27 Januari 2010

SALAHKAH GURU?

11 Safar 1431H
Emel : Naninu Sakun

Assalamualaikum semua!

Tanggal 25 Januari 2010, muka hadapan kosmo telah meletakkan kes GURU SAMAN BEKAS GURUBESAR. Dalam kes ni guru berkenaan telah memfailkan saman terhadap 2 bekas gurubesarnya dan seorang pegawai di JPN Kedah. Semuanya ini terjadi ekoran guru berkenaan menghadapi tekanan yang teruk dek perbuatan mereka yang kena saman. Dalam hal ini siapa yang perlu dipersalahkan? Saya tidak sabar untuk melihat kes ini bila dibicarakan nanti. Segala2nya kita serahkan pada mahkamah. Yang saya nak ulas dalam kes ini BURUK SANGATKAH GURU hingga kes ini diletakkan dimuka hadapan akhbar sebagai tajuk utama. Di dalam akhbar tersebut juga mengulas kes2 guru menyaman di Malaysia ini. Secara kesimpulan bila saya membacanya menunjukkan guru2 berdosa besar. Kenapa ini terjadi? Kenapa Setiausaha KPPK tidak membela guru2 ini? Mana KPPK? Mana Presiden KPPK? Kenapa bila kes2 yang membabitkan guru2 hanya setiausaha KPPKje yang pandai bersuara di media kononnya anda pembela guru? Kenapa bila ada guru menghubungi anda, anda memarahi pula guru? Saya ada bukti dalam hal ini wahai setiausaha KPPK. Kita tinggalkan setiausaha KPPK biar beliau muhasabah diri.

Bila sebut sahaja kes yang membabitkan guru2 di Malaysia tidak kiralah betul ataupun tidak, saya lihat media akan menyalahkan guru2. Guru2 juga ada hati dan perasaan, takkanlah sebab nila setitik semua guru dihukum durjana. Guru2 sendiri telah terbeban dengan tugasan di sekolah yang memang dah mencabar etika profesional mereka. Bayangkanlah dari seawal jam 5 pagi mereka telah bangun untuk menyiapkan diri bagi menghadapi tugasan seharian mereka. Sesampai sahaja disekolah segala2 tugasan bermula dari yang wajib hinggalah yang sunat dan harus. dalam hal ini guru2 lebih faham maksud yang tersirat ini. Namun begitu kenapa media tidak nampak? Kenapa KOSMO tidak nampak? Didalam etika perguruan telah jelas seseorang guru tidak boleh menjatuhkan airmuka seseorang guru itu dihadapan guru2 lain dan murid serta orang sekeliling. Justeru, tidak salah kiranya guru boleh menyaman jika maruah sendiri telah tercabar seperti kes saman tersebut.

Dalam hal ini kepada para guru besar, pengetua dan pentadbir sekolah dan JPN hendaklah mengambil iktibar dan muhasabah tentang perkara ini. Janganlah terlalu bebankan guru2 dengan tugasan2 yang kadangkala tidak logik dek akal contohnya sekolah tamat jam 1.10 tengahari tetapi guru2 hanya boleh balik jam 2 petang. Alasan boleh guru2 menyiapkan kerja2lah dan bermacam2 lagi. Bagi guru2 yang ada anak di sekolah2 lain yang perlu mengambil anak2 mereka pulang sekolah bagaimana mereka? Apa yang terjadi kepada anak2 guru yang terpaksa menunggu ayah dan ibu mereka mengambil mereka disekolah? Bagaimana pula dengan anak2 guru yang terpaksa pergi ke sekolah agama petang pula yang bermula jam 2.30 ataupun jam 3petang? FIKIR2KANLAH WAHAI PENTADBIR.............jadilah orang yang berperikemanusiaan bukan memburukkan profesion yang mulia ini...wallahuaklam...

ANAK KOMANDO REJIMEN 1

10 ulasan:

Baha berkata...

tanah di sekitar kelantan ingin di jual http://klatehartanah.blogspot.com/

akulajuki berkata...

Begitulah nasib guru-guru di Malaysia ni tetapi kalau difikir-fikirkan kenapa jadi begitu??? Jawapannya ialah kerana kebodohan guru-guru sendiri (maaflah kalau ada yang terasa). Bodohnya "KITA" ialah kerana tak pandai nak lawan langsung main pakai terima sahaja apa yang diarahkan oleh KPM, JPN dan pentadbir.

Ini bukan cakap-cakap kosong, cuba dapatkan statistik guru-guru yang mengalami tekanan jiwa dan mental yang teruk. Bukan seorang dua malah dah beribu guru-guru yang dah jadi "GILA".

Kepada guru yang menyaman bekas GB dan JPN Kedah tu saya mengucapkan syabas dan semoga anda akan berjaya di dalam saman tersebut.

Tanpa Nama berkata...

tahniah pd cikgu berkenaan...

cari peguam yang hebat n buktikan guru2 biasa bukan pengampu/pecacai KPM PPN P/GB, Gk dsb

menangnya kes ini akan jadi garispanduan utk keselamatan kerjaya cikgu yg mulia

Tanpa Nama berkata...

HAIRAN BILA TENGOK PENTADBIR XDE HATI PERUT

Tanpa Nama berkata...

Maaf cikgu-cikgu seluruh Malaysia. Saya ingin menyatakan bahawa kebanyakkan guru-guru Malaysia terlalu PENAKUT untuk menyatakan kebenaran. Jadi memang patutlah anda semua ditindas dan ditarik hidung ke sana ke mari. Hanya segelintir sahaja berani menuntut hak, merasa diri bermaruah dan dapat bercerita tentang keberanian mereka dengan bangga di hadapan orang ramai.

Tanpa Nama berkata...

SALAM,

SEORANG MENTERI BILA ADA ORANG MENGKRITIK KAKITANGAN KEMENTERIANNYA, PASTI AKAN MEMPERTAHANKAN KAKITANGAN KEMENTERIANNYA...

CONTOH, JIKA ADA ORANG MENGKRITIK DAN MEMPERSOAL TINDAKAN POLIS, MAKA KEMENTERIAN DALAM NEGERI AKAN MEMPERTAHANKAN POLIS.

JIKA ADA ORANG MENGKRITIK DAN MEMPERSOALKAN TINDAKAN TENTERA, MAKA KEMENTERIAN PERTAHANAN AKAN MEMPERTAHANKAN ANGGOTA TENTERANYA...

TETAPI....JIKA GURU...

BUAT SESUATU TINDAKAN...

MAKA KEMENTERIAN PENDIDIKAN LAH YANG MULA2 SEKALI MENYALAH DAN TIDAK MEMPERTAHANKAN GURU2...

KENAPA JADI BEGITU...DOUBLE STANDARD KEPADA GURU2?

GURU ADALAH GOLONGAN YANG BANYAK BERILMU DAN BERFIKIR SERTA DAPAT MENILAI SECARA RASIONAL APA YANG DIBUAT OLEH AHLI POLITIK... MAKA GURU ADALAH ANCAMAN SEMULAJADI KEPADA AHLI2 POLITIK YANG BERKEPENTINGAN DAN SENTIASA MENIPU RAKYAT.

...CARA YANG PALING MUDAH IALAH...MEMBUAT GURU2 SIBUK DENGAN TUGASAN SEKOLAH DENGAN MEMBERI KERJA BERTIMBUN2 DAN DENGAN CARA INI GURU2 TIADA MASA UNTUK BERFIKIR TENTANG POLITIK DAN BERKHIDMAT DI KOMUNITI MASING2...BIAR GURU SIBUK BERFIKIR UNTUK KERJA SEKOLAH SAHAJA, DULU, KINI DAN SELAMANYA...

Dr Zhof berkata...

Saya pun pernah jadi guru ...saya dapat lihat situasi yang digambarkan di atas memang memberi tekanan kepada guru...kecuali guru yang pandai dan profesional dalam kerjaya...maksud saya apabila diberi tugas yang lebih dan tidak mampu ditangani seorang diri, guru perlu memberitahu kepada pentadbir dengan memberikan hujah yang mantap dan rasional....saya walaupun seorang guru sandaran, saya tetap bersuara di hadapan Pengetua mahupun rakan sekerja sekiranya tidak berasa selesa apabila mendapat sesuatu tugasan atau amanah....kadang2 ada juga guru yang lebih rela melakukan sesuatu kerja berseorangan kerana tidak mahu menyusahkan orang lain....betul tapi perlulah lihat keadaan...yang penting komunikasi(perbincangan) adalah cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah tidak kira sebesar manpun ia....

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya baru-baru ni ramai guru yang ditukarkan sesuka hati tanpa sebab yang kukuh patut ambil tindakan yang serupa

Tanpa Nama berkata...

..................mmmmmmmmmmmmmmmmm

Tanpa Nama berkata...

bebanan dr pihak pentadbir mmg menyesakkan guru..sian melihat guru berkerja keras utk ank didik tp tidak dihargai...