08 Oktober 2010

PAS sedia pilih calon Orang Asli di Galas

28 Syawal 1431 H

PAS sedia memilih calon daripada kalangan Orang Asli untuk bertanding dalam pilihan raya termasuk pada pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan kawasan Galas pada 4 Nov ini, kata Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan Datuk Husam Musa.

Katanya ini tidak mustahil jika ada calon yang sesuai dan setelah diambil kira komitmen masyarakat Orang Asli terhadap PAS.

"Kita tidak menolak kemungkinan boleh memilih masyarakat Orang Asli sebagai calon, memandangkan mereka sudah mula menunjukkan minat dalam politik dan sikap mereka yang mula menerima arus pembangunan sebagaimana masyarakat moden," katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan ketua masyarakat Orang Asli dari Galas, Pandak a/l Panjang Ey bahawa pihaknya mempunyai jentera gerak gempur parti sendiri untuk membantu kempen pilihan raya itu dan tidak mahu parti politik mengganggu dan masuk berkempen di kawasan penempatan Orang Asli.

Kerusi Galas kosong berikutan kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaima, 46, daripada PAS pada 27 Sept lalu.

Husam berkata sikap terbuka PAS menerima calon dari semua pihak dalam menghadapi pilihan raya selaras dengan dasar parti itu untuk semua.

Malaysiakini/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kita sokong.

Pas tak macam Umno. Hanya melayu yang boleh jadi calon Umno. Tapi dalam Pas siapa saja yang sokong perjuangan Pas memang layak untuk jadi calon.

Nik Aziz pun dah kata, walau setan sekali pun, jika dia boleh bantu Pas untuk mencapat matlamat perjuangan kenapa kita nak tolak.