08 Mac 2011

Parlimen: 4,118 Kes Bunuh Diri Dari 2001 Hingga 2010

03 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Sebanyak 4,118 kes bunuh diri dilaporkan sejak 2001 sehingga 2010, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, antara faktor yang sering dikaitkan dengan kes bunuh diri yang dikategorikan sebagai kes mati mengejut ialah tekanan perasaan akibat kegagalan dalam hidup, masalah keluarga dan kematian orang tersayang.

"Faktor lain ialah mengalami penyakit jiwa seperti kemurungan dan trauma, terlibat dengan jenayah (bagi mengelak hukuman), terlibat dengan dadah dan menghidap penyakit yang tidak dapat dirawat," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Selasa.

Sim ingin tahu jumlah kes membunuh diri dari tahun 2001 hingga 2010 dan punca kejadian serta badan bukan kerajaan (NGO) yang berusaha untuk mencegah kejadian tersebut.

Hishammuddin berkata, masalah kewangan yang kritikal seperti menanggung hutang yang banyak dan terlibat dengan judi juga merupakan penyebab individu membunuh diri.

Beliau berkata, terdapat beberapa NGO yang berusaha menangani dan mencegah kejadian bunuh diri.

"Usaha ini dilakukan melalui program seperti khidmat kaunseling, ceramah, bengkel dan seminar mengenai kemahiran kaunseling dan pencegahan bunuh diri serta kempen kesedaran mengenai kesihatan mental," katanya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bunuh diri beribu-ribu orang,
Kena bunuh pun ribu-ribu jugak,
Mati eksiden pun ribu-ribu,
Bayi mati kena buang pun ribu-ribu,

Apakah makna semua ini?
Permintaan tanah kubur meningkat?
Kehidupan harian kita dikelilingi kematian?
Apalah salahnya ribu-ribu yang mati keana negara kita mempunyai juta-juta rakyat lagi?
ATAU
HIDUP SEHARIAN KITA SUDAH SEMAKIN BERBAHAYA kerana kita juga mempunyai risiko mati yang tinggi.
ATAU
Pasukan keselamatan dinegara kita tidak ada idea nak mengawal negara kita dari anasir yang menyebabkab kematian?
ATAU
Kerajaan yang ada sekarang merancang berbagai-bagai plan dan program
sehingga terbentuknya budaya " MATILAH KAU, AKU PEDULI APA...'walaupun slogan asal ialah RAKYAT DIDAHULUKAN....