuat supaya ATM akan bersih daripada sebarang kemungkaran. Kerana kemungkaran-kemungkaran itu akan melemahkan kedudukan ATM dan negara ini sendiri.
(c) Upacara sepertimana yang dijelaskan di dalam kertas kerja ini merupakan satu upacara yang mengandungi ciri-ciri yang nyata bercanggah dengan akidah Islam dan masih kuat dipertahankan oleh pihak ATM terutama oleh pegawai-pegawai peringkat atasan dengan alasan ianya adalah satu tradisi yang perlu dipertahankan.
(d) Di akhir-akhir ini telah timbul suasana keresahan di kalangan sebilangan anggota tentera yang telah menyedari bahawa upacara ini adalah tidak Islam, menyebabkan mereka merasai serba salah. Berbagai cara telah dilakukan oleh mereka bagi mengelakkan diri daripada menghadiri upacara tersebut.
1.2. Muzakarah telah mengambil ingatan terhadap pandangan-pandangan yang dikemukakan oleh para ahli seperti berikut :
(a) Upacara Hari Kenangan ini adalah mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan akidah Islam dan membawa kepada syirik.
(b) Oleh kerana upacara ini nyata bertentangan dengan akidah Islam, maka hendaklah dicadangkan kepada Kementerian Pertahanan supaya upacara ini ditiadakan dan diganti dengan upacara tahlil.
(c) Aturacara yang tidak menyalahi dengan syarak yang terdapat dalam upacara ini seperti pembacaan sajak bolehlah diteruskan. Aturcara ini boleh disusun dengan lebih baik dan diperbesarkan lagi, misalnya dengan menjemput penyair-penyair yang terdapat di negara bagi mendeklamasikan sajak-sajak yang boleh menaikkan semangat perjuangan dan seumpamanya.
(d) Selain daripada upacara ini terdapat banyak lagi upacara yang perlu difatwakan, umpamanya tos semasa minum ucap selamat dan lain-lain lagi. Perkara-perkara tersebut bolehlah dibawa kepada Jawatankuasa ini dari semasa ke semasa.
2. Keputusan
Muzakarah telah mengambil keputusan bersetuju iaitu :
(a) Amalan-amalan seperti tiupan Last Post bertafakur dengan menundukkan kepala selama 20 saat, meletakkan kalungan bunga, bacaan sajak, nyanyian dan tiupan Rouse yang dilakukan di hadapan Tugu dalam upacara menyambut Hari Kenangan Rakan Seperjuangan olah Angkatan Tentera Malaysia adalah bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik.
(b) Bacaan sajak yang boleh menimbulkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan dengan syarat tidak dilakukan di hadapan Tugu atau di tempat-tempat atau dalam suasana yang dilarang oleh syarak.

12 ulasan:
UMNO nak tarik sokongan
BN cuba alih perhatian rakyat dari isu kenaikan harga gula dan barang
jangan terperangkap dengan jerat UMNO dan BN
bagaimana pihak yang menolak hukum allah menjadi hero pula nak bela islam???
Wahai sudara ku orang orang Pas, ingatlah cerita pelacur dan orang Alim. Tiada siapa yang dapat menentukan siapa yang akan ka syurga atau siapa yang akan ka neraka.
Janganlah letak kan politik lebih atas dari ugama.
Tak kira apa pemimpin parti kata, kita haruslah membuat keputusan untuk diri kita sendiri mengenai akidah kita.
Kebelekangan ini Pas amat celaru, adakah itu petanda Allah nak mengigatkan sesuatu pada kita? Adakah apabila kita ada kuasa kita memerentah secara mengikut kata hati? Apabila MEREKA mendahulukan anak menantu, kita cerca. Apabila kita yang buat begitu, dikira ok.
Kita semua akan di soal di akhirat kelak, fikir fikirkan lah.
Prime Minister Najib Abdul Razak today said that the government cannot stop people from gathering at mosques tomorrow to protest against a court decision which had allowed the Christian publication Herald to use to term "Allah". "Malaysiakini" Nape xg pancut jerr air asid tue???? huh inilah politik murahan UMNOBN....
sokong salah x sokong pun salah..
depa jugak yg betui...
Kepada yes
kalau UMNO betul sayangkan ISLAM mereka tak buang bahasa jawi, mereka tak akan cabut peruntukan sekolah agama, mereka tak akan halang kelantan laksanakan huhud, mereka akan buat undang undang murtad,dan macam macam lagi,Sekarang semua kuasa ditangan mereka,mahkamah pun mereka punya, segala akta dad peraturan pun mereka punya,hakim pun mereka punya polis pun mereka punya,KDN pun mereka punya.FRU pun mereka punya.Keputusan pun dah ada ditangan mereka.Jadi apa masalah nya.Bukan susah pun kita nak baca skrip ni.Kalau kes Nizar tak sampai 24 jam keputusan pun boleh terbatal,tak kecoh macm ni pun.UMNO saja buat kecoh.luorang sendiri pikirla.
betul tu umno memang bodohh dan bangang hukum islam tak nak pakai yg dia pakai ikut suka hati dia
umno memang bodoh dan bangang hukum islam tak nak pakai yg dia pakai hukum ikut selera umno lepas tu nak jadi hero pulak lu pk la sendiriii
Sebut je takutkan Allah...tapi hukum Allah tak nak pakai...dedah aurat sana sini...hiburan berleluasa...riba..mainan aje...kebajikan rakyat tak terjaga...fikirlah sendiri..orang tak takut hukum Allah..ada hati nak bercakap pasal penggunaan perkataan Allah. Jelas sungguh mereka itulah yang menghina Allah.
Depa habih Modal da..
Tunggu pilihanraya akan dtg..
Musti telungkup punya.. Ini Isu kalimah allah
Pun depa main2kan. Depa nie mmg Manusia topeng Nates. Sape tolak Hukum Islam maknanya Tolak
Hukum allah.. Siapa tolak Hukum allah maknanya..
KaFFFFF.... Sendiri mau igt.
Catat Ulasan