05 Februari 2010

Anggota polis naik gaji

20 Safar 1431H

Seramai 98,747 anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menikmati skim perkhidmatan baru yang membolehkan
mereka mendapat penyelarasan tiga pergerakan gaji tahunan dan kenaikan elaun Imbuhan Tetap Khidmat Polis (ITKP).

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika mengumumkan perkara itu hari ini berkata skim perkhidmatan baru itu berkuatkuasa pada 1 Januari tahun lepas namun tarikh pembayaran gaji mengikut skim baru itu masih belum ditetapkan.

Skim baru itu akan membolehkan mereka menikmati gaji sekurang-kurangnya RM1,500 hingga RM6,000 bergantung kepada pangkat dan perubahan jadual gaji matriks, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di Putrajaya hari ini.

"Ini merupakan usaha berterusan kementerian dalam menjaga kepentingan dan kebajikan anggota polis di seluruh negara," katanya.

Menurut beliau, pemberian gaji sebanyak itu bersesuaian dengan perubahan daripada segi kelayakan masuk Inspektor yang telah dinaik taraf daripada kelulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/Diploma kepada Ijazah Sarjana Muda (Kepujian), Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).

Bagaimanapun, Hishammuddin menjelaskan bagi kategori pegawai rendah polis dan konstabel, pengurusan tertinggi PDRM masih berurusan dengan pihak agensi pusat untuk memperhalusi skala gaji termasuk imbuhan tetap.

"Penolong Penguasa Polis akan mendapat gaji matriks yang baru sebanyak RM2,130 iaitu kenaikan sebanyak RM69.72 berbanding RM2,060.28 manakala gaji akhir ialah RM5,170.53 berbanding skim lama iaitu RM4,962.39 dengan kenaikan sebanyak RM208.14," katanya.

Beliau berkata anggaran pergerakan gaji bagi Inspektor dinaikkan kepada RM2,060.28 berbanding RM1,423.50 mengikut skim lama manakala gaji akhir pada RM3,710.66 telah dinaikkan kepada RM4,962.39.

"Untuk Sarjan Lantikan, kemasukan baru adalah dengan menggunakan syarat kelayakan STPM/Diploma manakala wajaran pengambilan adalah sebanyak 20 peratus dari jumlah jawatan Sarjan," katanya.

Hishammuddin berkata kategori Sarjan dan Sarjan Mejar masing-masing menerima penambahan tiga skala tangga gaji akhir dalam skim baru iaitu daripada P1T15 kepada P1T18 dan P1T12 kepada P1T15.

"Bagi Sub Inspektor pula, ia turut melibatkan penambahan tiga skala tangga gaji akhir dalam skim baru iaitu dari P1T12 kepada P1T15," katanya.

Malaysiakini/-

7 ulasan:

CITY® berkata...

tahniah!!!!

semoga rasuah berkurangan

gaji naik rasuah turun

heeeeeeeeee

Tanpa Nama berkata...

RASA PELIK PLAK.DALAM KEADAAN EKONOMI XMENENTU BLEH PLAK NAIK GAJI.ANGGOTA POLIS JE TU.NAMPAK SNGT NEGARA DLM HARU BIRU SKRG.KLU XSLOTOK POLIS,MCM MANA NAK HANDEL MSALAH DLM NEGARA SKRG.1 TANANGAN XCUKUP OOOOO.MST KASI GULA2 SIKIT.BARU JLN.XCKP PUN MSTI JLN PUNYALAH.

Tanpa Nama berkata...

UTK cctv 2K8 BJUTA-JUTA,2K9 UP LAGI,GAJI PUN UP LAGI,PELIK, MASALAH JENAYAH BERTAMBAH2,TAK AMAN2,BKT AMAN APA MACAM?,

Tanpa Nama berkata...

haih..ada polis pun susah..takda polis pun lagi susah..ada otak pikir laa ek..jgn asyik nk benci polis je..esok apa2 jadi..kat polis jgk la yg kamu terhegeh2 nk minta tolong..-pemuda pas kedah

Tanpa Nama berkata...

Polis! Mesti kena ada..hnya org bersalah dan cadang nak buat perkara salah yakni melanggar undang undang je tak suka Polis...kesian terlalu bnyk keje Polis orang tidor Polis jaga... orang jaga lak Polis mesti kena jaga gak...masa bila Polis leh tido?

Tanpa Nama berkata...

betul....org ygx suka polis ni org yang ada buat salh tapix nampak...nk salahkn polis....waktu polis tembak menembak dengan penjenayah di mana kamu waktu2?mesti langkh seribu kan...tp polis tetap bertarung nyawa demi org lain yang tiada ikatan saudara pn....renung2kan....

Tanpa Nama berkata...

saya setuju, kadang2 ada yang xsuka polis mungkin dorang ni xdapat masuk time interview kot..xda la nak banggakan polis ni haa..tetapi apa pun yang terjadi..allah dah beri rezeki masing2..apa pun keja yang kita buat allah tetap beri gak rezeki, bezanya halal n haram, berkat n xberkat.. soooo..xyah la nak beza-bezakan yee.. bersyukur je la apa yang diberi... renung2kan..selamat beramal..