2 Syaaban 1431 H
Oleh: WFAUZDIN NS
NAMPAKNYA nama seekor sotong yang telah menjadi `Nujum Pak Belalang' amat popular semasa Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia baru-baru ini. Kebanyakan `ramalan' si sotong yang dipelihara di Akuarium Sea Life, Selatan Jerman itu menjadi kenyataan . Sebanyak 6 perlawanan yang membabitkan Jerman, ramalan sotong tersebut adalah tepat.
Kekalahan Jerman seperti yang diramal oleh sotong berkenaan amat mengecewakan warga Jerman, sehinggakan diberitahu seorang Chief dari Jerman amat marah dengan kekalahan tersebut . Beliau bercadang ingin menjadikan sotong berkenaan sebagai bahan masakannya. Hebat pengaruh sotong terhadap manusia, kan?
Amalan mempercayai ramalan sebegini di sisi Islam hukumnya Haram dan dianggap Khurafat. Namun, media di negara ini termasuk stesyen TV menghebahkan kisah `ajaib' serta ramalan si sotong sepanjang kejohanan berjalan. Maka, budak-budak dan orang dewasa yang menonton TV di rumah pun ada yang terpedaya dengan ramalan tersebut termasuklah kaki `judi' bola. Maknanya media kerajaan pun ada saham mempromosikan amalan khurafat tersebut. Tidak tahulah kita apa pula nanti yang diperkatakan oleh Ulamak Tua dan Muda di dalam Umno di dalam hal ini.
Seandainya sotong tersebut kerajaan kita beli, mungkin dia boleh dipelihara di rumah Najib. Mudahlah beliau untuk membuat satu-satu keputusan. Mungkin juga sotong tersebut akan digunakan untuk menentukan benar atau tidak kerajaan terlibat di dalam Apco. Mungkin juga boleh dijadikan rujukan atau ilham untuk menentukan tarikh Pilihanraya Umum Ke 13 nanti. Jangan ada yang cuba bertanya sotong berkenaan siapakah yang terlibat membunuh Al-Tantuya sudahlah. Nanti ada sotong yang kena ISA pula kalau pun tidak kena bom C4 .
Itulah kisah sotong yang lebih cerdik dari manusia. Nasib baik di negara kita tiada spesis sotong secerdik ini. Kita cuma ada spesis `katak' yang lapar dan bodoh-bodoh belaka.

5 ulasan:
MUNGKIN KITA BOLEH BUAT PERTANDINGAN KATAK LOMPAT
... HAHA
DAN SETIAP KATAK (TAK KIRALAH JENIS KATAK) DI BERI NAMA, MENGIKUT NAMA WAKIL RAKYAT YANG MELOMPAT..ATAUPUN KATAK YANG PALING KUAT MELOMPAT, IAITU PEMENANGNYA AKAN DI BERI GELARAN PERKASA, YANG KURANG SKIT, NAMA ZUL??? DAN SEBAGAINYA HAHA..
BENCI TENGOK ORANG KITA ASYIK MENGUTUK ..
KUTUK SEBAB YANG DIKUTUK TU MEMANG PATUT DIKUTUK. KALAU DAH TAK BOLEH KUTUK MAKA BIAR SAJALAH MANUSIA NAK BUAT APA PUN SALAH PUN TAK APA KERANA PERBUATAN MEREKA DAH TAK BOLEH DIKUTUK LAGI SEDANGKAN ALLAH SWT BUKAN SAHAJA KUTUK MALAH MELAKNAT MANUSIA YANG BERBUAT KEJAHATAN.
SAYA BENCI LIHAT ANAK MUDA KINI MELAKUKAN MAKSIAT
TERANG-TERANGAN. DAN SAYA BENCI PADA IBU BAPA YANG BIARKAN ANAK MUDA MEREKA MELAKUKAN MAKSIAT.
baguih gak buat acara lompat katak tu.. dah tau sapa menang, katak tu jangkit kat bok lau habuan umpan mengelau ikan ruan pulak.. khas buat 'katak' moshin tempirai bagan sorai.. bertaubat lah..jadilah manusia yang bertaqwa.
Catat Ulasan