
Oleh : SAIDI
LENGGONG: 25 Nov. YDP PAS Kawasan Lenggong. Hj. Razman Zakaria, kesal dan terkejut setelah melihat sendiri nasib rakyat yang masih hidup melarat dan tidak mendapat sebarang pembelaan daripada pihak-pihak yang sepatutnya bertanggungjawab menjaga hal ehwal kebajikan rakyat dibawah.
Hj. Razman Zakaria berkata demikian semasa datang menziarahi seorang masyarakat berbangsa Tionghua menghidapi penyakit buah pinggang Leong Keat 53, yang tinggal bersendirian diatas tanah rizab jalan berhampiran jalanraya Kuala Kangsar-Gerik di Kg. Sira Lenggong.

Jelasnya, beliau tidak dapat menjalani rawatan tersebut pada pada bulan lalu kerana kesempitan wang sehingga menyebabkan beliau terlantar kesakitan ketika kunjungan Hj. Razman sambil menunjukkan kakinya yang semakin membengkak dan menyukarkan pergerakannya.
Sehingga kini, beliau hanya bergantung belas ehsan makan minum diberikan saudaranya sahaja yang juga berasal dari keluarga yang miskin.



Ujar Hj. Razman Zakaria dengan rasa kesal, tidak sepatutnya pihak bertanggungjawab sering terlepas pandang atau membiarkan sahaja keadaan hidup masyarakat seperti ini dari terus berlaku.
Sesiapa yang ingin menderma, sila masukkan derma anda melalui akaun Maybank: 108131159089
Liang Ching@Leong Lai Kow.
1 ulasan:
1. Inilah akibat daripada ajaran sesat UMNO yang memperjuangkan bangsa semata-mata. Kalau memperjuangkan agama perkara begini takkan berlaku kerana islam tidak pernah mengajar membenci kaum lain....
2. Wahai YB Lenggong, tidak malu kah anda melihat perkara ini berlaku di Kawasan anda?? Bela la apa yang sepatutnya anda bela... Jgn cuma tahu merompak lembu Felcra sahaja... dasar penyamun lembu...
Catat Ulasan