05 Februari 2010

Liwat II: Kondo Desa Damansara jadi tumpuan

20 Safar 1431H.

Kes perbicaraan hari kedua kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim tertumpu di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansar di ibu negara, lokasi bekas timbalan perdana menteri itu dituduh melakukan kesalahan tersebut.

Rombongan hakim, pihak pendakwaan dan pembelaan serta Anwar, Mohd Saiful dan Zambri Idrus, peguam pemerhati bagi pihak Mohd Saiful, meninggalkan mahkamah pada 11.43 pagi.

Anwar yang turut berada di lokasi tidak naik ke kondominium itu, sebaliknya berada dalam kenderaan Mazda MPV hitam.

Sebelum itu, perbicaraan pagi tadi diadakan secara tertutup. Wartawan tidak dibenarkan mengikuti perbicaraan itu.

Peguam utama Anwar, Karpal Singh, semalam memohon agar keterangan Saiful didengar secara tertutup kerana saksi itu telah menceritakan apa yang berlaku di kondiminium berkenaan semasa disoal semalam.

Dalam keterangannya itu, Mohd Saiful memberitahu mahkamah bahawa Anwar mahu mengadakan hubungan seks dengannya apabila dia pergi ke kondominium itu untuk menyerahkan beberapa dokumen kepada Anwar.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Kemaskini laporan dari Mahkamah Tinggi:

3.00pm: Peguam Karpal Singh memulakan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini dengan menggesa Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah mengenakan tindakan menghina mahkamah terhadap akhbar Utusan Malaysia berhubung tajuk laporan muka depannya 'Tak rela diliwat lagi'.

Selepas mendengar hujah pihak peguambela, Hakim Mohd Zabidin berkata penggunaan perkataan 'lagi' oleh Utusan Malaysia adalah 'nakal'.

Mahkamah kemudiannya berihat selama lima minit untuk membolehkan hakim memutuskan perkara tersebut.





Malaysiakini/-

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mengapa kes seperti ni dpt liputan begitu meluas skli...adakah berita mengaibkan ini membanggakan,megah atau baik bagi negara kita?ataupun inikah caranye negara kita dikenali diseluruh dunia.kan lbh baik pekara2 yglain diberi perhatian,tumpuan dan liputan,seperti pelajaran, kesihatan,sukan,pelancungan,kejayaan, kepintaran rakyat malaysia.islam menegah umatnya drp menggaibkan seseorg,sesungguhnye ALLAH maha mengetahui.

the Milestone berkata...

http://showyourmiles.blogspot.com/2010/02/is-this-most-creative-way-that-we-can.html

Salam to ALL brothers... Keep doa, MAY ALLAH continuously bless DSAI,FAMILY & TEAM with guidance and mercy..... InsyaALLAH...

To the accuser & team (I don't ever like to type his name), watch out!!! ALLAH is watching us day and nite...WITHOUT FAILED!!! Believe me, I repeat, WITHOUT FAILED!!!

ALLAHUAKBAR!!

Wallahu'Alam..

Tanpa Nama berkata...

(i)Can i f*** u today?
(ii)I want to f*** u today?

Boleh beza x dua ayat ni..
Ayat pertama yg di claimed oleh saiful di mahkamah adlh merujuk kpd ayat pilihan..sudah tentu dia diliwat jika dia menjawab "ok" dan x berlaku jika jawab "no"..
Ayat kedua merupakan ayat penegasan..so mgkn dkt sini kebarangkalian utk menolak lbh kecil tp masih boleh..
Haha..kalau nak buat konspirasi jgn lupa prepare btl2 sikit ayat tu..

Tanpa Nama berkata...

Apa-apa pun saya tidak yakin dengan kebenaran budak tu sebab dia gagal mengemukakan saksi mata mengikut lunas-lunas Islam.

Memandangkan budak tu dah bersumpah laknat yang melibatkan penglaknatan yang turut melibatkan ahli keluarganya zaman berzaman, maka di masa hadapan berhati-hatilah dalam memilih menantu. Bimbang keturunan anda turut dilaknat Allah.

Semoga Allah melindungi keturunanku dan keturunan anda semua dari dilaknat olehNya dalam apa keadaan pun.

Tanpa Nama berkata...

bukan senang nk rogol perempuan ,terpaksa ikat kaki tangan baru boleh..... si saifu ni dah hilang kudrat ke? kalau Anuar nk liwat dia kenapa tak teranjang je biar patah tulang belakang dia....n lari terus buat report polis....fikir secara logik anda akan dapat jawapannya....

Tanpa Nama berkata...

Minda cerdik pandai satu Malaysia
SEmua terfocus kat "ANU" Saiful !!!