23 Oktober 2010

EZAM LEBIH MINAT CERITA TENTANG ANWAR DARI ULAS `BA JET SELUAR DALAM'

14 Zulkaedah 1431 H
Oleh : WFAUZDIN NS

RAJA Sesumpah Ezam nampaknya masih belum semboh dari penyakit `meroyan'nya. Di kala parti yang dia `melutut' sedang sibuk mengadakan perbahasan di PWTC kununnya membicarakan nasib orang-orang Melayu yang telah di`layu'kan oleh mereka sendiri, raja sesumpah masih `mengigau' nama DS Anwar. Senatak (Senator Katak) yang kaki bersumpah ini seperti akan `mati' jika tidak menyebut nama DS Anwar.

Semalam raja katak muncul di kaca TV. Bicaranya tetap serupa dengan hujah yang serupa semenjak maruahnya `dijual' kepada parti sekular itu. Nama DS Anwar disebut lagi.

Nama Mahathir dipujanya. Kata Ezam, tindakan Mahathir mengambil tindakan itu tepat dan sebab itulah Ezam sesumpah keluar dari KeADILan. Kita mahu tanya, Mahathr mengambil tindakan ke atas DS Anwar bila? Raja sesumpah keluar dari KeADILan bila pula?

Bukankah sebelum ini raja sesumpah bagitahu dia percaya DS Anwar melakukan `perkara itu' apabila mendengar sendiri dari mulut Saiful pemuda yang tidak cuci dubur 3 hari itu.

Tiba-tiba semalam dia beritahu dia yakin tuduhan ke atas DS Anwar itu benar apabila Mahathir mengambil tindakan ke atas mantan TPM itu, dan juga apabila mahkamah melepaskan DS Anwar kerana `teknikal' sahaja.

Teknikal apanya kalau pertuduhan pun dipinda sebanyak tiga kali? Tidak tentu arah Ezam bercakap sekarang.

Beliau tidak mengambil tahu lagi nasib rakyat bawahan. Beliau tidak lagi bicara tentang rasuah, penghinaan ke atas agama Islam, kezaliman Akta ISA dan tidak juga mahu bercerita pasal `Bajet Seluar Dalam'.

Beliau lebih senang bercerita tengan peribadi DS Anwar kerana ia tidak memerlukan hujah yang berfakta, tidak perlu kajian dan lebih penting lagi Najib seronok mendengarnya.

Tidak hairanlah ceramah raja sesumpah di Selangor tidak lagi dihiraukan orang kerana ramai yang sudah tahu apa yang bakal dikeluarkan dari mulut busuk Ezam itu.

Hakikatnya Ezam sudah tahu, kekuatan PR terletak kepada kekuatan DS Anwar bersama Tuan Guru Nik Aziz dan Lim Guan Eng khususnya. Langkah awal, musnahkan kredibiliti DS Anwar dengan cerita fitnah. Raja sesumpah terus menghasut sekutu PKR terutamanya PAS untuk menjauhi DS Anwar.

Beliau lupa bahawa PAS menyokong perjuangan DS Anwar selagi DS Anwar tidak melakukan kesalahan terhadap hukum Islam. Sebab itu juga PAS tidak mahu menyokong Umno kerana Umno berterusan memusuhi Islam.

Setakat mahu bercerita, buat fitnah tanpa ditampilkan bukti, sesiapa pun boleh sebut Ezam juga pernah `meliwat' kambing.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dulu kita pernah dengar orang kena tipu dengan skim cepat kaya jadi gila, hari-hari berjalan sebut duit-duit. mungkin lepas ni ada orang yang gila, sambil berjalan asyik sebut nama anwar-anwar. terkena hukuman Allah SWT.

sitopimerah@android:~$ berkata...

bab ayat akhir itu yang paling tajam... setakat cerita tak mandi wajib pergi solat jumaat tu belum hebat lagi, klu cerita meliwat kambing lagi hebat silap-silap dengan WWF terlibat sama

Tanpa Nama berkata...

itu task jobnya...dia seorang yg tekun menyelesaikan task yg di berikan...