24 November 2010

MAHATHIR LUPA SEJARAH

17 Zulhijjah 1431H
Oleh : Hafizi Pauzi

PARIT BUNTAR, 24 Nov :- Kenyataan Mantan Perdana Menteri Malaysia berhubung “masalah” dalam pemilihan PKR menjadikan isu beliau sebagai modal mereka (BN) untuk memburukkan lagi Pakatan Rakyat.

Menurut beliau , sesiapa sahaja yang bertanggungjawab memecah belahkan umat Islam perlu ditolak sama sekali daripada membiarkannya menjadi pemimpin sehingga membawa kepada pergolakan sesama umat islam itu sendiri.

Pakatan Rakyat Perak mempertikai kenyataan Mantan Perdana Menteri kerana saya melihat dia sudah lupa kepada sejarah Umno itu sendiri pada tahun 1988 iaitu semasa kemuncak kemelut dalaman Umno sehingga diharamkan pada tahun yang sama, kata Drs. Khalil Idham Lim, ADUN Titi Serong ketika ditemui di sini.

Tambahnya, kenyataan beliau menyalahkan PKR punca perpecahan dalam kalangan umat Islam amat bercanggah dengan fakta sebenar, Tun Mahathir masih tidak berubah walaupun seusia begini, masih lagi terus menipu rakyat.

Menurutnya lagi, Menyingkap kembali lipatan sejarah, kita akan dapati faktor Tun Mahathir sendiri yang banyak menyumbang kepada berlakunya perpecahan di kalangan orang Melayu, khususnya kepada parti Umno itu sendiri ketika kemuncak Umno menghadapi masalah pada tahun 1987 hingga 1988.

Tun Mahathir sudah sampai masanya untuk berehat dari arena politik tanah air, tindakannya membidas parti lawan mengundang masalah kepada beliau sendiri dan UMNO.

Sebenarnya Umno itu sendiri yang patut dibubarkan berikutan masalah dalaman yang kritikal walaupun Umno dikatakan parti “tertua”, kata Drs. Khalil.

1988 Umno diharamkan pada pemilihan pucuk pimpinan parti Umno pada tahun 1987,Tun Dr Mahathir ketika itu dicabar sengit oleh penyokong kumpulan B yang diketuai oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah. Penyokong Tun Dr. Mahathir hampir kalah dan cuma mampu akhirnya menang dengan hanya 43 undi. Selepas kegawatan pemilihan itu,

kepimpinan beliau didakwa membiarkan sahaja Umno diharamkan dengan tujuan membendung pengaruh Tengku Razaleigh.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

DRS. KHALIL IDHAM LIM, ISLAM MELARANG KITA KUTUK MENGUTUK DAN BERPECAH SESAMA ISLAM, JIKA INI BERLAKU TUNGULAH AZAB ALLAH KEPADA ORANG ISLAM ITU SENDIRI. HANYA KERJA AGAMA YANG MAMPU MENYELESAIKAN MASALAH DUNIA AKHIRAT

Tanpa Nama berkata...

mahathir pun tahu rancangan jahat UMNO nak pecah belahkan PKR, sudah gaharu cendana pula mahathir

Tanpa Nama berkata...

siapa jadi PM masa kematian umat islam di memali?

Tanpa Nama berkata...

orang islam yang menindas dan menekan umat islam tak layak bercakap perpaduan islam, majoriti tahanan ISA umat islam, kes memali, tekanan keatas pendidikan pondok era mahathir dan lain-lain lagi