04 Ogos 2010

Anggota Unit Amal Malaysia (UAM) Dan Petugas Program Ditahan Polis

22 Syaaban 1431 H
Oleh: Oleh Mohd Syamil Azhar

PASIR SALAK: Program Himpunan Warga Felcra Kebangsaan (HWFK) kali pertama di Changkat Lada dekat sini, menyaksikan 16 anggota Unit Amal Malaysia (UAM) dan petugas program ditahan polis kerana dikatakan menghalang tugas pasukan keselamatan.

Pengarah program, Haji Razman Zakaria, berkata 13 daripada mereka dibebaskan jam 1 pagi tadi selepas soal siasat di Balai Polis Kampung Gajah sejak lewat petang semalam, manakala bakinya ditahan reman 4 hari sehingga 5 Ogos setelah dibawa ke Mahkamah Batu Gajah.

Katanya, mereka ditahan kerana menggunakan lambang PAS, baju T bertulis HWFK serta baju-baju lain yang ada lambang PAS apabila puluhan FRU mengadakan beberapa sekatan jalan raya di beberapa jalan masuk ke program anjuran Lajnah Tanah dan pembangunan Wilayah itu.

"Selain kesalahan berkaitan lambang-lambang PAS, mereka juga dikatakan menghalang tugas pihak berkuasa keselamatan.

"Saya dan beberapa sahabat telah pergi ke Balai Polis Kampung Gajah lewat petang semalam dan 13 daripada mereka dibebaskan jam 1 pagi tadi (Isnin 2 Ogos), kecuali tiga lang lain," katanya.

Razman berkata, tiga daripada mereka dibawa ke Mahkamah Batu Gajah pagi ini (Isnin) dan mereka ditahan reman selama 4 hari hingga 5 Ogos.

Sementara itu, katanya program HWFK buat julung-julung kalinya itu dianggap berjaya walaupun dihalang pihak berkuasa dengan mengarahkan puluhan FRU membuat sekatan jalan raya.

Kehadiran pada malam terakhir berkali-kali ganda lebih ramai berbanding malam pertama, walaupun ceramah perdana oleh Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang terpaksa dibatalkan kerana tidak mahu berlaku kekecohan, katanya.

Katanya, tayangan cd debat di Kelantan membabitkan Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin dijadikan pengisian untuk tidak menghampakan hampir 4,000 yang hadir tanpa menghirau amaran FRU.

"Walaupun diadakan beberapa sekatan jalan raya oleh puluhan anggota FRU, kesemuanya tidak menghalang orang ramai ramai daripada hasrat untuk mendengar maklumat terkini melalui ceramah perdana membabitkan pimpinan tertinggi PAS dan Pakatan Rakyat," katanya.

Beliau yang juga Yang DiPertua PAS Lenggong, berkata program HWFK dianggap berjaya kerana kedua-dua kertas kerja berjaya dibentangkan dengan kehadiran yang memberangsangkan.

Katanya, sambutan hangat daripada peserta-peserta terbukti apabila banyak soalan mengenai masalah tanah, dividen dan lain-lain berkaitan Felcra dikemukakan dan dijawab oleh pembentang kertas kerja.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pakai baju lambang PAS n HWFK pun kena tahan..
nampak sangat UMNO penakut..

Tanpa Nama berkata...

Orang memali pun polis sanggup bunuh..alasan ini adalah arahan orang atas.
Tak mustahil benda yang tak masuk akal pun polis sanggup buat...pakai baju lambang PAS.