23 Oktober 2010

AMK kempen bantah bina menara 100 tingkat

14 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 21 Okt: Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) memulakan Kempen Bantah Projek Menara 100 Tingkat dengan mengumpul tandatangan ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Dewan Rakyat hari ini.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, kempen itu diadakan sebagai membantah salah satu intipati bajet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai pembinaan menara 100 tingkat, Warisan Merdeka.

Projek mega yang bakal menelan belanja RM5 bilion itu dicadangkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).

"AMK akan mengerakkan menggerakkan semua anggota untuk turun ke lapangan masyarakat dan mengedarkan risalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap pembaziran Bajet 2011.

"Program kutipan tandatangan di seluruh Malaysia akan dijalankan oleh pimpinan AMK di cabang-cabang," kata beliau dalam satu sidang media di lobi Parlimen siang tadi.

Shamsul mempersoal dakwaan Najib bahawa projek itu bukan satu pembaziran kerana katanya, Malaysia sudah mempunyai Menara Berkembar KLCC dan banyak lagi bangunan pencakar langit seperti Dayabumi yang masih mempunyai kekosongan.

"Banyak projek mega yang dilaksanakan oleh kerajaan akhirnya menjadi projek gajah putih. Rakyat terpaksa menanggung beban atau kerugian yang dialami.

Tegasnya juga, peranan PNB adalah menaik taraf pelaburan dan menjaga kepentingan Bumiputera melalui pengurusan pelaburan portfolio, bukan membina menara.

"Pembinaan menara memang bukannya keutamaan PNB malah hanya menunjukkan kembalinya "Mahathirisme" dalam pengurusan ekonomi yang berteraskan mega projek," tegasnya.

Beliau juga mendesak kerajaan mengambil kira bantahan rakyat yang tidak mahukan pembinaan menara itu.

"Projek mega Menara Warisan Merdeka yang dijangka siap pada tahun 2020 telah mendapat bantahan hebat daripada rakyat jelata.

"Kerajaan tidak boleh bersikap lepas tangan kepada PNB untuk membuat sebarang projek. Apakah ini bukti rakyat diutamakan?" soalnya.

Harakahdaily/-

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Belum dengar lagi pemilik-pemilik hartanah bangunan diKL mengeluh rugi - untung lagi ada.Tengok KLCC punyalah ramai manusia datang shopping dan business. Kita perlu tengok keperluan kuala lumpur bukan dari keadaan sekarang tapi jasanya dan keperluan kemudian. contohnya KLIA, KLCC, tren KLIA express, Putrajaya dan banyak lagi yang didakwa kononya projek membazir.

Apapun akan sentiasa ada orang yang sekali ketuk sekali bergerak. Lebih teruk, diketukpun tak bergerak tapi ada hati nak ajar itik berenang. Diri sendiri tidak ada wawasan dan perancangan - asyik membantah tak tentu pasal.
Sekarang airport mana-mana negeri telah diperbesarkan seperti Trengganu, Kota Kinablau dan lain-lain. Dulu KLIA dikatakan membazir kenapa - pemimpin perlu pikir jauh.
Apakah KL Sentral membazir?

Warisan Merdeka dibuat di Wilayah Persekutuan dan tidakmenggunakan duit kerajaan tapi PNB.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1023&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Awang Adek perjelas rasional keperluan projek berskala besar
KUALA LUMPUR 22 Okt. - Kewujudan projek-projek pembangunan berskala besar amat penting untuk menjana pertumbuhan ekonomi negara yang kini berpaksikan kepada sektor perkhidmatan.

..... Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan berkata, penyediaan infrastruktur itu turut mencakupi keperluan sektor pengangkutan, kewangan, perniagaan borong dan runcit, pelancongan dan bangunan-bangunan tinggi untuk menjadi pusat kepada syarikat tempatan serta antarabangsa.

Katanya, keperluan infrastruktur itu akan menjadi lebih mendesak terutamanya selepas liberalisasi sektor perkhidmatan menjelang 2015.

.... Katanya, perlu juga diingatkan bahawa di negara maju tidak ada orang mempersoalkan projek-projek besar membabitkan pembinaan bangunan pencakar langit sebagaimana yang berlaku di Malaysia.

"Dulu tidak setuju dengan jambatan Pulau Pinang, Menara Berkembar Petronas dan Putrajaya, sekarang bukan sahaja rakyat perlu kepada jambatan kedua di Pulau Pinang tapi pembangkang pula tidak sabar-sabar nak masuk Putrajaya.

"Inilah hipokritnya sikap pembangkang, cakap tak serupa bikin, kita tak boleh tapi mereka tak apa," katanya.

Tanpa Nama berkata...

Kita tidak persoalkan kenapa MidValley, times Square dibuat sebab itu adalah perhitungan suatu entiti perniagaaan. PNB adalah suatu entiti perniagaan Persekutuan Malaysia bukannya urusan mana-mana parti politik termasuk UMNO. apa hak parti politik hendak persaolakan perlembagaan persekutuan? Bukankah parti-parti poltik itu sendiri tertakluk kepada Perelembagaan Persekutuan jauh lagi untuk mempersoalkannya?

Tanpa Nama berkata...

di sini berlaku sedikit masalah pemikiran..pembangunan itu penting, tp biarlah selari dgn keperluan dan kemampuan org ramai..yg majoritinya berpendapatan rendah,..saudara melihat org ramai yg berkunjung ke KLCC..terus membuat kayu ukur begitu...ohhh tuan..lihat lah masyarakat di flat2,..di kampung2..tgk la keadaan mereka, ekonomi kita sekarang lagi menurun berbandung kemboja...thailand???...kita jauh ketinggalan..

Tanpa Nama berkata...

Kampung tetap kampung,luar bandar tetap luar bandar, wilayah persekutuan tetap wilayah persekutuan.

Saya setuju apa-apa yang diperlukan dalam wilayah persekutuan tidak semestinya diperlukan oleh orang-orang luar bandar atau orang-orang kampung. Bagi KLIA, ada ramai yang masih belum mampu naik kapalterbang. Pun begitu,ianya tidak bermakna KLIA tak seharusnya dibuat - sudahpun lama siap.

Bagaimanapun, untuk atau buat Warisan Merdeka, 100 tingkat keatas atau 100 tingkat ke dalam muka bumi adalah perhitungan business suatu entiti perniagaan yang mengganggarkan keuntungan dalam mempersediakan infrastruktur keperluan wilayah Persekutuan. Saya akur bahawa tidak ramai mampu menyewa premisnya apatahlagi membeli walaupun seunit atau sebilik sahaja. Namun,ianya bertujuan memberikan perkhidmatan high end kepada industri dan perniagaan high end. Banyak lagi rumah-rumah kedai yang boleh disewakan oleh mana-mana syarikat perniagaan dan orang perseorangan. Maka Warisan Merdeka adalah asset bukannya liabiliti kepada PNB - itu yang saya nampak.

Maka, saya akur, ada sedikit masaaalah pemikiran dalam atau tidak membantah. Terpulang kepada ahli-ahli lembaga PNB dalam business decision mereka.

Kalau tidak dibelanjakan,mana mungkin manafaatnya sampai kepada ibu-bapa kita diluar?

Bagi mereka yang terbabit dengan industri high end, ini adalah peluang mereka memperkemaskan kebolehan (modal insan) dan perniagaan mereka. Biarlah PNB dengan penghitungan business decision untung ruginyanya.

Apalah guna MidValley,Times Square untuk saya? Namun, sekali saya bila pergi MidValley, parkingpun tak dapat! Apahalnya?

Tanpa Nama berkata...

Sebagai penjawat awam (dalam kes saya) atau wakil rakyat, ada atau tidak Warisan Merdeka, awal atau hujung bulan, duit tetap masuk akaun. Kalau bonus diberikan kerajaan,mengikut Dato Seri Najib, jumlahnya RM 3 Bilion untuk kakitangan kerajaan. Bila tak dapat bonus, ramai yang merintih sedangkan gaji sudahpun ada diakaun.

Bagaimana pula mereka-mereka yang cari makan hasil perniagaan terutamanya industry high end – tidakkah mereka mengeluh dan merintih bila Warisan Merdeka atau Jambatan Bengkok tidak dibuat? Inilah peluang mereka memberikan perkhidmatan mereka dan habuannya.

Ada yang membekalkan simen, batu, kaca etc dan kontraktor (Perkerja-perkerja diperingkat bawah hingga atas) dapat habuan masing-masing mengikut kelayakan dan kemahiran masing-masing. Pemandu-pemandu lori, van dan sebagainya pun dapat kerja. Secara tak langsung atau langsung, yang membuka kedai-kedai baju makanan dan seumpamanya dapat juga habuan mereka.

Setidaknya, mereka dapat habuan hasil usaha mereka bukan atas dasar tanpa usaha supaya rakyat senantiasa berkerja dari mengharapkan wang ehsan.

Punbegitu, perlaksanaannya hendaklah juga baik.
Seperti Bakun, pembangunannya walaupun bagus, pembangunan itu tidak membangunkan masyarakat wilayah itu (wilayah Baluy) dan orang-orang luar pula kaya. Perumpamaanya, penyewa masuk kedalam rumah TuanRumah, ambil rumah TuanRumah dan sewakan rumah itu kepada TuanRumah. Apa yang TuanRumah dapat? Apa hak penyewa sehinggakan TuanRumah itu pula yang menjadi terpinggir?

Siapa penyangaknya lah yang perlu difokuskan bukannya bantahan terhadap pembangunan empangan Bakun itu.

Tanpa Nama berkata...

Saya ingin menarik perhatian kepada tuan-tuan yang telah memberikan komen disini. Nampaknya anda tidak sedar betapa 5B itu jika disalurkan kepada pembangunan luar bandar terutamanya kawasan di Sabah dan sarawak. Anda hidup dalam keadaan selesa di bandar metropolis Kuala Lumpur ataupun bandar-bandar besar di semenanjung. Maka adalah mudah anda berkata luar bandar tetap luar bandar, bandar tetap bandar. Tetapi pernahkah anda merasai bagaimana susahnya penduduk hidup di kawasan-kawasan seperti ini?

Saya merupakan seorang kakitangan awam yang bekerja di pedalaman sarawak dan merupakan anak watan sabah.Tuan-tuan yang berasal dari semenanjung Malaysia merasai segala kemudahan infrastruktur yang lebih daripada selesa. Sedangkan ada kawasan di sini yang masih tidak mempunyai jalan berturap, tidak berelektrik, walaupun selepas 50 tahun negara merdeka.

Tuan-tuan tidak merasai kehidupan seperti ini bukan? Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bagi saya, peruntukan sebesar 5 Billion itu lebih baik disalurkan kepada pembangunan infrastruktur negeri sabah dan sarawak. Saya tidak prejudis kepada kenyataan tuan-tuan disini, tapi hakikatnya tuan-tuan tidak mempunyai maklumat mengenai hakikat kesusahan yang dialami oleh rakyat sabah dan sarawak.


Bukan niat saya untuk menuduh kerajaan BN, tetapi jika dikira-kira, Sabah dan Sarawak mempunyai hasil negeri yang sangat besar kepada Malaysia. Tetapi, infrastruktur asas seperti air, elektrik dan jalan raya masih terabai. Kerajaan seperti tutup mata sedangkan mereka tahu rakyat Sabah dan Sarawak lebih memerlukan peruntukan sedemikian besar.

Sekiranya tuan-tuan tidak tahu bagaimana rasanya tidak mempunyai air bersih, jalan tidak berturap dan tidak berelektrik, datanglah ke mana-mana kawasan luar bandar di sabah dan sarawak, saya jamin tuan-tuan akan berasa bersyukur kerana tuan-tuan tidak menghadapi kesusahan seperti yang dialami oleh penduduk di sabah dan sarawak.

Saya memberi amaran kepada kerajaan BN, sekiranya kemudahan asas di Sabah dan Sarawak masih lagi terabai, Sabah dan Sarawak pasti jatuh ke tangan pihak pembangkang pada PRU 13. Dan saya mungkin mencadangkan kepada kepimpinan parti untuk memisahkan sabah daripada malaysia memandangkan kerajaan UMNO-BN hanya memajukan semenanjung Malaysia, tetapi mengabaikan keperluan rakyat di sabah dan sarawak. Justeru itu, pembinaan menara sebanyak 5 billion itu nyata menunjukkan ketidakprihatinan kerajaan dalam menyelesaikan isu masalah di sabah dan sarawak.

Alangkah baiknya sekiranya rakyat di sabah dan sarawak tidak dianaktirikan dalam pembangunan infrastruktur asas.

Saya bertanggungjawab di atas segala kenyataan saya kerana saya merupakan anak watan sabah. Jika tuan-tuan yang menyokong pembinaan menara warisan sebegini, mungkin tuan-tuan hidup dalam keselesaan dan kesenangan yang tidak didapati di kebanyakan kawasan di sabah dan sarawak.


Lawan tetap lawan!

Tanpa Nama berkata...

Anon 10/24/2010 9:11 PM - mungkin lupa bahawa RM 5 billion bukannya milik UMNO atau mana-mana parti politik tetapi adalah entiti pelaburan Kerajaan Persekutuan bukannya Kerajaan Pusat. Itu adalah business decision entiti tersebut samalah jika Tabung Haji berkeputusan untuk melaburkan dana mereka bagi mendapat pulangan jangka panjang samada membeli kapalterbang atau membina Hotelnya sendiri. Siapa UMNO atau DAP untuk mempersoalkan pelaburan tersebut.

Sebagai entiti pelaburan, tentunya keuntungan atau pulangan modal dan dividen menjadi elemen utama sebab pelabur menjangkakan pulangan.

Jurang dan kepesatan pembangunan antara pendalaman dan bandar tentunya beza dan apa pun itu sememangnya hakikat. Lihat Kuching dan Kota Kinablu dan bandingkan dengan luar bandar ibarat langit dengan bumi. Apakah nak disalahkan Kota Kinablau dan Kuching kenapa lebih pesat dari luar bandar?

Bandar tempat perhimpunan manusia dengan pelbagai agendanya, dan perkara-perkara itu sendiri satu tarikan besar pada kepesatan pembangunannya seperti kediaman-kediaman, jalan-jalan, hotel-hotel, kedai-kedai, sekolah-sekolah dan banyak lagi. kami dibandar tiada pilihan dan kos kehidupan pun bukan murah. Banyak suka dan dukanya juga. Apakah patut dibina sebuah IPTA, lapangan terbang dan Hotel yang beesar dipendalaman seperti Long sah (b) Belaga, atau di Long Pasa? Sedangkan KLIA dan Putrajaya sendiri ramai yang menentang kononya pembaziran? kini merekalah yang pertama beriya-iya untuk menyerbu masuk kedalamnya.

Jika Tuan merasakan hidup dibandar lebih baik, mohon pindah kebandar dan Tuan sendiri akan menyesal ditempatkan dibandar dengan hiruk-piruk dan kesibukannya.Itulah harganya namun disebelah aspek lagi, gajinya pun lebih besar dan peluangnya juga begitu dankosnya besar juga. Risikonya besar, begitu juga pulangannya.

Apapun, bila pembangunan dicadangkan seperti Bakun, ada pula yang menentang kononnya merosakkan alam sekitar dan sebagainya, Bagaimana nak adakan pembangunan?

Kerakusan bandar sebenarnya memberi peluang keemasan bagi mereka diluar bandar membekalkan keperluan bandar seperti makanan dan minuman. Sayur,nasi, madu, kayu, ikan dan sebagainya - apa gunannya mengeluh sedangkan kekayaan sumber alam dibawah tapak kaki sendiri. Kata pepatah Melayu, berpijak dibumi nyata. Apakah kami dibandar berpijak dibumi nyata dengan kos kehidupan yang tinggi?

Mana-mana parti politik tertakluk kepada perlembagaan dan undang-undang sebagai suatu wadah mewakili rakyat-rakayt ditempat masing-masing. Jangan pula beranggapan bahawa wakil rakyat dan parti politik lebih layak menentukan apa yang baik kepada sebuah negeri berbanding persatuan-persatuan bukan politik atau badan-badan lain. jikalau nak jualpun, jualah aset parti politik sendiri, lebih dari itu jangan pandai-pandai.

Fikirlah bagaimana cara terbaik menarik pelabur-pelabur dan pelawat-pelawat dan buang sikap membenci orang semenanjung. Mungkin ada yang diSarawak atau Sabah juga terguris kerana tidak kurang ramai yang juga asal mulanya dari sana juga. Jangan beranggapan hak kamu mengatasi hak orang lain.

Tanpa Nama berkata...

Kebanyakkan lebuhraya adalah berdasarkan PFI (Private Fince Initiative) digabungkan dengan konsep BOOT (Built Own operate and Transfer). Pelabur dan Pendana persendirian menggunakan dana mereka sendiri dimana berasaskan konsep BOOT, selepas 30 tahun, lebuhraya itu akan dipulangkan kepada Kerajaan.

Mana ada duit kerajaan digunakan? Dan kami disemenanjung tidak menggunakannya free of charge begitu juga dengan elektrik dan air. Itu sebenarnya rahsia kepesatan pembangunan Bandar iaitu ada bilangan penduduk yang ramai, dan mereka-mereka yang menampung kos-kosnya (pembinaan, penyeliaan dan operasi). Syarikat air, tenaga, majlis perbandaran yang mendapat untung kerena menyediakan perkhidmatan kepada penduduk-penduduk yang bilangannya ramai. Kalau satu penduduk setiap kilometer, mana ada syarikat sampah yang sanggup pergi kutip?

Pembangunan infrastruktur sememangnya mahal dan kepesatan bilangan penduduk penting dalam menimbang kos dan keperluan. Apakah munasabah membuat jalan yang manan penghujungnya hanya sekadar ada dua tiga kerat penduduk? Tetapi di tempat berjauhan pun jika bilangan penduduknya ramai, pembangunan akan datang secara semula jadi. apakah Pekan Limbang tidak ada rumah kedai, hotel kecil, api dan air? Apakah pekan Belaga tidak ada hotel, kedai, api dan air?