07 Oktober 2010

ANAK MUDA SIFATKAN UMNO PEROSAK PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA

27 Syawal 1431 H
Oleh: mohd hafez sabri

IPOH, 4 Okt, Pengerusi Institut Pemikir Muda Malaysia, Saudara Hafez Sabri berkata, perpaduan kaum yang wujud selama ini cuba dirosakkan oleh fahaman perkauman sempit Umno terutama setelah mereka kehilangan sokongan daripada masyarakat Cina dan India selepas pilihanraya umum yang lalu.

Justeru,beliau menyatakan anak muda Malaysia menolak pemikiran sempit umno yang boleh memecahkan kesatuan perpaduan kaum yang terdapat di negara ini.

“Kami anak muda tidak akan benarkan mana-mana orang yang mengapi-apikan isu perkauman yang boleh merosakkan perpaduan kaum di negara ini. Bagi kami umno adalah punca sebenar yang merosakkan perpaduan rakyat antara melayu cina dan india yang berbilang kaum di negara ini”

“Mereka mengamalkan fahaman rasis yang merosakkan usaha menyatu padukan rakyat,” katanya ketika memberikan pandangan berkenaan gagasan anak muda terhadap masa depan Malaysia.

Menurut Hafez Sabri lagi, Umno kini sudah berada di tahap kritikal kerana mereka berada dalam keadaan yang amat tersepit apabila kehilangan sokongan masyarakat bukan Melayu terutama masyarakat Cina yang begitu konsisten kepada Pakatan Rakyat sebagaimana yang ditunjukkan dalam beberapa pilihan raya kecil, sebelum ini.

”Umno sekarang ini berada dalam keadaan yang amat tersepit akibat kehilangan sokongan masyarakat bukan Melayu terutama dari masyarakat Cina. Kita dapati sokongan orang bukan Melayu kepada Pakatan Rakyat begitu konsisten. Oleh sebab itu mereka mainkan isu perkauman,” katanya.

Mengenai masa depan untuk menguasai politik negara, Hafez Sabri anak muda begitu berkeyakinan pada pilihan raya umum akan datang rakyat akan memberikan sokongan sehingga membolehkan berlakunya perubahan politik besar-besaran.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dream on.

adikputeh berkata...

suara pemuda masa kini yang semakin berani...!!!

Tanpa Nama berkata...

Bukan melayu tidak lagi memberikan sokongan padu kepada umno/bn,malahan dari masa kesemasa sokongan mereka beraleh kepada PR semakin meningkat, umno sangat bimbang. Kebimbangan umno bukan saja takut kalah dalam PRU 13, malahan sangat menakutkan mereka kaum cina dan india terutama golongan muda yang ada dalam bn sekarang akan mengalehkan sokongan mereka dan akan melompat parti samada kepada PKR, DAP atau Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Manakala golongan cerdik pandai dari kalangan anak muda melayu majoritinya tidak berminat dengan umno, kerana bagi mereka umno kini tidak boleh diharapkan lagi untuk membela bangsa, agama dan negara, dan mereka menganggap parti reput itu hanya tunggu masa untuk dilupuskan dan di 'arkibkan'.

Atas kesedaran itu, maka umno meniupkan ketuanan melayu, di arahkan BTN adakan kursus, modul kursus mereka 'menggodam' PR dan pimpinannya, dalam satu sessi penceramah bertanya kepada peserta kursus yang terdiri dari pengetua-pengetua sekolah menengah dari seluruh negara, soalannya: berapa gaji anda sebulan? kalau RM4,000 X 12 =RM48,000/tahun X 10 tahun = RM480,000.00. Siapa yang bayar gaji anda? tanya penceramah tersebut, bukan kerajaan? kenapa nak tentang kerajaan? Begitulah bodohnya puak-puak ,juak-juak, barua-barua umno, yang cerdik pun sanggup diperbodohkan.