30 September 2010

Al Fatihah : Tuan Guru Pak Teh kembali kerahmatullah.

21 Syawal 1431H.

Pengasas Madrasah Ad Diniah Al Latiffiah atau lebih dikenali oleh masyarakat setempat sebagai Pondok Pak Teh, Tuan Guru Dato' Haji Abdul Latif bin Abdul Rahman (Gambar) atau lebih dikenali sebagai Pak Teh telah kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 1.00 pagi tadi selepas sesak nafas.

Pak Teh mendirikan pusat pengajian ini pada tahun 1967 dan lokasinya adalah berdekatan dengan perkarangan rumahnya. Pusat pengajian ini teletak di Kampung Kuak Luar, Pengkalan Hulu dalam daerah Hulu Perak.

Pondoknya menjadi kontaversi setelah semasa 10 bulan Pakatan Rakyat memerintah Perak telah meluluskan sebidang tanah untuk membantu pondok sedangkan sekian lama dipohon semasa BN berkuasa sebelumnya tetapi tidak dilulus.

Pak Teh dalam kenangan :-

Pak Teh merupakan anak jati kelahiran Kampong Kuak Hulu, Pengkalan Hulu. Beliau dilahirkan pada tahun 1938. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu dalam tahun 1947 hingga 1953 dengan menamatkan pengajian hingga darjah 5. Pada peringkat awal, beliau mula menghafal kitab-kitab agama dengan dibimbing oleh Ustaz Omar Mohd Noh.

Selepas itu beliau melanjutkan pengajiannya di peringkat menengah di Sekolah Arab (sistem pondok) yang dikenali dengan nama Pondok Asam Jawa yang terletak di Pendang, Kedah antara 1956 hingga 1959. Pak Teh sebenarnya seorang pelajar yang pintar kerana beliau berpeluang melanjutkan pengajian ke Maktab Melayu Kuala Kangsar tetapi tidak meneruskannya kerana kemiskinan. Kemudian Pak Teh meneruskan pengajian di Sekolah Agama Pondok Pasir Tumboh iaitu Sekolah ad-Diniah Bakriah, Kelantan selama lebih 9 tahun iaitu dari tahun 1959 hingga 1967.

Beliau sempat berguru dengan beberapa orang ulama terkenal seperti Tuan Guru Haji Mohamad Saman, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Haji Ahmad, Tuan Guru Haji Sulaiman Mohd Rabik, dan juga ulama-ulama terkenal yang bermastautin di Kelantan iaitu Tuan Guru Haji Mustafa, Tuan Guru Haji Abdul Aziz dan Tuan Guru Haji Hashim Haji Abu Bakar.

Beliau telah dapat mengekalkan pengajian secara sistem pondok di mana pengajian ditumpukan dengan mempelajari kitab-kitab Thurath iaitu kitab-kitab tradisi Islam. Beliau adalah pakar rujuk dalam berbagai hal mengenai masalah agama. Mewarisi minat bapanya, Pak Teh juga minat bercucuk tanam dan berkebun buah-buahan. Minatnya itu juga kini tertumpah pada anak-anak muridnya dimana pelbagai jenis tanaman di tanam di pusat pengajian tersebut.

Selain dapat memanfaatkan tanah-tanah yang ada, tanam-tanaman ini juga dapat memberikan pendapatan sampingan apabila dijual. Antara tanaman yang ditanam ialah seperti ubi kayu, pinang, pisang, nenas, kangkung, bayam, sawi, tebu dan macam-macam lagi buah-buahan dan sayur-sayuran termasuk pokok-pokok akar kayu untuk perubatan.
Pada peringkat awal penubuhan Madrasah Ad Diniah Al Latiffiah, bilangan murid yang menerima cara pendidikan yang diperkenalkan itu hanyalah seramai tiga orang. Kini setelah madrasah tersebut menjangkaui usia lebih 35 tahun bilangan murid yang belajar di situ melebihi 400 orang secara sepenuh masa.

Pak Teh merupakan ahli jawatankuasa Syariah Negeri Perak sejak dari tahun 1994. Pengetahuannya yang luas khususnya dalam pemakaian kaedah kitab Arab dan cermatnya beliau dalam mengeluarkan sesuatu usul atau pandangan telah banyak membantu perjalanan jawatankuasa Syariah dan majlis fatwa Perak.

Diatas sumbangannya yang besar, Pak Teh telah dianugerahkan kurniaan Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) sempena menyambut ulang tahun hari keputeraan DYMM Paduka Sultan Perak ke 76 baru-baru ini. Istiadat pengurniaan tersebut telah berlangsung pada 19 April 2004 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Kebanyakkan pengajian ilmu dimadrasah ini adalah bersumber daripada Kitab-kitab Jawi yang lebih popular dikenali sebagai kitab kuning dan kitab-kitab Arab. Kaedah pengajian di madrasah ini yang berasaskan system pengajian pondok selalunya menggunakan 2 kaedah utama iaitu umumi dan nazomi.Selain itu juga kelas hafalan dipraktikkan secara meluas dalam sistem pengajian pondok. Antara kitab yang digunakan di Pondok Pak Teh ialah Minhajul Abidin(tasawuf), Mughni Muhtaj(feqah), Syuzu(nahu), Hadis Muwatta Imam Malik, Fathul Muin, Fathul Wahhab, Tafsir Nasafi, Ibnu Akil, Syarkawi, Usul Fiqh, Matan Zubad(feqah) dan Matan Majmuk Azhari.

SemugaRohnya ditempatkan bersama roh para Rasul dan Nabi, syuhada dan solihin diatas kegigihannya memperjuanbgkan agama Allah.....Al Fatihah..

Galas : SPR terima notis kekosongan

21 Syawal 1431H.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan menerima notis makluman mengenai kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas melalui faks pada petang semalam.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya menerima salinan notis berkenaan daripada Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud kira-kira pukul 4 petang semalam.

"SPR sudah menerima salinan notis berkenaan semalam, InsyaAllah satu mesyuarat khas akan diadakan minggu hadapan selewat-lewatnya pada 7 Oktober," katanya.

Pilihan raya kecil bagi DUN Galas perlu diadakan berikutan dengan kematian penyandangnya Che Hashim Sulaiman akibat barah usus.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Allahyarham mendapat 4,399 menewaskan penyandang dari Barisan Nasional (BN), Mohd Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

Galas terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang bersama DUN Nenggiri dan Paloh.

Banjir

20 Syawal 1431 H
Oleh: khairul azman sakri

GRIK: "Sudah 70 tahun umur makcik dan makcik tinggal di sini inilah baru kali pertama kena banjir besar sehingga makcik terpaksa naik ke tingkat atas tidak sempat menyelamatkan barang-barang.

"Biasanya air naik akibat limpahan air Sungai Kulim itu hanya setakat tenggelam pekarangan depan rumah saja, tidak sampai masuk ke dalam rumah," kata Harisun Alang Mat Nordin, 70..

Harisun yang tinggal bersendirian di dalam rumahnya di Kampung Air Panas dekat sini, adalah seorang daripada lebih 70 mangsa banjir kilat di dua kampung termasuk Kampung Padang Kunyit yang terletak bersebelahannya selepas hujan lebat lebih sejam mulai jam 6.30 petang 26 September lalu.

Katanya, dalam keadaan tidak tahu hendak berbuat apa-apa itu dia akhirnya terpaksa bergegas naik ke tingkat atas untuk menyelamatkan diri.

Ketika air masuk ke dalam rumah kira-kira jam 8 malam itu, katanya dia masih berada di tikar sembahyangnya untuk menunggu waktu Isyak.

Sebaik menyedari air masuk ke dalam rumah dengan pantas, katanya lagi dia segera menerpa meja telefonnya dan sempat menelefon anaknya yang tinggal di Grik.

"Sebaik menelefon anak, makcik jadi tidak tahu hendak berbuat apa-apa, pegang itu tidak kena pegang ini tidak kena kerana air masuk dengan cepat.

"Akhirnya makcik bergegas naik ke tingkat atas kerana hendak menyelamatkan diri," katanya ketika Ziarah Kemanusiaan (ZK) dua hari berturut-turut bersama Yang DiPertua PAS Lenggong, Haji Razman Zakaria ke kawasan di landa banjir kilat itu pada 27 dan 28September.

Turut menyertai ZK Ketua Dewan Muslimat PAS Lenggong, Hajjah Hapipah Saman, Komender Unit Amal Malaysia Kawasan Lenggong, saudara Ahmad Ramdzi Othman Jalaluddin serta lebih 20 anggotanya termasuk dari Kawasan Gerik.

Harisun berkata, air berlumpur kuning kemerah-merahan itu mencapai paras tertinggi hingga 1.2 meter di dalam rumah kira-kira jam 12 tengah malam.

Katanya, kerugian kerana banjir akibat limpahan air Sungai Kulim itu lebih RM5,000 apabila pelbagai barangan perabut di dalam rumah musnah.

Seorang warga emas lagi, Rodhiah Kadir, 75, berkata dia bernasib baik kerana anak-anak ada bersama dan sempat membantu, bagaimanapun pelbagai perabut di dalam rumahtidak dapat diselamatkan kerana air naik dengan pantas.

"Tidak pernah jangka sama sekali banjir besar seperti ini akan berlaku dan berlakunya dengan pantas kerana sebelum ini hanya air naik pada paras tidak sampai masuk dalam rumah," katanya.

Seorang mangsa lagi, Zalmah Zakaria, 57, berkata, mereka sekeluarga kerugian hampir RM10,000 apabila dua peti ais, dua mesin basuh, sebuah komputer, beberapa karpet, tikar, lima buah almari musnah.

Katanya, selain pelbagai perabut terbabit, ratusan buku serta majalah dan lain-lain milik anak-anaknya musnah tidak sempat diselamatkan.

Selain lebih 70 penduduk terdiri daripada 20 keluarga di dua kampung itu, banjir lumpur terbesar sejak 70 tahun lalu itu juga mengakibatkan karpet Masjid Air Panas rosak apabila air melimpah separas 0.1 meter atas lantainya.

Sementara itu, Razman berkata, PAS Lenggong turun menziarahi mangsa-mangsa banjir serta menyampaikan bantuan berupa beras, gula, teh, kopi dan sardin serta kain pelekat dan kain batik.

Katanya, selain bantuan ala kadar itu, beliau serta rombongan yang dipandu pimpinan PAS Cawangan Air Panas dan Padang Kunyit turut memberikan bantuan kemanusiaan termasuk membersih rumah serta menziarahi pesakit mangsa banjir.

LAP UNTUNG RM70.3 JUTA: KEJAYAAN STRATEGI PR BERI AIR PERCUMA KEPADA RAKYAT

20 Syawal 1431 H
Oleh: safarizal saleh

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) tidak terkejut dengan percapaian Lembaga Air Perak (LAP) yang mencatatkan prestasi amat membanggakan apabila memperoleh untung bersih sebelum cukai sebanyak RM70.32 juta sehingga Ogos lalu berbanding RM42.52 juta dalam tempoh sama tahun lalu

adalah berdasarkan strategi yang diperkenalkan oleh pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) Negeri Perak dahulu yang membekalkan air percuma 20 meter padu khas buat rakyat Negeri Perak termasuk usaha pembayaran Zakat yang tinggi diperolehi daripada LAP.

Walaupun penentangan daripada Umno yang menyifatkan akan berlaku kerugian dan secara langsung akan membebankan kerajaan negeri tetapi akhirnya dapat dilihat pada hari ini bahawa semua tomahan tersebut telah terjawab dengan sendirinya.

Perkara ini boleh dibandingkan semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) sebelum daripada ini dan setelah diperkenalkan pembekalan air percuma ini yang masih diteruskan oleh BN nampaknya ianya telah menunjukkan hasil yang amat membanggakan seluruh rakyat Perak.

Kaedah atau pendekatan negeri bekerbajikan adalah teras utama bahawa kekayaan pendapatan Perak akan dibahagiankan kepada seluruh rakyat secara tidak langsung.

Tetapi kebimbangan kelak, jika BN terus menyalahgunakan kekayaan yang ada secara tidak berhemah yang akan meningkatkan bebanan secara tidak langsung dengan pelbagai cukai-cukai baru yang akan dicipta kelak.

Rakyat perlu sedar akan perkara ini dan perlu menentang prinsip serta perkara yang tidak memberikan keutamaan yang mendahulukan hak rakyat selama ini.

PAS yakin pertahan Galas

20 Syawal 1431 H
Oleh: Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 29 Sept: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan keyakinan PAS yakin dapat mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas pada pilihan raya kecil nanti.

Mursyidul Am PAS itu menyatakan demikian berdasarkan sokongan rakyat yang semakin meningkat kepada parti itu.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, ia ditambah lagi dengan prestasi Allahyarham Chek Hashim Sulaima selaku wakil rakyat di situ sebelum ini.

Menurutnya, sekiranya Umno bercadang untuk meletakkan calon anak tempatan, PAS juga berhasrat sedemikian.

“PAS tidak ketandusan memilih calon dalam pilihan raya itu nanti, memandangkan begitu ramai mereka yang berwibawa,” ujarnya kepada media selepas pada majlis anjuran Kolej Kejururawatan dan Kesihatan Masterskill Kampus Kota Bahru, di sini, pagi ini.

Sehubungan itu, beliau berharap para pengundi yang pernah mengundi Allahyarham Chek Hashim yang mewakili calon PAS pada pilihan raya umum lalu, diminta sekali lagi berbuat demikian pada pilihan raya kecil nanti.

Beliau juga berharap pengundi yang belum berbuat demikian iaitu tidak mengundi calon PAS supaya beralih arus pada pilihan raya kecil tidak lama lagi.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz bagaimanapun memberitahu, calon yang bakal dipilih nanti masih belum dibincangkan.

Sementara itu, beliau turut menyokong pandangan Timbalan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, yang mencadangkan supaya Umno tidak perlu bertanding pada pilihan raya kecil itu bagi menjaga perpaduan Melayu.

Jelasnya, demi mengembalikan perpaduan Melayu, sewajarnya Umno tidak bertanding dalam mana-mana pilihan raya.

Harakahdaily/-

PAS yakin Ku Li ambil pendekatan 'low profile'

20 Syawal 1431 H
Oleh: Nazri Abdullah

KOTA BHARU, 29 Sept: PAS yakin pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang juga Ahli Parlimen Gua Musang mengambil sikap 'low profile' pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas nanti.

Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun berkata, beliau yakin Tengku Razaleigh atau lebih mesra dengan panggilan Ku Li, mempunyai kaedah sendiri namun jika dia tidak menonjol adalah lebih baik.

"Faktor Ku Li memang kita tak boleh pandang rendah, tapi kita yakin mood beliau sendiri pada BN pada waktu ini tak begitu tinggi.

"Kita harap dia berada dalam keadaan low profile kerana dia pun dipinggirkan oleh pemimpin BN selama ini," katanya yang juga Adun Bukit Tuku kepada Harakahdaily hari ini.

Galas merupakan Dun yang terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang iaitu kawasan Ku Li bersama Dun Nenggiri dan Paloh.

Selain sebagai Ahli Parlimen, Ku Li juga merupakan ketua Umno Gua Musang.

Faktor Ku Li disifatkan sangat menarik pada PRK kali ini kerana beliau satu-satunya pemimpin Umno yang bersetuju dengan tuntutan kerajaan PAS negeri itu menuntut hak royalti minyak yang dinafikan kerajaan Pusat.

Lebih menarik lagi, apabila isu tuntutan hak royalti negeri ini dijangka akan menjadi antara isu utama sepanjang kempen pilihanraya itu nanti.

Ku Li hari ini seperti dilaporkan media bagaimanapun berkata, beliau akan berusaha merampas Dun Galas dari PAS.

Mengulas kelebihan PAS pula, Abdul Fatah berkata beliau optimis parti itu mampu mempertahankan kerusi Dun itu malah dengan pertambahan majoriti undi berbanding sebelum ini.

Ianya disandarkan kepada beberapa faktor termasuk hubungan baik kerajaan negeri dengan rakyat sejak lama.

"Kerajaan negeri sekarang berada dalam keadaan sangat baik, hubungan yang lunak antara pemimpin politik dengan kakitangan kerajaan serta pihak istana.

"Malah rakyat juga dapat menilai segala dakwaan pihak pembangkang negeri bahawa terdapat penyelewengan telah dibuktikan bahawa tidak wujud," katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, Che Hashim memperoleh 4,399 undi mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi. Saufi mendapat 3,753 undi.

Dun Galas mempunyai komposisi kaum dengan majoriti Melayu seramai 6,200, Cina (1,900), India (170) dan Orang Asal (2,000).

Menurut Abdul Fatah lagi, sokongan kesemua kaum kepada kepimpinan Tok Guru sangat baik termasuk dari penduduk Asal.

Sebahagian besar masalah dan keperluan penduduk Asal negeri itu juga jelasnya telah ditangani dengan baik oleh kerajaan negeri.

"Kesemua kaum Melayu, Cina , India dan orang Asal memberi kepercayaan penuh kepada kepimpinan Tok Guru," tambahnya.

Harakahdaily/-

Peneroka menang lagi kes saman Felda

20 Syawal 1431 H

KUANTAN, 29 Sept: Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini memutuskan peneroka Felda berhak mendapatkan bayaran tanam semula sebanyak RM1,700 seekar dari Felda walaupun mereka tidak menanam semula ladang mereka melalui badan berkanun itu.

Kaputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Mariana Yahya ekoran saman yang dikemukakan oleh 10 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3 terhadap Felda kerana enggan membuat bayaran itu kepada mereka.

Namun, Hakim itu memutuskan, bayaran itu hendaklah dibuat oleh Felda dengan syarat peneroka memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Felda.

Hakim menolak hujjah pembelaan Felda yang menyatakan peneroka tidak berhak mendapatkan jumlah itu kerana jumlah caruman mereka tidak sampai.

Namun, hakim memutuskan Felda perlu membayar jumlah itu kerana ia telah ditetapkan oleh Felda sendiri.

10 peneroka Felda itu diwakili oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin manakala Felda diwakili oleh Tetuan Abdullah Zainudian yang diwakili oleh Puan Doshi.

Harakahdaily/-

Jentera p'raya pemuda dilancar di Ijtima' Tarbawi

20 Syawal 1431 H
Oleh: Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 29 Sept: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan melancarkan jentera pilihan raya pemuda peringkat kebangsaan di Ijtima' Tarbawi hujung minggu ini bagi menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas dan pilihan raya Negeri Sarawak.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, kesempatan itu diambil untuk pemuda menyatakan kesediaan mereka untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi mengekalkan kemenangan PAS di Dun Galas dan membantu kemenangan Pakatan Rakyat di Sarawak.

"Bersempena dengan ijtima' yang menghimpunkan pemuda di semua peringkat, kita akan adakan pelancaran gerak kerja.

"Kita akan adakan ikrar untuk pejuang untuk seluruh pemuda turun bagi mengekalkan kemenangan PAS di Galas dan membantu Pakatan Rakyat untuk menang di Sarawak," kata Nasrudin ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau turut memberitahu, pemuda juga akan melancarkan kalendar bagi tahun 2011 yang diterbitkan oleh DPPP selain melancarkan laman wen rasmi DPPP versi baru.

"Pemuda juga akan melancarkan takwim tahun 2011 terbitan DPPP yang bercirikan Islam dan akan dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," katanya.

Menyentuh mengenai kehadiran peserta, beliau berkata, setakat ini seramai lima ribu pemuda dan pemudi telah mengesahkan kehadiran mereka ke ijtima' yang bertempat di Masjid Rusila, Marang.

Tambahnya, pendaftaran masih lagi dibuka sehingga ke petang Jumaat, sebelum majlis perasmian pada malamya.

Namun, pendaftaran di saat-saat akhir tidak digalakkan bagi mengelakkan kesulitan bagi pihak jawatankuasa penganjur.

"Kepada yang berminat untuk menyertai dan masih belum mendaftar, saya sarankan segera mendaftar di Sekretariat Pemuda Pusat atau negeri masing bagi memudahkan pihak pengurusan tempat, makanan dan logistik menyediakan kemudahan yang cukup termasuk khemah untuk mereka," pesannya.

Dijangkakan, wakil dari jemaah Ikhwanul Muslimin akan hadir sebagai tetamu undangan.

"Wakil Ikhanul Muslimin sudah memberikan persetujuan awal untuk hadir namun kita masih menunggu pengesahan kehadiran mereka," katanya.

Ijtima' bermula 1 hingga 3 Oktober itu akan dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS sementara Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merupakan salah seorang pembentang kertas kerja yang telah disesuaikan untuk pemuda dan pemudi.

Harakahdaily/-

UMNO dicadang tidak bertanding di Galas

20 Syawal 1431 H

KOTA BHARU - Isu Perpaduan Melayu yang sebelum ini menjadi polemik antara Pas dan UMNO kini dibangkitkan kembali susulan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Che Hashim Sulaima kelmarin, sekali gus mewajibkan pilihan raya kecil berlaku di kawasan tersebut.

Sehubungan itu, atas nama perpaduan Melayu, UMNO dicadangkan tidak meletakkan calon di pilihan raya DUN tersebut sekali gus memberi kemenangan percuma kepada Pas untuk mempertahankan kerusi di Hulu Kelantan itu. .

Timbalan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan: berkata, UMNO seharusnya menjadikan Galas untuk membuktikan keikhlasannya untuk menyatukan orang Melayu sebagaimana yang didakwa sebelum ini.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan berkata, jika UMNO bolah mengambil tindakan untuk tidak bertanding di kawasan DUN Penanti Pulau Pinang atas pelbagai alasan, tindakan yang sama boleh juga dibuat di DUN di Galas yang menjadi persaingan antara dua parti Melayu ini.

Dalam masa yang sama Takiyuddin berkata, tindakan mengelak pertandingan dalam pilihan raya boleh menjimatkan wang dan masa yang diketahui umum menuntut perbelanjaan yang besar.

“Kalau nak betul-betul hasrat perpaduan, apa salahnya untuk pilihan raya kecil ini (UMNO tidak bertanding), untuk pilihan raya umum kita bincang semula, ini untuk menunjukkan keikhlasan dan ‘solidaririti’ (perpaduan) antara dua parti Melayu ni, (UMNO) sepatutnya kompromi bagi kepada Pas.

“Lagipun kalau BN menang, ia tidak banyak berubah kerusi dari 45 semua kerusi (jika menang) hanya menjadi 7 kerusi,” katanya dalam sidang media sempena

pameran “Tortura” (kezaliman) di Muzium Negeri di sini semalam ketika mengulas persiapan Pas bagi menghadapi Pilihan raya kecil ke DUN Galas yang akan diadakan bila-bila masa dalam masa 60 hari selepas kematian penyandangnya Che Hashim Sulaima, kelmarin.

Sinar Harian/-

Lupa Diri

20 Syawal 1431 H
Oleh: Jarjani Usman

“Qarun berkata: ‘Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu karena ilmu yang ada padaku’” (QS. Al Qashash: 78).

Al Qur’an juga disebut sebagai obat bagi manusia. Bila sering mendekati kitab suci tersebut, manusia akan terhindar dari berbagai penyakit, misalnya, penyakit lupa tentang sejarah. Dalam Al Qur’an antara lain diceritakan sekilas sejarah kehidupan Qarun, seorang manusia yang lupa diri.

Ia lupa diri tatkala sudah memiliki harta, suatu penyakit yang kerap menimpa manusia di zaman sekarang.

Sebagaimana disebutkan dalam ayat di atas, Qarun pernah mengeluarkan kata-kata yang kalau difahami jelas bernada sombong dan lupa diri.

Seakan-akan ilmu yang dimilikinya sudah menjamin dirinya memperoleh banyak harta. Padahal ilmu tidak serta-merta menjamin banyaknya harta.

Harta adalah pemberian Allah, yang akan diberikan bagi siapa saja yang dikehendakiNya dan mau berusaha. Bahkan, harta adalah alat untuk menguji seseorang hamba, yang hanya difahami bagi orang yang tidak lupa diri.

Di zaman sekarang, penyakit lupa diri juga kerap mendera (sebahagian) manusia. Sebahagian manusia juga berperilaku seperti Qarun, menjadi sombong, meskipun tidak diungkapkan dengan kata-kata, tetapi dengan perbuatan.

Banyak orang suka menggunakan harta di jalan yang salah, termasuk memamerkannya, dan enggan menggunakannya di jalan yang sangat dianjurkan Allah.

Karena itu, jangan pernah lupa bahwa apa yang dialami Qarun juga akan dialami manusia sekarang, meskipun dengan cara yang berbeda.

Sebagaimana diceritakan dalam Al Qur’an, Qarun mendapat akhir hidup yang sangat tragis. Ia dan seluruh harta kekayaannya ditelan bumi (QS. Al Qashash: 81)

PERKASA bantah 'Nah!' - bakar gambar Namewee

20 Syawal 1431 H

Perkarangan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Jalan Maharajala di Kuala Lumpur, malam semalam menjadi kecoh dengan kehadiran kira-kira 50 orang anggota Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) bagi membantah tindakan Namawee yang melancarkan albumnya.

Mereka dilihat tiba ke perkarangan dewan itu kira-kira jam 8.45 malam dengan beberapa dari mereka membawa sepanduk PERKASA dan bendera Malaysia serta dan gambar Namawee yang dibakar. Kumpulan itu juga melontarkan kata-kata kesat dan mencarut kepada Namawee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee.

Kira-kira 100 anggota polis termasuk Pasukan Polis Simpanan (FRU) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dilihat mengawal kawasan itu sejak jam 8 malamini.

Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah yang mengetuai perhimpunan itu dilihat berunding dengan seorang anggota polis untuk memasuki dewan tersebut namun dihalang polis dengan menutup pagar dewan itu.

Mereka kemudiannya meminta polis memanggil Namwee keluar dari dewan itu namun tidak diendahkan. Ini diikuti dengan kata-kata cacian 'Namewee babi' dan 'pengkhianat'.

Arman Azhar yang ditemui pemberita berkata perhimpunan itu diadakan bagi membantah tindakan Namewee yang dianggap penghianat terhadap negara kerana menghasilkan klip-klip video dan album yang boleh mencetuskan kontroversi dan perkauman.

"Kami desak, minta dia (Namawee) minta maaf secara terbuka kepada keseluruhan rakyat Malaysia, bukan sahaja pada orang Melayu, atas perbuatan yang dia lakukan. Ternyata apa yang dia lakukan merosakkan muhibah kaum.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata perhimpunan itu tidak melibatkan penahanan mana-mana pihak kerana mereka mengikut arahan polis supaya bersurai.

"Kita arahkan mereka bersurai dalam masa 40 minit, dan mereka akur," katanya.

Namewee, sebelum itu berucap pada kira-kira 600 hadirin pada persidangan belia yang berjudul ‘Belia, mengapa anda memerlukan ‘Nah’?

‘Nah’ adalah tajuk video terbarunya yang menyentuh mengenai isu perkauman di negara ini yang membabitkan pengetua yang menghamburkan kata-kata perkauman kepada masyarkat Cina dan India. Bagaimanapun bahasa yang digunakan dalam videonya itu dikatakan tidak sesuai.

Pada jam 9.30 malam, akibat kekecohan di luar dewan itu, pihak penganjur memutuskan untuk menamatkan sesi berkenaan.

Mereka kemudiannya menasihatkan para hadirin supaya tenang dan terus balik ke rumah serta tidak bertindakbalas terhadap kumpulan itu.

Sebelum bersurai, Namewee mengambil peluang menandatangani poster dan album untuk peminatnya.

Ditanya wartawan berhubung reaksinya terhada protes anjuran PERKASA itu, Namewee berkata: “Saya tiada komen, saya bukan ahli politik. Tujuan saya ke sini adalah untuk majlis anti-perkauman.”

Soalan: Tetapi mereka datang mencari awak.

Namewee: Itu bukan masalah saya.

Mereka membakar gambar awak?

Bukan urusan saya - mereka bakar gambar saya, bukan saya.

Adakah awak akan memohon maaf seperti yang dituntut oleh PERKASA?

Tidak, mohon maaf bukan isu sebenarnya. Saya datang ke sini bagi membantu menyelesaikan isu perkauman.

Adakah awak takut dengan PERKASA?

Saya tidak takut. Saya percaya polis akan melindungi saya.

Namewee meninggalkan dewan berkenaan pada jam 10 malam dengan diiringi beberapa kereta peminatnya serta dua anggota polis bermotosikal.

Malaysiakini/-

Umno dengan judi macam kembar siam

20 Syawal 1431 H
Oleh: Idris Ahmad

PAS merasa harian tindak tanduk pemimpin Umno yang menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang memberi RM100 wang ehsan kepada warga emas telah diambil daripada sumber judi.

Tuduhan itu dibuat oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang mendedahkan kerajaan Pulau Pinang menerima sumbangan sebanyak RM500,000 daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang yang merupakan sebuah kelab yang mengendalikan pertaruhan lumba kuda di negeri itu.

Bagaimanapun, Lim Guan Eng berkali-kali menafikan dakwaan itu, dan Setiausaha Politiknya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Komtar, Ng Wei Aik membuat laporan ke atas penulis blog itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Malahan Ketua Menteri Pulau Pinang menjelaskan wang ini ialah daripada lebihan perbelanjaan kerajaan Pulau Pinang hasil daripada jimat cermat sebanyak RM35.41 juta, daripada sinilah diambil RM20 juta untuk diagihkan kepada warga emas

PAS sebagai sebuah Parti Islam yang berdasarkan kepada Islam, tidak mengiktiraf judi sebagai sumber yang sah, malahan ketika PAS mula memerintah Kelantan 1990, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengarahkan supaya jangan ada lagi premis di Kelantan dibenarkan menjalankan aktiviti judi.

Tindakan ini dibuat apabila Tuan Guru Nik Aziz diberitahu oleh semua tokoh agama Kristian, Hindu dan Bhuda, judi adalah haram di sisi agama mereka.

PAS berpandangan Umno dengan judi ini seperti kembar siam yang sukar dipisahkan. Malahan daripada awal lagi Umno sudah hidup dengan judi. Ini terbukti apabila kalangan ulamak di dalam Umno membantah loteri kebajikan adalah haram.

Pemimpin Umno tidak mempedulikan bantahan ulamak dalam Umno, berakhir dengan episod penubuhan PAS pada 24 November 1951. Sampai sekarang kita tidak dengar suara membantah secara agresif dalam Umno supaya judi dihapuskan, malahan baru sahaja kerajaan Umno BN meluluskan lesen judi bola 2010 sempena pertandingan Piala Dunia kepada syarikat Ascot Sport Tan Sri Vincent Tan, Berjaya Group pada 6 Mei 2010.

PAS mendesak Umno kena berusaha dahulu membersihkan diri daripada najis judi kerana membiarkan orang Melayu menjadi Lembaga Pengarah Resort Wold Bhd dan Genting Berhad.

Sepatutnya pemimpin Umno kena sedar bahawa “bapa judi” ialah kerajaan pusat di bawah pimpinan Umno BN. Perjuangan untuk menghapuskan judi perlu dimusnah di peringkat pusat. Bapa jangan marah kalau anak ketagih judi, kerana bapa adalah taik judi. Sepatutnya ini yang perlu diselesaikan dahulu oleh pemimpin Umno.

Jangan biarkan orang bukan Islam tertawa dengan Umno, kalau hendak bercakap bab judi biarlah kamu itu tinggal dulu menjadi pendokong kerajaan judi.

PAS berpandangan Umno yang memang mempolitikkan apa sahaja peluang untuk menaruh kebencian rakyat kepada kerajaan Pakatan Rakyat dan melaga-lagakan isu agama dan kaum supaya Pakatan Rakyat retak dan senang untuk BN meluluskan banyak lagi lesen judi.

Kebiasaannya, suatu hukum akan berubah apabila pemimpin Umno buat. Contohnya, judi halal kalau yang buat itu ialah kerajaan Umno BN, tetapi berubah menjadi haram kalau lain daripada kerajaan Umno BN.

Begitu juga hukum orang bukan Islam masuk masjid menjadi haram kerana berhadas besar kalau Cina DAP, tetapi suci lagi menyucikan jika yang masuk itu India MIC, Kamalanathan, ahli parlimen Hulu Selangor.

Harakahdaily/-

SPRM digesa buka kertas siasatan skandal MAS

20 Syawal 1431 H
Oleh: Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 28 Sept: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub menggesa Pengerusi Jawatankuasa Khas SPRM, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad membuka kertas siasatan berhubung kes penipuan dalam Syarikat Penerbangan Malaysia Berhad (MAS) yang bernilai RM8 bilion.

Gesaan Salahuddin yang juga mengganggotai jawatankuasa khas SPRM itu ekoran tindakan SPRM merujuk aduan eksklusif MAS kepada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJK), Bukit Aman.

Berdasarkan surat rasa kecewa Tetuan Lee Hishammuddin Allen & Gledhill bertarikh 2 Ogos lalu, beliau berkata, SPRM itu seakan melakukan suatu a breach of conduct dan wajar dipandang serius.

Sehubungan itu, beliau yang juga Naib Presiden PAS mencadangkan supaya SPRM, Tetuan Lee Hishammuddin Alan & Gledhill serta kumpulan eksekutif MAS dipanggil untuk memberi keterangan kepada Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Rasuah dalam masa terdekat.

Beliua juga meminta Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid supaya membuka kertas siasatan di bawah kuasa Parlimen berhubung skandal MAS itu.

Ini kerana, katanya, kes penipuan tersebut melibatkan tiga institusi berkaitan kerajaan iaitu polis, SPRM dan MAS sendiri.

Harakahdaily/-

PAS anggap pertahan Galas suatu cabaran

20 Syawal 1431 H
Oleh: Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 28 Sept: Usaha mempertahan kerusi Dun Galas yang dikosongkan ekoran kematian Chek Hashim Sulaima semalam dianggap sebagai suatu cabaran besar oleh PAS, kata naib presidennya, Salahuddin Ayub.

Salahuddin berkata demikian berdasarkan pemerhatian geo-politik, iaitu BN mempunyai kekuatan di peringkat Parlimen Gua Musang dan dua Dun dalam parlimen itu.

Parlimen Gua Musang diwakili oleh Tengku Razaleigh Hamzah dari Umno, manakala Dun Paloh dan Nenggiri masing-masing diwakili oleh Datuk Norzula Mat Diah dan Mat Yusoff Abdul Ghani juga dari Umno.

"Saya rasa itu suatu cabaran besar untuk PAS mempertahankan kerusi (Dun Galas)," ujarnya tengah hari tadi di Pejabat Agung PAS (gambar).

Disebabkan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian secara peribadi tidak memandang rendah pada kemampuan Umno/BN.

"Saya tidak memandang rendah dan meremehkan kekuatan di pihak lawan," ujarnya.

Sebaliknya, beliau berkata, PAS mungkin menurunkan sebahagian jentera yang sebelum ini dipersiapkan sempena menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada pilihan raya kecil tersebut.

"Parti telah membuat persiapan awal, bukan sekadar buat persiapan untuk Galas (kerana) parti sedang siapkan untku hadapi pilihan raya umum.

"3 hari bulan (Oktober) ini akan diadakan mesyuarat PAS Pusat, saya yakin persiapan di Galas antara agenda penting yang akan diperbincangkan," ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi naib presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar kanan) berkata, PAS bersama Pakatan Rakyat akan bekerja keras bagi memastikan kemenangan yang ada dikekalkan.

"Saya yakin seluruh jentera parti akan turun ke Galas bagi menjayakan hasrat ini," katanya kepada Harakahdaily.

Dalam kenyataan itu, beliau juga mengigatkan mahkamah untuk menyegerakan pilihan raya kecil Kota Seputih, Kedah yang telah sekian lama dibiarkan kosong tanpa wakil rakyat.

"Tidak sepatutnya perkara ini terjadi. Rakyat kawasan Kota Seputeh dibiar tanpa mempunyai wakil yang sah," katanya.

Agak malang, katanya, bila mahkamah rayuan langsung tidak memulakan proses penghakiman, dalam tempoh yang panjang dan akhirnya rakyat pun telah melupai kes yang begini penting.

"Kita tidak mahu ia menjadi satu perkara biasa membiarkan rakyat dalam sesuatu kawasan Parlimen atau Dun tanpa mempunyai wakilnya," tambah beliau.

Harakahdaily/-

Kelantan beri kerjasama untuk latihan penerbangan

20 Syawal 1431 H
Oleh: Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 29 Sept: Kerajaan Kelantan sentiasa bersedia memberi kerjasama kepada Akademi Latihan Penerbangan Asia Pasific Flight Training, di sini agar masyarakat dapat mengambil peluang daripadanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri, Abdul Fatah Mahmood, berkata kerajaan negeri sentiasa sedia membantu sebarang masalah yang berkaitan dihadapi oleh pusat latihan penerbangan itu.

“Untuk itu, pertemuan demi pertemuan perlu kita lakukan untuk menyelesaikan sebarang masaalah sekiranya ia berbangkit,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan sesi lawatan ke akademi berkenaan yang terletak berhampiran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, semalam.

Ketibaan beliau disambut oleh ketua jurulatih akademi itu, Kapten Syed Abdullah Syed Ariffin, Dr Zakaria Manaf dari kejuruteraan penyelengaraan latihan dan kakitangannya yang lain.

Turut hadir pada sesi lawatan berkenaan, Pengarah Urusetia Pembangunan Belia, Insan dan NGO negeri, Abdul Aziz Yunus dan timbalannya, Ropien.

Menurutnya, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebelum ini sudah menyatakan persetujuan untuk memberi sokongan dan kerjasama pada syarikat penerbangan itu.

“Kita berharap masyarakat di negeri khususnya golongan belia mengambil peluang yang ada untuk mencari ilmu di sini sama ada sebagai juru terbang atau penyelenggaraan injin,” ujarnya lagi.

Harakahdaily/-

Habib buka hotel yakin ekonomi Kelantan

20 Syawal 1431 H
Oleh: Rizal Tahir

KOTA BHARU, 28 Sept: Habib Jewels memilih Kelantan sebagai negeri pertama untuk pelaburannya dalam bidang perhotelan kerana yakin dengan perkembangan ekonomi yang pesat di negeri ini.

Pengurus Besar Habib Jewels Holding, Abdul Razak Abdul Kader, berkata setelah setahun pihaknya membuat kajian berhubung perkara itu, akhirnya bulan Ogos lalu, hotel yang bercirikan ‘butik’ itu beroperasi di Kelantan.

Bagaimanapun, menurutnya, ianya akan dibuka secara rasmi pada 14 Oktober ini di mana satu majlis perasmian akan diadakan.

Menurutnya lagi, berdasarkan maklumat yang diperolehi peluang ekonomi di Kelantan akan bertambah maju pada masa akan datang.

“Kerana itu kami sebagai orang bisnes sanggup melabur di negeri ini dalam eset yang lain pula,” ujarnya.

Tambahnya, pada masa yang sama ianya juga bakal memberi peluang pekerjaan pada masyarakat Kelantan apabila sebahagian besar pekerja di hotel tersebut termasuk ‘show room’ Habib Jewels dan kilang terdiri dari masyarakat Kelantan.

Sambung Razak lagi, sambutan orang ramai terhadap hotelnya hampir memenuhi sasaran sebagaimana yang dijangkakan walaupun baru sebulan dibuka.

Ini kerana, katanya lebih 50 peratus pengunjung telah mendiami hotel tersebut yang terdiri dari ahli perniagaan, kakitangan kerajaan Persekutuan dan pelancong tempatan.

Hotel Habib menawarkan dua pilihan kepada pelanggannya iaitu superior dengan harga RM130 dan deluxe RM150 dengan jumlah keseluruhan sebanyak 32 bilik.

Kedudukannya yang begitu strategik di tengah bandar Kota Bharu dijangka akan mendapat sambutan yang lebih hebat pada masa akan datang.

Harakahdaily/-

'Duta makhluk asing' nafi dilantik PBB

20 Syawal 1431 H

Setelah 48 jam dinobatkan sebagai duta bumi pertama untuk berkomunikasi dengan makhluk asing, Prof Datuk Dr Mazlan Othman akhirnya menafikan diberikan mandat oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi tujuan itu.

"Ia kedengaran menarik, tetapi saya harus nafikannya," kata Dr Mazlan melalui e-mel kepada The Guardian.

Kelmarin, bekas ketua pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa) itu menjadi tajuk berita utama di peringkat antarabangsa apabila dilapor dicadang sebagai individu pertama berkomunikasi dengan makhluk asing jika kehadiran entiti berkenaan berjaya disahkan secara saintifik.

Langkah memberi tanggungjawab itu kepada Mazlan, 58, dilaporkan selaras dengan kedudukannya sebagai Pengarah di Pejabat Hal Ehwal Angkasa Lepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNOOSA) yang beribu pejabat di Vienna, Austria.

Mazlan bagaimanapun hari ini berkata beliau akan terus bercakap tentang "objek yang hampir dengan bumi" dalam persidangan berkaitan daripada bertemu dengan makhluk hijau seperti manusia itu.

PBB juga hari ini dilapor turut menafikan rancangan melantik duta bagi tujuan itu kerana "kerja itu tidak wujud sama sekali", lapor BBC.

Malaysiakini/-

Nurul Izzah: Tukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa

20 Syawal 1431 H

Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mempersoalkan kenapa pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada mahasiswa universiti tidak ditukarkan kepada biasiswa penuh, sebagai memenuhi semangat Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan.

Mengulas cabaran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang dilaporkan menolak jemputan debatnya berhubung kedudukan istimewa orang Melayu, Nurul Izzah berkata, NGO itu tentu setuju sekiranya pendapatan Petronas disalurkan kepada dana pendidikan untuk tujuan itu.

"Perkara ini tidak mustahil kalau akaun Petronas didedahkan kepada umum melalui Parlimen. Usaha melaksanakan tadbir urus yang cekap ini semestinya selaras dengan perjuangan mempertahankan hak-hak orang Melayu," katanya.

Menulis dalam blognya, anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu memperli PERKASA dengan berkata, tindakan itu lebih bermanfaat daripada laungan meminta orang Melayu mendapat lebih banyak biasiswa daripada kaum lain.

"Dalam bahasa mudah, apa gunanya orang Melayu mendapat tujuh biasiswa, dan kumpulan lain mendapat tiga tempat sahaja. Apa yang saya perjuangkan ialah banyakkan biasiswa kepada 100 tempat (contohnya) sudah pasti ramai orang Melayu mendapat manfaat," jelasnya.

Beliau juga menimbulkan kembali tentang kuota universiti yang diubah pada zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri supaya lebih bersemangat meritokrasi.

"Bukankah ini mencabuli hak keistimewaan orang Melayu, kalau mengikut apa yang telah dilaung-laungkan PERKASA?" katanya mempersoalkan tindakan penasihat PERKASA itu.

Dalam tulisan bagi menjelaskan kegusarannya tentang perjuangan PERKASA dan kedudukan istimewa orang Melayu itu, Nurul Izzah mengambil peluang membela dirinya setelah digelar "pengkhianat", "tidak matang" dan "buta sejarah" dalam isu peruntukan kedudukan istimewa Melayu.

'Saya hanya mahu bincang pelaksanaan'

"Saya sudah jelaskan, bukan niat untuk meminda peruntukan Perlembagaan Persekutuan tentang kedudukan orang Melayu, tetapi sekadar mencari penjelasan tentang apa yang dilaung-laungkan oleh PERKASA tentang perjuangan mereka untuk melindungi orang Melayu.

"Apa saya hujahkan dalam tulisan sebelum ini, bukan mempersoal kedudukan istimewa orang Melayu, tetapi pelaksanaan dasar-dasar yang hanya menguntungkan segelintir orang Melayu dipersoalkan," kata puteri sulung ketua pembangkang itu.

"Sayangnya, jemputan saya itu ditolak mentah-mentah oleh pimpinan PERKASA dengan alasan soal kedudukan orang Melayu tidak boleh didebatkan, sedangkan yang saya mahu bincang hanyalah pelaksanaan dasar-dasar yang dikatakan dibuat atas peruntukan perlembagaan," kata Nurul Izzah.

Dalam tulisan itu juga, Nurul Izzah turut membangkitkan beberapa perkara, antaranya:

(1) Bagaimana dasar kuota dalam perkhidmatan awam selaras dengan keperluan untuk menunjukkan kepelbagaian dalam sektor awam?

(2) Adakah ini liberalisasi 27 sub-sektor ekonomi bertentangan dengan perlembagaan dan memberi kesan kepada "hak Melayu"?

(3) Kenapa soal perlembagaan tidak dibangkitkan ketika Dr Mahathir pada tahun 2003 memperkenalkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Ingggeris (PPSMI), yang kini sudah dihapuskan?

(4) Adakah memperuntukkan pegangan minimum 30 peratus ekuiti bumiputrea akan mengayakan seluruh orang Melayu dan nenaikkan taraf hidup orang Melayu; sekali gus menyelesaikan masalah kemiskinan bandar?

Malaysiakini/-

Meriah : Hampir 5000 orang pelbagai bangsa hadir Rumah Terbuka Aidil Fitri PAS Parit Buntar.

20 Syawal 1431H.

TITI SERONG : Kemeriahan Aidil Fitri dikongsi bersama oleh penduduk pelbagai bangsa sekitar 5000 orang dalam Rumah Terbuka Aidil Fitri PAS Kawasan Parit Buntar dengan kejasama Pejabat ADUN Titi Serong dan Pejabat Ahli Parlimen Parit Buntar yang diadakan pada Jam 3.00 hingga 6.00 Petang Ahad(26 Sept) lepas bertempat di Dewan Tuan Guru Hj. Ahmad Tuan Hussain disini..

Hadir Sama dalam program tersebut ialah Ahli Parlimen Parit Buntar , Dr. Mujahid Yusof Rawa , ADUN Titi Serong, Dr. Khalil Idham Lim, YDP PAS Kawasan, Hj. Harun Hj. Hashim, dan Pimpinan PAS Kawasan di semua peringkat.

Berikut ini dipaparkan gambar-gambar menarik yang dirakam oleh blogger Al banjari.




























Iran tampar muka Amerika, iktibar juga untuk melayu

20 Syawal 1431 H
Oleh: Nuruddin Muhammad

Benar kata-kata Mahmoud Ahmadinejad semasa membedal Amerika dan tuan guru nya iaitu regi Zionis baru-baru ini, “Penyembahan modal dan hegemoni telah menggantikan monoteisme yang menjadi rahasia persatuan dan cinta”.

Inilah dunia yang diidamkan oleh Zionis dan muridnya iaitu menyembah modal, menjadi penganut kapitalis dunia da melebarkan hegemoni baik daripada aspek politik, sosial, budaya dan ekonomi mengantikan sikap cinta, toleransi, berlapang dada dan jiwa kehambaan kepada tuhan.

Ahamadinejad benar-benar menampar muka Amerika dan sekutunya Israel serta seluruh rangkaianya apabila memberitahu PBB bahawa sebilangan besar manusiua serata dunia termasuk rakyat Amerika percaya kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang bertanggungjawab terhadap serangan 11 September 2001, menyebabkan delegasi AS meninggalkan persidangan sebagai tanda protes.

Beberapa minggu lepas dunia dikejutkan dengan sikap biadab paderi Florida yang ingin mengadaka ritual pembakaran Al Quran secara beramai-ramai untuk mengenangkan ‘keganasan’ islam terhadap rakyat Kristian Amerika.

Jika diteliti dengan sikap skeptikal Presiden Iran ini, tidak asing jika kita katakan usaha pembakaran Al Quran baru-baru ini adalah lakonan yang menurut skrip Zionis! Di Amerika, Persatuan Evangelis Kebangsaan (NAE) The National Association of Evangelicals dikatakan turut membantah sikap ekstrim membakar Al Quran.

Sedangkan gerakan Evangelis juga merupakan satu gerakan khas di bumi Amerika yang berjuang untuk menokok tambah Bible King James untuk menjustifikasikan usaha Yahudi merampas bumi Palestin.

Walaupun delegasi PBB kebanyakkannya telah keluar memboikot ucapan beliau, ternyata beliau telah menyuarakan suara membela islam di tempat yang benar dan tepat malah menepati saranan Nabi untuk menyatakan kebenaran di hadapan raja yang zalim. PBB adalah lambang kerajaan yang diperintah oleh penzalim termaha hebat iaitu Amerika dan Zionis.

Di antara 3 elemen penting kezaliman dunia yang dibina oleh Amerika-Zionis ialah melalui konspirasi 11 September yang dijadikan alasan kambing hita untuk menduduki negara-negara umat islam.

Elemen kedua ialah melalui pendudukan haram Zionis di bumi Al qsa selama 60 tahun dengan enuh kezaliman walaupun bukti-bukti hak yahudi mulak di bumi paslestin masih mampu disangkal oleh pengkaji akademik.

Elemen ketiga ialah melalui pengawalan tenaga nuklear yang hanya diagihkan jepada negara yang mampu mengikuti telunjuk yahudi sahaja.

Beliau optimis bahawa kebejata dunia hari ini adalah akibat dunia diperintah oleh kelomp-ok yang menang pasca Perang Dunia Kedua yang kini memegang kuasa mutlak majlis Veto PBB.

Sebaliknya Majlis UMUM PBB lah yang pelru dijadikan medan wacana dan kolaborasi sihat antara negara anggota dan bukannya diperintah mutlak oleh majlis Veto.

Jika dibahas daripada aspek mazhab, ternyata beliau benar-benar meakili blok Syiah dalam membela Palestin dan menyelar pemohongan AS dalam kes 11 September.

Di mana pula wakil Sunnah? Arab saudi lebih rela berdiplomasi dengan Amerika daripada bertindak menegur secara terbuka kekufuran AS itu.

Obama hanya mampu mengadakan sidang media selepas ucapan Iran selepas hanyaa mampu mengaranhkan diplomat Barat dan AS keluar dari Dewan.

Sidang tersebut tidak ilmiah dan berkesan untuk menafikan ucapan dan ‘tuduhan’ Iran sebelumnya.

Terlalu ramai cendiawakawan dan intelegensia Amerika yang tampil menulis jurnal, berucap serata dunia, membuat laman sesawang dan berkempen secara berfakta berkenaan teori konspirasi 11 September itu.

Namun ia tidak cukup ilmiah untuk mendidik para pendokong Zionis di kota New York sana.

Obama yang lesu selepas menerima tamparan Iran ini pula menjadi tumpuan Perdana Menteri Malaysia yang kini giat untuk mnegembleng tenaga bersama ‘Amerika’ untuk membasmi islamofobia.

Kelantangan pemimpin Iran dan Turki (Erdogan) baru-baru ini perlu menginsafkan kaum Melayu. Kaum yang hebat serta berani inilah yang banyak diuji oleh Allah dan merekalah yang sebenarnya kaum yang perkasa.

Nasib melayu tidak akan hebat dan gemilang dengan hanya ditadbir oleh pemimpin yang kuat sikap kemelayuannya. Perkasanya Melayu bukan dengan hanya melaung-laung hak melayu dengan penuh chauvinistik.

Lantaran itu kaum kita tidak diuji seumpama di Palestin kerana Allah tahu tahap kekuatan hambaNya. Kaum yang hebat ialah kaum yang diuji oleh Allah serta mampu menyuaraka kebenaran wala apapun rintangan dan tekanan yang dihadapi.

BOIKOT UTUSAN, TETAPI DATO ZAID BERI `KREDIT' PADA UTUSAN

20 Syawal 1431 H
Oleh: WFAUZDIN NS

NASIHAT DS Anwar agar semua calon yang bertanding di dalam pemilihan parti PKR hendaklah berhemah, beradab dan berdisiplin nampaknya masih tidak didengari oleh beberapa calon yang menawarkan diri.

Sebelum ini terdapat calon yang memperlekehkan pucuk pimpinan parti, mencipta berbagai isu yang tidak masuk akal tanpa bukti yang jelas semata-mata untuk menunjukkan kehebatannya agar dipilih memegang jawatan yang ingin ditandinginya.

Saya fokus kepada Dato Zaid Ibrahim, kerana bagi saya beliau banyak menimbulkan kontroversi sepanjang kempen pemilihan di dalam PKR.

Lebih-lebih lagi beliau akan bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden PKR kununnya untuk memulihkan `kuasa' Presiden Parti yang dikatakan olehnya sebagai `boneka' itu.

Itulah hebatnya Dato Zaid kerana dengan jawatan Timbalan Presiden beliau boleh menentukan `kuasa' Presiden.

Kehebatan Dato Zaid diserlahkan lagi oleh beliau sendiri yang menganggap DS Anwar hanyalah `ahli biasa' di dalam parti kerana jawatannya selaku Ketua Umum PKR tiada termaktub di dalam Perlembagaan dan Organisasi Parti.

Bukan beliau tidak sedar mengapa jawatan Ketua Umum itu wujud di dalam parti dan semenjak bila ianya wujud. DS Anwar diiktiraf sebagai Ketua Umum PKR bukan sahaja oleh ahli-ahli parti bahkan oleh rakan-rakan di dalam PR.

Benar, jawatan itu tidak wujud di dalam parti tetapi beradabkah Dato Zaid apabila menganggap DS Anwar hanya `ahli biasa'? Persoalannya, jika Presiden PKR itu `boneka' dan Ketua Umum PKR ibarat `ahli biasa', siapakah yang selama ini berkuasa di dalam PKR?

Di dalam kita semua berkempen untuk memboikot Utusan Malaysia, akhbar kepunyaan Umno yang tidak pernah duduk diam untuk menghancurkan PR, tiba-tiba Dato Zaid memberi `kredit' kepada akhbar pencacai itu di dalam wawancaranya.

Inikah sikap seorang pemimpin yang bakal mewarisi kerusi No 2 di dalam parti? Tokoh seperti inikah yang boleh kita harapkan untuk membawa PR ke Putrajaya? Di dalam wawancaranya bersama akhbar tersebut, beliau tanpa berselindung menyebut bahawa `stail' atau caranya tidak akan berubah semenjak dari Umno hinggalah kini berada di dalam PKR.

Ini bermakna, Dato Zaid tidak mampu untuk menyesuaikan dirinya bersama PKR yang sama sekali jauh berbeza dari politik Umno.

Beliau seharusnya sedar di dalam PKR ruang mengkritik pemimpin terbuka luas tetapi mestilah dengan hujah dan fakta yang jelas. Hentam kromo ikut sesedap rasa bukan amalan di dalam PKR.

Melabelkan Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali sebagai `nyanyok' bukan cara mengkritik pemimpin. Nampaknya Dato Zaid masih gagal mengubati `penyakit' yang diwarisinya sewaktu berada lama di dalam Umno.

Hari ini terbukti kita lihat bagaimana akhbar Utusan mengeksploitasikan `kredit' yang diberi oleh Dato Zaid. Maka berebut-rebut jugalah media TV 3 dan RTM untuk menganyang parti yang didukung oleh Dato Zaid ini.

Setakat ini kita patut bersyukur kerana semakin banyak Dato Zaid `merapu' tentang partinya sendiri, ahli-ahli PKR yang diberi kuasa memilih siapa yang wajar dipilih untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden bijak untuk membuat keputusan.

Kita tidak akan izinkan sesiapa sahaja yang memasuki parti ini dengan membawa `penyakit' lamanya sewaktu berada di dalam Umno, apatah lagi mengaku tidak akan berubah walau sedikit pun untuk terus merosakkan parti kesayangan kita ini.

Walau bagaimanapun, Dato Zaid boleh terus bertanding kerana beliau pastinya tidak akan di`pancung' seperti dakwaannya.

Beliau tidak perlu takut kepada bayang-bayangnya sendiri kerana PKR bukan Umno yang ingin meng` Ghafar Baba' kan sesiapa.

Walaupun beliau sebelum ini berkali-kali berjanji tidak akan bertanding atau merebut jawatan di dalam PKR, tetapi kita masih boleh terima keinginannya untuk bertanding sekarang.

Soalnya, siapakah yang tergamak yang akan memilih pemimpin yang tidak boleh mengubah dirinya sendiri? Bagaimana beliau ingin mengubah ahli-ahli bawahannya?

29 September 2010

Umno jangan takutkan orang kampung, kata Dr Asri

19 Syawal 1431H.

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyeru Umno supaya tidak menakut-nakutkan warga Pulau Pinang dengan dakwaan kerajaan negeri menipu berhubung sumber kewangannya bagi membiayai program membantu golongan miskin termasuk untuk masyarakat Islam.

"Sudahlah mereka miskin, kita persalahkan mereka. Saya nak sebut kepada rayat Pulau Pinang tak payah susah hati. (Umno) janganlah nak takutkan orang kampung, jangan kata doa tak makbul atau (fikiran) sudah benak sebab makan dari sumber haram.

"Sekiranya semua transaksi bantuan dipersoalkan sumbernya, tidak ada lagi wang yang bukan daripada sumber haram. Setiap duit yang kita terima itu tentulah pernah digunakan untuk kegiatan lain.

"Apa yang jadi pertikaian bukanlah duit contohnya RM50 daripada hasil judi itu, tapi nilainya. Apabila diterima, nilainya adalah sumbangan daripada hasil judi, tapi bila ia disalurkan kepada orang miskin, nilainya adalah bantuan," katanya.

Sebaliknya, Dr Mohd Asri berkata, perkara yang perlu dipertikaikan dalam isu pemberian bantuan orang miskin daripada hasil judi ialah promosi kepada syarikat judi yang menghulurkan sumbangan kepada kerajaan.

Katanya, keadaan itu boleh dilihat melalui liputan melalui media yang memperbesar-besarkan sumbangan yang diberikan oleh syarikat judi kepada kerajaan.

Cukai satu hukuman

"Kita tanggung dosa bila biarkan aktiviti judi atau lakukan tindakan seakan-akan memuliakan judi, sedangkan aktiviti seperti itu sepatutnya direndah-rendahkan.

"Promosi seperti itu juga seperti memberi galakan kepada perjudian. Saya pernah tengok (laporan) di majlis penyampaian sumbangan, ada ahli politik yang naik ke pentas terima cek besar daripada syarikat judi ini.

"Sepatutnya sumbangan ini diberikan senyap-senyap, tidak mengapa," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Tambahnya, cukai yang dikutip daripada syarikat judi sebagai hasil kerajaan juga tidak semestinya menerima nilai judi itu sendiri.

"Sedikit sebayak, cukai yang dikenakan ke atas syarikat itu juga adalah satu bentuk hukuman kepada mereka," katanya lagi.

Dr Mohd Asri juga berkata para ulama pula kini masih berbeza pandangan sama ada hasil daripada riba yang diperolehi kerajaan adalah halal atau haram.

"Setahu saya tidak ada. Pada masa saya (jadi mufti) tidak pernah ada mesyuarat (Majlis Fatwa Kebangsaan) untuk putuskan perkara ini," katanya lagi ketika ditanya.

Nabi terima hadiah Yahudi

Tambahnya, pandangan seperti yang dikemukakan ulama terkenal antarabangsa Dr Yusuf al-Qardhawi pula menyebut, hasil daripada riba seperti perjudian itu boleh digunakan untuk membantu orang miskin memandangkan nilai yang diberikan itu atas nama sumbangan.

"Bukannya ia diberikan atas nama hasil judi. Contohnya ada kawan hendak belanja kita kerana dia menang judi, tidak boleh kerana itu meraikan judi.

"Tapi kalau orang bukan Islam sekalipun belanja kita makan dan beri kita ang pau, tidak mengapa kerana dia hendak belanja," tambahnya.

Katanya lagi, Nabi Muhammad sendiri pernah menerima hadiah daripada orang Yahudi dan juga daripada pemerintah Rom.

"Buktinya, memang tidak salah jika hendak mengambil apa yang hak kita. Nabi mengambil hadiah daripada orang Yahudi walaupun nabi tahu orang Yahudi menjalankan kegiatan (ekonomi) riba dan pemerintah Rom terlibat dengan kezaliman," katanya.

Jelasnya, baginda tidak menerima nilai riba atau kezaliman tersebut tetapi nilai sumbangan berkenaan. Malaysiakini/-

ADUN BEBAS: PENENTU MASA DEPAN BN PERAK?

19 Syawal 1431 H
Oleh: DR RAJA AHMAD AL-HISS

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) melihat adegan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang terpaksa sekali lagi hadir ke Tanjong Malim buat kali kedua semasa Majlis Rumah Terbuka Barisan Nasional (BN) dan Umno Bahagian Tanjong Malim baru-baru ini setelah juga hadir Majlis Hari Raya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas Behrang sebelum daripada ini.

Walaupun ADUN Behrang Jamaluddin Mohd Radzi tidak hadir ke Majlis Rumah Terbuka BN dan Umno Tanjong Malim, akan tetapi Datuk Seri Zambry terpaksa hadir buat kali keduanya.

ADUN Slim yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Perak Datuk Mohd Khusairi Abu Talib yang hadir ke Majlis Hari Raya ADUN Bebas Behrang tidak pula di balas kehadiran ADUN Bebas Behrang tersebut.

‘Kuasa ketiga’ di dalam politik Negeri Perak jelas dapat dilihat jika suasana seumpama ini masih dibiarkan berterusan.

Datuk Seri Zambry terpaksa menjadi alat kekuasaan ‘kuasa ketiga’ yang ingin memenuhkan agenda peribadi mereka yang dapat dilihat sendiri terutama kekayaan luar biasa mereka.

DPPN Pk melihat berjayanya ADUN Bebas Behrang menghadirkan Zambry ke majlisnya merupakan bukti bahawa Kerajaan Perak berada 'dihujung telunjuk' ADUN-ADUN Bebas tersebut.

Tidak mustahil juga semua ADUN Bebas tersebut bakal bertanding sekali lagi dan yang paling berani adalah menjadi calon BN Perak di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti.

Sama-samalah rakyat melihat keadaan ini, biar pun penafian-penafian yang akan dibuat oleh mereka. Tetapi penafian di dalam politik kadang-kadang adalah kebenarannya.

Episod Drama "JANJI PALSU" akan kembali bersiaran..Tunggu di kaca TV anda

19 Syawal 1431 H
Oleh: Mr. President

Al-Fatihah buat arwah Chek Hashim Sulaima, ADUN Galas yang telah kembali ke rahmatullah sekitar jam 4.30 petang, 27 September 2010.

Semuga Allah mencucuri rahmat ke atasnya dan digolongkan dalam golongan hamba-Nya yang bertaqwa. Insya Allah.

Pergi Tak Kembali, itulah salah satu tajuk lagu nasyid yang didendangkan oleh Kumpulan Rabbani. sudah lumrah setiap kehidupan, sampai masa akan dijemput pulang.

Membawa amal di dunia berjumpa Tuhan. Tanpa mengira usia, bangsa dan keturunan, bila sampai masanya, kita akan dipanggil mengadap Tuhan.


Apapun, apabila insan yang begelar ADUN atau Ahli Parlimen yang meninggal dunia, pastinya terbanyang disetiap kita ni akan berlakunya suatu pesta yang tak akan dilepaskan oleh semua rakyat untuk mengikutinya.

Apa yang lebih molek digunakan untuk pesta ini ialah seperti suatu drama yang selalu ditayangkan di kaca-kaca televisyen. Drama kali ini bertajuk "Janji Palsu".

Sedikit masa lagi, episod drama Janji Palsu ini akan bersambung setelah hampir setahun menyepi selepas bersiaran di Manek Urai tempoh hari.

Para pelakon sudah siap bersedia untuk melakonkan watak masing-masing, sama ada watak jahat, watak komedi, watak baik, watak sadis, watak zuhud, watak ganas, aksi stunt, semua sudah lengkap. Cuma menunggu masa dari Tuan Peneraju Utama sahaja yang menjerit, "action!!!"

Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tidak Akan Tunduk Kepada Usaha UMNO Mengganggu-gugat Program Penghargaan Warga Emas Sebanyak RM 100 Setiap Tahun.

19 Syawal 1431 H
Oleh: Lim Guan Eng

UMNO sekali lagi meneruskan fitnah dan tohmahan terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang dengan mendakwa bahawa program penghargaan warga emas dibiayai oleh sumber judi haram dan bila ini dibuktikan palsu mengalih kepada program Rakan Anti-Miskin(RAM) untuk membasmi miskin tegar.

Taktik jahat seribu jahat bertujuan menggagalkan program ini daripada kerajaan berjiwa rakyat PR yang bermenafaat rakyat.

Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan tunduk kepada usaha UMNO mengganggu-gugat program penghargaan warga emas yang membayarkan RM100 setiap tahun kepada semua yang melebihi 60 tahun.

Sehingga sekarang hampir 110,000 warga emas di Pulua Pinang telah mendaftarkan diri dan akan mendapat bayaran RM 100 setiap tahun demi mengenang budi atas sumbangan warga emas.

Di samping itu si waris warga emas yang mendaftarkan diri akan menerima RM 1,000 sekali sahaja bila warga emas meninggal dunia. Sebanyak RM 20 juta telahpun diperuntukkan untuk program ini dalam Belanjawan 2010 pada tahun lepas.

Wang yang dibayar oleh kerajaan negeri untuk program ini tidak datang daripada mana-mana derma atau sumber kerajaan persekutuan.

Ia adalah penjimatan hasil urustadbir CAT yang cekap, akauntable dan telus serta langkah anti-rasuah yang bukan sahaja dipuji oleh Lapuran Ketua Audit Negara tetapi juga disanjungi oleh badan antarabangsa anti-rasuah terunggul, Transparency International.

Urus tadbir CAT dan langkah anti-rasuah telah membolehkan Pulau Pinang mencatatkan lebihan Belanjawan yang paling besar dalam sejarah sebanyak RM 88 juta pada 2008 dan RM 77 juta pada 2009.

Oleh itu, tidak wujud langsung program ini dibiayai oleh sumber luar. Keseluruhan kos program ini dibaiyai sepenuhnya oleh hasil lebihan Belanjawan. Dengan kata lain, program penghargaan warga emas adalah dividen “anti-rasuah” yang dapat dinikmati oleh rakyat kerana mempunyai sebuah kerajaan negeri yang bersih dan tidak makan duit.

Ini bukan kali pertama program ini diserang kerana sebelum ini BN pernah mendakwa bahawa pemberian RM 100 kepada warga emas adalah serupa bagi rasuah! Untuk BN, bagi wang sama rakyat adalah rasuah tetapi lain pula bagi wang ke dalam kocek sendiri.

Sekiranya kerajaan negeri tak makan duit maka rakyat boleh dapat duit! UMNO jangan harap akan mengganggu-gugat program dividen anti-rasuah RM100 setiap tahun kepada warga emas dengan fitnah dan tohmahan.

Program Rakan Anti-Miskin(RAM) Membasmi Miskin Tegar Di Pulau Pinang Tetap Diteruskan.

Selepas gagal membuktikan program penghargaan warga emas terbabit dengan hasil judi haram, UMNO pula cuba mengalikhan perhatian daripada fitnah mereka dengan menyatakan program RAM membasmi miskin tegar datangnya daripada sumber judi haram. Bukti UMNO adalah derma RM 2 juta daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang.

Program RAM adalah inisiatif murni kerajaan negeri PR untuk membasmi miskin tegar di kalangan keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM 400 sebulan di Pulau Pinang dan memastikan setiap keluarga mendapat sekurang-kurangnya RM 500 sebulan.

Menerusi RAM, kerajaan negeri PR telah berjaya membasmi miskin tegar dalam tempoh masa setahun sahaja, apa yang tidak dapat dilakukan oleh BN dalam 51 tahun.

Menyedari tentang sensitiviti wang derma daripada Kelab Lumba Kuda untuk orang Islam, maka ia diasingkan dan tidak diberikan kepada orang Islam tetapi hanya kepada orang bukan Islam.

Malah Pegawai Kewangan Negeri Dato Farizan bin Darus telah mengesahkan kepada saya semalam bahawa wang derma RM 2 juta ini daripada Kelab Lumba Kuda diasingkan dan dikhususkan kepada orang bukan Islam dan tidaknya kepada orang Islam.

Perlu diingati bahawa ada juga orang bukan Islam yang miskin tegar, bukan semua bukan Islam kaya macam pemimpin BN. Adakah salah untuk menyalurkan wang derma ini kepada orang bukan Islam?

Bukankah lebih salah dan haram untuk UMNO luluskan lesen judi bola? Atau adakah UMNO dendam sama Kerajaan negeri Pulau Pinang yang merupakan negeri pertama mengharamkan judi bola dan sekaligus merosakkan rancangan baik UMNO untuk membenarkan lesen judi bola di Malaysia? Yang jahat pula tuduh orang lain.

Bantuan RAM kepada keluarga miskin tegar Islam dibiayai daripada hasil kerajaan negeri menerusi lebihan Belanjawan yang disebut tadi.

Memang BN dan UMNO irihati atas kejayaan kerajaan negeri membasmi miskin tegar dan program penghargaan warga emas.

Walaupun terus difitnah, kerajaan negeri tidak akan berganjak atau tunduk langsung ke atas anasir jahat ini yang mahukan dua program ini dihentikan.

Rakyat terus dibela, hak rakyat terus diperkasakan dan undang-undang terus didaulatkan.

Zakat barang-barang perniagaan

19 Syawal 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

AMARAN KERAS KEPADA ORANG YANG ENGGAN MENGELUARKAN ZAKAT

Firman Allah swt:

وَلاَ يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَبْخَلُونَ بِمَا آتَاهُمُ اللّهُ مِن فَضْلِهِ هُوَ خَيْراً لَّهُمْ بَلْ هُوَ شَرٌّ لَّهُمْ سَيُطَوَّقُونَ مَا بَخِلُواْ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلِلّهِ مِيرَاثُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاللّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karuniaNya meyangka, bahwa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah-lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. (180 ali imran)

وَالَّذِينَ يَكْنِزُونَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ وَلاَ يُنفِقُونَهَا فِي سَبِيلِ اللّهِ فَبَشِّرْهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ

يَوْمَ يُحْمَى عَلَيْهَا فِي نَارِ جَهَنَّمَ فَتُكْوَى بِهَا جِبَاهُهُمْ وَجُنوبُهُمْ وَظُهُورُهُمْ هَـذَا مَا كَنَزْتُمْ لأَنفُسِكُمْ فَذُوقُواْ مَا كُنتُمْ تَكْنِزُونَ

Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka, (bahwa mereka akan mendapat) siksa yang pedih. pada hari dipanaskan emas perak itu dalam neraka jahannam,

lalu dibakar dengannya dahi mereka, lambung dan punggung mereka (lalu dikatakan) kepada mereka: "Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, maka rasakanlah sekarang (akibat dari) apa yang kamu simpan itu."

34 dan 35 at-Taubah

APAKAH ZAKAT BARANG-BARANG PERNIAGAAN

Ianya adalah barang-barang yang dniagakan selain dari emas, perak dan wang. Tidak kiralah ia berbentuk alat-alat, tanah-tanah, binatang, tanam-tanaman, pakaian dan seumpama dengannya yang diniagakan.

Ianya merangkumi barang kemas yang diniagakan dan tanah yang diniagakan. Adapun rumah tempat tinggal dan premis perniagaan tidak perlu dizakatkan.

DALIL KEWAJIPAN ZAKAT

Para ulama telah bersepakat bahawa wajibnya zakat barang-barang perniagaan. Ini berdasarkan firman Allah swt:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ أَنفِقُواْ مِن طَيِّبَاتِ مَا كَسَبْتُمْ


Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan allah) sebagian dari hasil usahamu yang baik-baik (267 alBaqarah)

Mujahid berkata : Ianya turun pada zakat barang-barang perniagaan.

Nabi saw bersabda:

في الإبل صدقتها وفي البقر صدقتها وفي الغنم صدقتها وفي البز صدقته

“ Wajib mengeluarkan zakat unta, wajib menegeluarkan zakat lembu, wajib mengeluarkan zakat kambing dan wajib mengeluarkan zakat pakaian dan senjata yang diniagakan.”

Hadis riwayat Hakim dan Dar Qutni.

SYARAT-SYARAT ZAKAT

Syarat-syarat zakat barang yang disepakati para ulama:

1. Sampai Nisab

(kadar minumumnya) iaitu nilai 85 emas atau 595 gram perak. Hendaklah merujuk kepada pakar emas untuk mengetahui nilai emas semasa.

2. Cukup setahun hijrah.

Ini berdasarkan hadis :

لا زكاة في مال حتى يحول عليه الحول

“ Tidak wajib zakat sehinggalah berlalunya setahun.”

Hadis riwayat Abu daud dengan sanad yang hasan.

Maksudnya dari mula sehingga cukup setahun calendar hijrah kadar nisab diatas.

3. Niat untuk untuk diniagakan

Barang-barang zakat perniagaan adalah barang-barang yang dibeli atau dimiliki dengan tujuan untuk diniagakan.

Ini adalah 3 syarat yang disepakati oleh kempat-empat mazhab utama. Disana terdapat syarat-syarat yang tidak disepakati yang tidak disebut disini.

CARA PENILAIAN HARTA PERNIAGAAN UNTUK ZAKAT

Peniaga menilai barang-barang perniagaannya apabila cukup setahun mengikut calendar hijrah dengan nilai semasa hendak mengeluarkan zakat. Apabila cukup nisab (nilai 85 gram emas) maka hendaklah dia keluarkan 2.5 peratus daripadanya.

ADAPUN KEUNTUNGAN IANYA DIKELUARKAN MENGIKUT ZAKAT HARTA

TOTO HALAL? ANAK YATIM JADI MANGSA

19 Syawal 1431 H
by BLOGMASTERS

Sports Toto brings gifts to children at hospital and welfare homes

In conjunction with the coming Hari Raya celebrations, Sports Toto reached out to about 300 people on separate occasions to spread the festive cheer.

An entourage of Sports Toto staff made a goodwill visit to the paediatric wards of Hospital Tengku Ampuan Rahimah in Klang and Hospital Sungai Buloh recently.

They had a light-hearted moment mingling with about 150 children in both hospitals and handed duit raya and gift packs to them. The children were visibly brightened up by the surprises despite being unwell.

Festive cheer: A group photo of all the invited guests with their goodies.
Thereafter, a breaking of fast was held in collaboration with Bukit Kiara Equestrian & Country Resort for about 150 underprivileged children and single mothers from Persatuan Anak-Anak Yatim Dan Ibu Tunggal Kg.

Medan, PJ and Pertubuhan Rumah Anak Yatim Miskin Daerah Kuala Langat, Banting.

Chartered buses were specially arranged to transport the invited guests to the Country Resort.

They were treated to a rare and exciting experience of horse-drawn carriage rides and poney rides around the scenic equestrian park, a sumptuous dinner, duit raya and gift packs plus entertainment by talented teen singer, Putri as well as some fun andgames with fabulous prizes.

Easing the pain: Sports Toto staff giving a gift pack to a child patient in Hospital Sungai Buloh.

The Raya charity programme has been listed in Sports Toto’s calendar of charitable causes for many years as it is part of the company’s tradition towards inculcating a sense of caring and sharing in the community.

Anak

19 Syawal 1431 H
Oleh: Jarjani Usman

“Ibrahim berkata, ‘Wahai anakku, sungguh aku telah bermimpi. Dalam mimpiku itu, aku menyembelihmu. Bagaimana pendapatmu mengenai hal ini?’ Ismail menjawab, “Wahai ayahku, kerjakanlah apa yang telah diperintahkan.

Insya Allah, engkau akan mendapatiku termasuk orang-orang yang bersabar” (QS. Ash-Shaffat: 102).

Kata-kata seseorang anak sering memberikan keteguhan hati orang tuanya. Dalam sejarah umat manusia, banyak ditemukan bukti betapa berartinya kata-kata seorang anak, semisal kata-kata anaknya Nabi Ibrahim dan kata-kata anak seorang perias di rumah Fir’aun, Masyitah.

Sewaktu mau menyembelih anaknya, Ismail, Nabi Ibrahim sempat ragu karena rasa kasih sayang seorang ayah memuncak begitu tinggi. Namun, keyakinan Nabi Ibrahim kemudian muncul kembali tatkala anaknya Ismail tiba-tiba menyuruh ayahnya untuk melaksanakan saja hajatnya, sebagai tanda kerelaan kepada Allah.

Perasaan ragu juga sempat muncul tatkala Masyitah yang sedang menanti hukuman mati karena menjaga keimanannya kepada Allah.

Di depan kuali besar, Masyitah masih diberikan kesempatan oleh algojo untuk memilih hukuman mati dengan tetap beriman kepada Allah atau tidak dihukum bila mau mempertuhankan Fir’aun.

Di saat keraguan memuncak, apalagi mengingat anak-anaknya yang masih kecil-kecil, Masyitah tiba-tiba mendengar sepenggal kata dari anaknya yang masih kecil yang memintanya untuk tetap memilih hukuman mati demi Allah.

Lantas, dengan penuh keyakinan ia bersama anak-anaknya melompat ke dalam belanga yang penuh dengan air mendidih.

Demikianlah anak-anak orang beriman, seringkali menjadi peneguh keyakinan orang tuanya di jalan keimanan.

Namun, tidak demikian umumnya anak-anak orang biasa, yang kerap mengeluarkan kata-kata yang membuat orang tuanya menempuh jalan sesat.

Tidak sedikit orang tua yang terjerumus ke jalan salah karena ingin memenuhi keinginan anak-anaknya yang meminta ini itu di zaman sekarang.

Ahli akademik jangan jadi alat Umno

19 Syawal 1431 H
Oleh: Mohd Sabri Said

BUTTERWORTH, 27 Sept: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar membidas sikap ahli akademik yang sanggup menjadi alat kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) menakut-nakutkan rakyat dengan hak keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Baginya, jika golongan berkenaan terus bersikap demikian lebih baik mereka menyertai Umno yang sempit dan berjuang menegakan benang basah.

“Biar rakyat menghukum usaha jahat yang ditaburkan, waktu itu baru mereka sedar haluan yang mereka pilih salah dan menyimpang jauh dari usaha menyatupadukan rakyat Malaysia.

"Kita tahu ada pakar akademik yang diperkudakan oleh BN untuk menakut-nakutkan rakyat khususnya orang Melayu tentang isu hak keistimewaan orang Melayu yang akan terhakis sekiranya Pakatan Rakyat memerintah," tegasnya ketika ditemui di Wacana: Adakah Polis Pembela Rakyat di Dewan Haji Ahmad Badawi, di sini malam tadi.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut mengingatkan ahli akademik sedemikian agar jangan terpengaruh dengan dakyah jahat yang sedang ditiupkan oleh Umno dan BN berhubung isu berkenaan.

Katanya, kepimpinan Umno sedang berusaha meyakinkan rakyat dengan berbagai cara dan kaedah termasuk memperkudakan tokoh akademik yang kurang faham terhadap manifesto Pakatan Rakyat yang mengutamakan ketelusan, kebertanggungjawaban dan anti rasuah.

Menurutnya, semua urusan membabitkan pemerintahan bersama Pakatan Rakyat seperti Islam sebagai agama rasmi dan kedaulatan Raja-Raja Melayu tetap terpelihara.

Harakahdaily/-