Email : Ummu Waheedah
Biasanya jika membeli ketam, saya akan pastikan beberapa perkara. Antaranya kualiti ketam. Sebab saya sudah terkena. Beli ketam sikit punya mahal RM18-RMM22 sekilo, balik rumah ketam busuk dan lopong isinya. Dulu-dulu ingat kalau beli ketam yg agak ringan dapat banyak ketam sekilo. Rupanya ketam ringan ni lopong tak ada isi.
Minggu lepas saya dan jiran sekali lagi ke Santuary resort, hajat nak beli ikan segar yg baru dibawa oleh nelayan dari laut. Kali ini kebanyakkan nelayan tidak ke laut kerana cuaca buruk. Ada dua tiga orang sahaja yg pergi menangkap udang. Walaubagaimana pun dalam perjalanan pulang , sekitar Balok ada dijual ikan , sotong dan ketam segar . Hari tu harga ketam ialah RM20 sekilo. Ketam ni nampaknya padat dan berat. Pasti sedap ni. Jadi kami singgah membeli.
Sambil memilih ketam saya menyoal penjual " Dik, ketam ni macam mana nak tahu ketam jantan ke betina? . "haa senang je kak, yg ada telur tu betina. Lalu Penjual pun menunjukkan ketam yg ada selonggok telur warna oren diluarnya . Oh begitu rupanya. menurut penjual ni, ketam betina lebih sedap dari ketam jantan. Jadi saya beli 3 ekor ketam betina, 2 ekor ketam jantan . 5 ekor sudah sekilo setengah. Jiran saya pula beli semua ketam jantan..sebab telur tu cuma menambah berat katanya. ha ha terpulanglah.
Ketam ni makanan laut kegemaran kami seisi keluarga. Boleh digoreng kunyit, masak pedas, gulai lemak , masak kari, ditumis atau dikukus bersama halia. Banyak resipi ketam ni, ikutlah citarasa masing-masing. Bila dah masak , tak lah ketara sangat perbezaan rasa ketam jantan dengan betina. Sama jer. Mungkin penjual tu nak orang beli ketam betina yg lebih berat tu... untunglah mereka. Jadi fikir2kan taktik penjual ni..
Ketam ni ada juga nama2 tertentu. Kata mak saya yg warna merah tu orang panggil ketam nyok (bahasa utara). Ada ketam nipah yg kulitnya berwarna coklat muda kadang kala berbintik hitam sedikit. Ketam nipah biasanya ada terselit diantara ketam2 biasa. Biasa dijual secara longgok. Harga berbeza2 kadang kala selonggok RM10.Ketam nipah mujarap dibuat ubat H1N1 dan denggi. Ketam biru pula tak ada nama khas yg diberikan.
Biasanya sebelum dimasak, ketam ni disiang, buang kulit belakang, buang duri2 kaki dan kakinya diketuk sedikit supaya bila nak makan nanti senang. Leceh siang ketam. Telur ketam bukanlah sedap sangat, malah kalau yg tak biasa makan tu memang akan dibuang sahaja. Jadi kalau nak untung, pilih ketam jantan yg padat. Pastikan pilih yang baunya tak hanyir iaitu jenis ketam hansem pandai jaga bau badan , he he. Macam kerang hansem yg saya ceritakan sebelum ni.. Selamat makan ketam.
sumber: Dari catatan saya di blog Petua dan resipi memasak
5 ulasan:
Kalau nak makan ketam berisi belilah musim bulan gelap, jangan masa bulan cerah, try lah
Nak yg murah beli Ketam Kapas, nak yg mahal, beli Ketam Batu!
nak yang tahan lama beli ketam kayu..(ketam yang bagi licin kayu)
nak sedap beli ketam masak..jangan beli ketam mentah...
klu nak beli ketam kualiti baik pastikan yang baru di tangkap, jgn beli ketam dah sebulan dlm peti ais.....................
Catat Ulasan