26 Zulhijjah 1431H
Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menegaskan bahawa masyarakat Islam di negara ini sedang gelisah dengan keputusan kerajaan untuk memperkenal pendidikan seks kepada murid tahun satu, mulai 2011.
Sehubungan itu, PUM yang prihatin dengan perkembangan tersebut, menggesa kerajaan supaya mengkaji semula langkah tersebut.
"PUM juga meminta supaya kerajaan mengadakan siri penerangan terlebih dahulu kepada wakil masyarakat, NGO, alim ulama, guru agama dan masyarakat awam," kata setiausaha agungnya, Dr Mohd Roslan Mohd Nor.
"Ini bagi mengelak salah faham, salah tanggap terhadap hasrat memperkenalkan pendirikan seks tersebut.
"PUM meminta supaya kita tidak terlalu terikut dengan kaedah pendidikan barat, kerana mereka mengasngkan aspek agama dari pendidikan," katanya dalam satu kenyataan hari ini .
Dr Mohd Roslan berkata, masyarakat Malaysia terutama umat Islam, sangat prihatin dengan pendidikan agama.
Oleh itu, tambahnya, adalah lebih baik jika pendidikan agama yang lebih menyeluruh dapat diterapkan kepada anak-anak berkenaan.
"Agar mereka faham tentang perkara yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan dari perspektif agama," tegas.
Malaysiakini/-

2 ulasan:
inilah akibatnya bila agama tidak diberi perhatian dan tidak dihiraukan....masalah aurat dan kewajipan2 lainnya dipandang sepi..tapi bila remaja runtuh akhlak dan tak senonoh walaupn di depan khalayak rmai kita mula cipta jalan penyelesaian yg menggelisahkan rmai pihak bahkan penyelesaian itu pula tidak bersandarkan kepada Alquran dan Alhadis...tidak relevankah ISLAM sbg jln penyelesaian sehingga trpaksa meniru kaedah barat yg hnya brtunjangkan akal semata2?...inilah dasar manusia fasiq dan hipokrit...
Dengar nama pun seram sejuk. Apakah silibus dalam itu yaang hendak diajarkan nya? Mana taknya, orang bukan Islam ni kalau2 dengar pelajaran berteraskan Islam ni macam alahan cket.. Takut tersesatlah, dll...
Catat Ulasan