07 Oktober 2010

NASIHAT KEPADA KU LI: ZAMBRY HINA ‘ORANG TUA’

27 Syawal 1431 H
Oleh: safarizal saleh

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) kesal dengan kenyataan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di dalam mengulas pandangan Menteri Besar Negeri Kelantan yang juga Muryidul Am PAS Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz Haji Nik Mat terhadap langkah Barisan Nasional (BN) yang memberikan peranan kepada

Tan Sri Tengku Rezaleigh Hamzah sebagai dangkal dan tidak menghormati Datuk Nik Aziz sebagai ‘orang tua’ dalam budaya adat resam kita walaupun tidak menganggapnya sebagai seorang Ulamak.

Kenyataan Datuk Seri Zambry tersebut disamping secara jelas menghina dan memperlekehkan ilmu yang ada pada Datuk Nik Aziz juga bersifat prejudis terhadap hubungan baik dan saling menghormati antara kedua pemimpin Kelantan itu terutama dalam isu memperjuangan hak royalti petroleum dan gas negeri Kelantan yang dirampas Kerajaan Pusat.

Ini terbukti kerana sehingga hari ini Tengku Razaleigh masih belum memberikan kata putus persetujuan beliau menerima tugas sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil DUN Galas bagi pihak BN.

Oleh itu DPPN Pk mendesak Datuk Seri Zambry memohon maaf di atas kenyataannya yang menghina tersebut, di samping melakukan muhasabah terhadap diri sendiri sebelum menuduh 'orang tua' yang disegani rakyat sebagai penakut.

Adakah ada tindakan yang lebih 'penakut' dalam politik berlandaskan demokrasi selain dari menggunakan 'pintu belakang' yang menidakkan kuasa pilihan rakyat demi untuk merampas kembali kuasa pemerintahan.

Jangan pula kita terkena dengan pepatah Melayu 'mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih'.

4 ulasan:

JBS berkata...

Apalah Ustaz nak ambil hati dengan keturunan Sang Bija Sura tu. Dunia akhir zaman telah dijanjikan Allah bahawa, keturunan yang dahulunya hina dina akan menjadi ternama dan terkenal disebabkan muslihat dan putar alam mereka. Manakala keturunan yang dahulunya berdarjat tinggi, masih dibuai mimpi dan leka dengan pujian dan sanjungan juak dan talibarut mereka, hinggakan mereka ini akan hilang segala-galanya dan tempat mereka akan diambil oleh keturunan Sang Bija Sura ni.

Tanpa Nama berkata...

Bangla ni sebenarnya pengecut..

Tanpa Nama berkata...

Hati mereka tak bersih....imannya longgar

Tanpa Nama berkata...

Tak usah lah ambil'pusing' sangat dengan pangkor ni, kalau dia tak hormat orang tua pun tak hairan, undang-undang dewan pun dia tak hormat, mana ada maruah.

Pilihan Raya 2008, melahirkan 3 MB di perak; pertama MB (10) pilihan rakyat (dari PR), kedua MB (H)pilihan perampas - rampasan kuasa, dari umno, ketiga MB (M) pilihan mahkamah, dari umno.
Anda nak ambil kisah ke pandangan dia? dia naik pun macam mana? kan dari lorong tikus jalan belakang.