5 Rejab 1431 H
sauhdibongkar.blogspot.com
Menurut Pengerusi DAP Perak, ADUN Malim Nawar keluar parti itu kerana menghadapi masalah kewangan. ADUN itu dibayar dengan jumlah yang besar walau pun tidak mencecah RM20 juta.
Difahamkan bahawa ADUN dan MP PR sebelum ini menjadi bebas atau menyertai BN juga kerana masalah kewangan. Mereka tidak mampu menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dengan baik kerana tidak punya sumber kewangan yang memadai.
Apa moral pendedahan sebegini?
Wakil rakyat di Malaysia bukan sekadar penggubal undang-undang tetapi mereka juga adalah pegawai kebajikan. Orang pertama yang terlintas dalam kepala rakyat apabila mereka bermasalah adalah wakil rakyat.
Bayangkan jika wakil rakyat itu hanya ada elaunnya sahaja, sekitar RM5 ribu sebulan bagi ADUN. Dengan elaun itulah dia menyara dirinya dan keluarganya. Dan, dengan elaun itu juga dia menyara rakyat dalam kawasannya yang puluhan ribu orang itu.
Bila berhadapan dengan situasi sebegitu, ada dua perkara yang boleh dilakukan oleh wakil rakyat berkenaan. Pertama, jika dia adalah wakil rakyat kerajaan maka dia akan menggunakan kuasanya untuk mendapat wang tambahan melalui projek-projek kerajaan yang dikuasainya.
Kedua, jika dia bukan wakil rakyat kerajaan, dia mungkin terfikir untuk melepaskan diri daripada bebanan itu dengan pelbagai cara. Salah satu opsyen yang ada ialah melompat parti menjadi wakil rakkyat yang menyokong parti yang menjadi pemerintah.
Justeru, apa jalan penyelesaian yang ada?
Pada masa akan datang, parti-parti yang bertanding hendaklah memilih calon yang kaya sahaja. Mereka yang bakal bertanding hendaklah telah pun memiliki rumah sendiri tanpa hutang, kenderaan yang baik tanpa hutang dan sumber pendapatan tetap yang lain yang membolehkannya tidak bergantung dengan elaun sebagai wakil rakyat.
Pendek kata, jika ditakdirkan dia menang, dia tidak pandang pun kepada elaun bulanan wakil rakyat yang diterimanya itu kerana dia memang telah ada pendapatan tetap yang lain. Semua elaun itu boleh digunakan sepenuhnya untuk kepentingan rakyat yang diwakilinya. Bahkan, dia boleh menambah lagi dengan wang peribadinya kerana dia memang orang kaya.
Seseorang yang belum ada rumah atau ada rumah tetapi masih berhutang, masih tinggal di rumah sewa, tidak punya kenderaan yang baik, ada kenderaan baik tetapi masih berhutang dan tidak punya pendapatan tetap yang melebihi RM5000 sebulan hendaklah tidak dipilih menjadi calon.
Kenapa? Ya, dia pasti tidak dapat memberi tumpuan kepada tugas-tugas sebagai wakil rakyat kerana dibebani masalah kewangan. Bebanan kewangan yang dihadapinya memungkinkannya dibeli dengan mudah oleh parti lawan yang mampu menawarkan ganjaran kewangan yang menarik dan lumayan.
Calon PAS macam mana?
Setakat ini belum ada wakil rakyat PAS yang melompat parti. Itu suatu kelebihan PAS. Walau pun wakil rakyat itu tidak melompat parti, itu tidak bermakna dia tidak punya masalah kewangan. Apatah lagi jika menjadi wakil rakyat pembangkang.
Dia memang tidak mampu menjalankan tugas dengan baik kerana bebanan kewangan itu. Bila ini berlaku, orang akan berkata begini, “Wakil rakyat PAS pun tak buat kerja juga. Cakap saja lebih…”. Dia bukan tidak mahu buat kerja, tetapi dia tidak punya sumber kewangan yang mencukupi untuk buat kerja.
Elaun bulanan sebagai wakil rakyat habis untuk bayaran sewa rumah, ansuran bulanan kenderaan, yuran persekolahan anak, hantar kepada ibu bapa di kampong. Hasilnya, dia tidak mampu menumpu kepada tugasnya sebagai wakil rakyat kerana masalah kewangan tadi.
Memang PAS mempunyai ramai calon yang baik, warak, petah berpidato, rajin kerja, amanah, sanggup berkorban, pandai bercakap…, tetapi itu semua tidak memadai jika dia bukan orang kaya. Semua kebaikan itu tidak membawa erti jika tidak punya wang.
Itu tidak bermakna seorang yang punya wang tetapi berakhlak buruk, tidak punya kebolehan mengurus, hanya pandai bercakap adalah lebih layak untuk menjadi calon.
Maksudnya, seseorang yang layak dipilih sebagai calon telah punya kelayakan peribadi tetapi mesti punya nilai tambah iaitu KAYA.
Orang Arab bermadah:
Kefasihan Hassan, keindahan khot Ibnu Muqlah;
kecerdasan Luqman dan kezuhudan Ibnu Adham.
Apabila semua itu, ada pada seseorang, namun jika orang itu tidak punya wang;
orang berkata kepadanya, “Kamu tidak berharga walau sedirham.”

5 ulasan:
seorang yang benar-benar ingin berbakti, ikhlas berjuang untuk rakyat tidak mudah mengalah dengan masalah bebanan kewangan. Rasullah diwaktu menyebarkan agama islam pun bukanlah orang kaya.Tidak ada alasan sebenarnya kalau benar-benar ikhlas berjuang. Moga YB tetap tekad dalam perjuangan membantu rakyat.
Ada pro dan kontranya pandangan penulis. Hendak ditolak pun tidak semudah itu kerana zaman ini bertuhankan wang. Benarperjuangan Rasulullah tidak bersandarkan wang semata kerana unta atau kuda tidak ada minyak atau dikenakan tol. Tambahan lagi pelbagai cukai yang dikenakaN ke atas rakyat. Matlamat kita ialah menumbangkan BN. Pada siri pilihanraya lalu 12 dan sbelum kita telah mengumpul kekuatan untuk menumbangkan BN. Nyata gerak kerja itu ada kejayaannya.
Justeru itu pada hemat saya kita teruskan formula kejayaan ini agar kita pada PRU13 dapat menawan Putrajaya sekali gus. Jika kita menguasai tampok pemerintahan kita dapat menyelesaikan banyak msalah rakyat. Saya yakin waktu ini tiada lompatan akan berlaku lagi. Lompatan hanya untuk satu peralihan sahaja. Bak kata orang yang faham ini cuma satu ujian kekentalan bagi mereka yang komited dengan perjuangan.
Saya yakin masalah lompatan adalah masalah sementara. Justeru itu jangan sembrono memilih orang kaya sahaja untuk jadi wakil rakyat. Jika itu berlaku jangan pula menolaknya, cuma ia bukan satu kemestian.
Yakinlah dengan pertolongan Allah. Ia semakin hampir. Justeru Putraya sudah dalam genggaman maka gunakalah kuasa untuk memulihkan kehidupan rakyat. Bebaskan rakyat dari pelbagai cukai yang membelenggu kehidupan mereka. Anugerahkan sumber alam negara ini kepada tangan atau badan yang benar-benar prihatin masalah rakyat. Di akhirnya kita akan lihat kehidupan akan lebih sejahtera. Tiada lagi wang dituhkankan, malah mungkin wang tidak lagi faktor utama yang meruntunkan jiwa umat. Maka jadilah agama Allah itu yang unggul untuk diimani bukan bertuhankan wang ringgit sebagaimana sekarang.
Selama 50 tahun BN memerintah, mereka telah mengajar kita mengenali wang dan bertuhankannya. Marilah kita tumbangkan BN bererti kita tumbangkan tuhan toghut yang melingkari kehidupan kita masa kini.
Takbir!!
Pemimpin adalah memimpin kaya miskin bukan ukuran. Pemimpin sewajarnya tidak mementing diri tidak penjudi, tidak perasuah, tidak pencuri tarbus malah berani dan tangkas tidak takut sehingga mengancam nyawa.
Yang penting ketulusan iklas dan bijak mengatur langkah-langkah stratejik dan rasional.
Yang menjadi masalah sekarang bukan masalah Wakil Rakyat miskin tetapi sistem demokrasi kita tidak telus; pembahagian peruntukan semestinya sama tidak kira wakil rakyat yang menjadi pemerintah atau penimbal(pembangkang).
mereka dipilih olih rakyat dibawah sistem dan berpelembagaan bukan sistem "pendemdam" sebagaimana diamal oleh BN (dalilnya meraka boleh bersekonkol dengan APCO/yahudi dengan bayaran berjuta tetapi rakyat sendiri ada dikastakan). Mereka boleh tolong orang susah diluar negara yang bukan rakyat kita tetapi r4akyat kita yang memilih pemimpin meraka diabaikan.
Nabi Muhammad S.a.w RAsul kita juga miskin tetapi beliau mempungai sahabat-sahabat yang menterjemah alquran yakni gemar beersedekah, berzakat pemurah dan bersimpati seperti Isteri baginda Saidatinal Khatijah, Sahabat-sahabatnya Abu Bakar, Abdurrahman Auf dll.
Pemimpin kerajaan kita lebih simpati terhadap diri anak pinak dan kroni masing-masing daripada membebaskan rakyat dari kehidupan kemiskinan disamping menjaga kebajaikan dengan pembangunan infra untuk rakyat.
PR dan yang bersimpati dengan kehidupan rakyat hendaklah membebaskan rakyat dari sistem monopoli(bukan demokrasi)yang sedang diamal olih BN. Jadikan tajuh ini diantara agenda perjuangan sepanjang zaman.
Bagi pendapat saya BN mengamal sistem monopoli bukan demokrasi tetapi demokrasi yang dilaungkan hanya lebih kepada menuntut simpati!
macam nak sokong je artikel ni... Hujjah tanpa nama di atas betul ke? bukankah Isteri Baginda kaya raya, seorang peniaga yang berjaya? namun di saat kewafatan Khadijah, tiada yang tinggal kerana habis dibelanjakan untuk perjuangan Islam??
Membantu rakyat bukan bermakna beri rakyat wang. Membantu ialah dengan cara mencari jalan bagaimana rakyat itu bolih dapat pertolongan dari badan kebajikan atau agensi lain.
Seorang wakil rakyat yang kaya tidak semestinya ia bolih menjalankan tugas dengan baik. Penyakit tamak bukan hanya berada pada wakil rakyat yang miskin, yang kaya juga ada kalanya tamak. Kalau dia tamak tak kira berapa kayanyanya dia tetap akan tergoda dengan rasuah.
Catat Ulasan