03 Disember 2010

Ketuanan Melayu: Usah sorok sebalik songkok

26 Zulhijjah 1431H

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan rakyat di negara ini, khususnya orang Melayu supaya tidak melupakan sejarah tanah air dan mengenali siapa pengkhianat bangsa dan agama sebenarnya.

“Hari ini, isu pelantikan timbalan perdana menteri ini diolah sekali lagi oleh media milik Umno dengan begitu hebat. Lalu dijemputlah segala pemimpin-pemimpin Umno segenap lapisan untuk memberikan ulasan.

“Seolah-olah Umno satu-satunya parti yang mempertahankan Melayu, seolah-olah bangsa Melayu ini hanya akan berdaulat melalui keris tumpul Umno dan seolah-olah rebah Umno bererti rebahlah Melayu. Hanyir dan busuk sekali dakwaan-dakwaan sampah yang disebar luas ke dalam minda masyarakat pada hari ini,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.
Umno serah kerusi Ketua Menteri

Nik Aziz mengulas laporan media yang membidas kenyataan ketua pembangkang bahawa jawatan timbalan perdana menteri diserahkan kepada bukan Melayu jika Pakatan Rakyat berkuasa pada pilihan raya umum ke-13 menjejaskan konsep ketuanan Melayu di negara ini.

“Lupakah kita bahawa Umno pernah menyerahkan kerusi ketua menteri Pulau Pinang kepada Gerakan sekalipun Umno yang mempunyai majoriti di Dewan Undangan Negeri? Di waktu itu, ke mana perginya ketuanan Melayu? Tersorok di dalam songkok tinggi Umno? Ketika itu, ke mana perginya professor-profesor bertaraf cendikiawan yang sibuk mengulas isu ketuanan Melayu pada hari ini?

“Peliknya apabila Tun Dr Mahathir (Mohammed) sendiri menggesa supaya dilupakan asal usul keturunan demi menjayakan 1Malaysia, tidak pula didesak untuk diusir keluar negara? Bukankah melupakan asal usul keturunan ertinya melupakan Ketuanan Melayu?” soalnya.

Menurut Menteri Besar Kelantan itu, isu perlantikan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang selaku timbalan perdana menteri sebenarnya dimanipulasikan oleh media milik Umno untuk kepentingan politik mereka.

“Sukalah untuk saya menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah membuat apa-apa keputusan dan tidak pernah mengadakan apa-apa perbincangan tentang hal ini.

Salah lapor budaya media Umno

“Syak saya teramat kuat bahawa permainan media telah digunakan dengan amat dahsyat di dalam memanipulasi kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa yang peliknya dengan budaya media milik Umno?” soalnya.

Nik Aziz berkata salah lapor dan salah dengar adalah satu budaya di kalangan petugas media milik Umno.

“'Islam plastik' yang pernah saya tuturkan satu ketika dahulu pun pernah dilaporkan sebagai 'Islam Palestin'.

Menurut mursyidul am PAS itu lagi, pendiriannya dari dahulu hingga sekarang tidak pernah berubah bahawa bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam.

“Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya.

Songkok tiga jengkal

“Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai,” katanya.

Menurut Nik Aziz yang penting ialah dasar dan jika dasar Islam, sesiapapun boleh menjadi pemimpin.

“Di Kelantan saya pernah mengeluarkan kenyataan berkali-kali bahawa menteri besar Kelantan boleh terdiri daripada seorang yang berbangsa Cina dengan syarat merupakan seorang muslim yang soleh.

“YB Lim Kit Siang atau sesiapapun boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri bahkan Perdana Menteri sekalipun tidak mempunyai apa-apa halangan, syaratnya merupakan seorang Muslim yang soleh. Seorang Muslim yang soleh sekalipun bukan Melayu jauh lebih bermanfaat untuk negara ini dari seorang Melayu yang korup!” katanya mengakhir kenyataan akhbar berkenaan.

Malaysiakini/-

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

habis tu nak ke lim kiat siang masuk islam

Tanpa Nama berkata...

Tak tau la?Kalau dia masuk ok, tak masuk bagi kat mualaf lain...apa raaa.

Bukan soal bangsa yg rakyat marah sangat kat gomen.Marah kerana
a.joli wang cukai dari rakyat,
b. guna taktik peras ugut saman ekor! Khir Toyo pun marahhh

Hang kena dak?kalau kena padan muka kita. aku kena Rm3600.Yg banyak pasai pandu Km 70 sejam ditempat yg 6oKm sejam. tak yah buat keta proton saga lah, buat ja kereta lembu.Sakit hati sangat tau. dah lah duit pun ada sekupang dua ja dlm poket, tu pun depa dok intai ...ada lagi ka ada lagi ka dlm seluak...wak mai kat gomen!Aku dengak ada Menteri dan orang politik pun tak bayar saman...tak taulah depa lut serba serbiii

c.tadi dinaik pula harga minyak.Alaieh lima sen sajaaaa...tak banyak aihhh.Esok hang p mereket tengoklaa bawang naik, gula naik ,periok naik, gas naik, awan naik,mak oi darah juga ada naikkk! P spital minta ubat darah tinggi...Doktor kata....p farmasi....sendiri beli....tak pa lah nooo?Sabak laaa. syukur laaa!

Ni hangpa semua dok gaduh sangat pasai melayu cina dll bangsa, melayu nak jadi tuan...apa raa? Satu ketika hangpa nak undi Cina dll bukan Melayu, satu ketika hangpa marah depa hangpa kata kami ni Melayu, tuan tau ka! Kalau aku jadi kelin dan makloh cina pun aku terasa .awat? kami pun beranak di Malaysia kami pun tuan lah jugak kat malaysia kan kan kan?.

Kalau dulu sebelum Merdeka ini kantri di sebut Tanah Melayu. sikalang disebut Malaysia...entiti sudah lain maaa..kita sama sama tuan kpd Malaysia maaa 1 Malaysia maaa

amboi amboi...ada yang anak Merican , anak Dawooood, anak Naina, anak Sayidddd,semua ngaku hero Melayu dahhh laaa niiii. kah kah kah.

Anak Awang, anak minah, anak mat...,anak Achong, ana kadeeer, anak haram, anak halal, anak kacuk ,semua anak Malaysia, maka toksahlah dok keriau Melayu tuannnn.kita semua tuan, janji hangpa mau jaga semua bangsa elok elok.jaga welfare rakyat....yeah yeah rakyatlah tuan...
Awas orang politikkk ha!Lain taun/next election, BN jgn kasi orang gelak a?kalut tar jalan sampai pagi kat kawasan rumah bukan Melayu, tapi parit bertakong sejak zaman penjajah di kampong Melayu hangpa ,buat buat pejam mata ja..Ai, ini kawasan melayu tak ada jadi tuan ka?

Puak PAS pun sama jugak.Ada sorang mai ceramah...tak mau kami tak mau kerjasama dgn Guan eng. dia boikot PAS di P Pinang.Hoi! Hoi! mamun ka? Hangpa ingat Malaysia ni tanpa Cina, tanpa Melayu dok semeja boleh aman ka, boleh menang ka PAS saja tanpa di sokong Cina dll bukan Melayu.Rasionallah ckit ya habeeb.

Dekat ana punya kampong jalan pun depa tak mau tar...depa tu lahh depa yg dok menyalak kata depalah tuan,sama sama melayu pun depa tak tolong...
ok a, bai bai a, wa chow dulu, see u next time..
dari anak melayu campor kelin. Melayu lah aku kan?tq, wanakam,

Neutronboy berkata...

lawak lah pula pengomen kat atas nih.. Payah juga ea kalau ada yang x reti nak manghargai dan memahami sejarah. Melayu jaga tanah kat cni dah berapa ribu tahun ea? Sejak sezaman Mesir Purba la... Tapi Tanah Melayu yang berbilang bangsa mula baru berapa tahun? Hmmm jadi layak ke klu hampir 100 tahun menetap nak bayar kat tuan tanah ni yang dah bangunkan dan jagakan tanah ni selama 3000 tahun menetap? Jauh ma..

Tahu x Malaysia itu apa? Malay (Melayu) Sia (Kawasan) jadi gabungkan Kawasan Melayu. Tapi orang Melayu bukan nya nak kaut semua seorang2, mereka cuma ingin dihormati sebagai penduduk asal tanah ini. Nak kaut apa, amiklah, tapi jangan diamik hak mereka. Baek betullah.. Bangsa dan agama lain. Ketuanan Islam pada muka bumi kerana menegakkan daulah islamiyah dan pembersihan aqidah tapi ketuanan Melayu kerana hanya ingin hak nya dihormati. X pula konsep ini menafikan hak bangsa lain dan hak agama lain. Klu x, siapalah yang kaya kat bumi ini zaman sekarang? Yang penting keadilan.