03 Disember 2010

ADUN PAS dakwa Umno guna bomoh di DUN Perak

26 Zulhijjah 1431H

Dua ADUN - masing-masing kerajaan dan pembangkang - akan dihadapkan kepada jawatankuasa hak dan keistimewaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Usul mengenainya terhadap Hasbullah Osmail (BN-Temengor) diterima oleh Speaker Datuk R Ganesan selepas dia menuduh kerajaan Selangor korup.

Manakala Khalil Idham Lim Abdullah (PAS-Titi Serong) pula akan dihadapkan kepada jawatankuasa tersebut kerana menuduh kerajaan negeri menggunakan khidmat bomoh untuk menjampi DUN pada 7 Mei tahun lalu.

"Tujuan saya membangkitkan isu bomoh bukan untuk memalukan sesiapa tetapi untuk menyatakan hal terlarang itu adalah tidak betul.

"Sebab itu, bila didesak untuk menyebut nama adun berkenaan, saya tidak sebut.

"Saya akan sebut bila jawatankuasa itu memanggil saya nanti.

"Saya juga bertanggungjawab dengan kenyataan yang diberikan berkaitan bomoh dan saya ada bukti jelas bila dipanggil nanti," kata Khalil Idham kepada wartawan di luar dewan.

Malaysiakini/-

1 ulasan:

huda al hadi berkata...

tahniah yb berani kerana benar;jangan ubah walau 1mm sekalipun jika usul yang dibuat itu adalah perlakuan yang benar=benar berlaku.
Sebagai contoh perlakuan amalan syirik yg dilakukan oleh MB kudeta Zamri tempoh hari kerana budaya syirik tidak sewajarnya berlaku di Negeri Perak kerana Muftinya amat bijak lagi "disegani" dipersada dunia ini, kawan buat silap betul; musuh kawan kononnya silap diperangi habis-habisan.