24 November 2010

Debat & Muzakarah Pemuda Pas Larut & Pemuda Umno Larut

17 Zulhijjah 1431H
Oleh : Abu Syamil

Batu Kurau 22 Nov - Dewan Pemuda Pas Larut telah menerima cadangan Muzakarah dan Debat yang dicadangkan oleh Pemuda Umno Larut, sehubungan dengan itu rombongan Dewan Pemuda Pas Larut dengan seramai 15 orang telah hadir di pejabat Pemuda Umno Larut di Batu Kurau,

untuk mengiringi Naib Ketua DPPKL Mohd Akmal Kamaruddin, untuk menghantar surat persetujuan bagi mengadakan muzakarah dan debat ini. Setiausaha Pemuda Umno Larut, saudara Saiful Nizam yang mewakili Pemuda Umno Larut menerima surat persetujuan daripada DPPKL,

Antara isi-isi kandungan surat ini ialah: 1) DPPKL menerima cadangan MUZAKARAH dan DEBAT 2) DEBAT dan MUZAKARAH mesti berkisar kepada kepentingan Islam dan rakyat. 3) Tempat Debat hendaklah terbuka supaya lebih ramai rakyat dapat menilai hujah kedua-dua pihak 4) Moderator hendaklah dari pihak yang dipersetujui bersama di atas sikap telus dan berkecuali.

akhir sekali Dewan pemuda Pas Larut berharap debat atau muzakarah yang dicadangkan oleh Pemuda Umno Larut ini dapat dilaksanakan demi kepentingan rakyat khusunya bersesuain dengan amalan demokrasi.Dalam perbincangan tersebut, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengadakan debat pada tarikh 18hb disember 2010 di dewan padang Astaka Batu Kurau.

kenyataan tentang gambar :

1) Pemuda Pas Larut yg hadir penuh bersemangat untuk menyerahkan surat persetujuaan untuk berdebat
2) Akmal Kamarudin wakil Pemuda Pas Larut menyerahkan surat persetujuan debat pada saiful Nizam, wakil Pemuda Umno Larut
3) Saiful Nizam, SU Pemuda Umno Larut menjemput Akmal Kamarudin,Naib Ketua Pemuda PAS Larut serta rombongan untuk naik ke pejabat Umno Larut.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semoga dipermudahkan segala urusan...

Tanpa Nama berkata...

rasanya umno akn tolak debat tu dgn macm2 alsan

Tanpa Nama berkata...

patut rtm radio ipoh buat live majlis ni ... baru 1 larut tahu....

Tanpa Nama berkata...

pastikan ada rakaman debat tu & sebarkan kepada semua penduduk di Perak

akmal sani
kota bharu klate

Tanpa Nama berkata...

mcm berani jer pemuda umno larut tak mcm pemuda umno perak mmg dasar penakut

Tanpa Nama berkata...

semoga rakyat tahu mana yang betul mana yg salah siapa menperjuang kan hak rakyat. dan siapa kah yang mendaulat kan MELAYU/ ISLAM.. SEMOGA KEMARAU 3 HARI D BATU KURAU... AMIN.

ZACK PERAK

Tanpa Nama berkata...

sila kosongkan fikiran negatif terima sebagai 1 jalan kebaikan kedua2 pihak .1 petanda awal penyatuan Melayu

budakbalun berkata...

Salam.. apa cer debat tuh??