13 Mac 2011

Tsunami@Jepun - Pantai batu Burok lengang tanpa pengunjung

07 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
KUALA TERENGGANU – Orang ramai dan pengunjung di Pantai Batu Burok dekat sini dinasihati tidak berada di kawasan pantai sebagai langkah berjaga-jaga terhadap sebarang kemungkinan ekoran kejadian tsunami di Jepun, semalam.

Pegawai Penguatkuasa Polis Trafik Kuala Terengganu, Mohd Nizam Hanafiah berkata, pihak polis menerima arahan daripada bilik gerakan bencana di Bukit Aman bagi membuat kawalan di sepanjang kawasan pantai sehingga keadaan terkawal.

“Kami akan mengadakan kawalan dari masa ke masa bagi memastikan keselamatan pengunjung di sini memandangkan lokasi ini menjadi tumpuan orang ramai terutamanya pada hujung minggu,” katanya ketika di temui di lokasi, semalam.


Sementara itu , Pengarah Jabatan Meteorologi Terengganu, Azemi Daud berkata, keadaan di sini masih lagi terkawal dan sehingga kini pihaknya masih tidak menerima sebarang arahan amaran kecuali bagi penduduk di kawasan Labuan dan Sabah.

Dalam pada itu, tinjauan Sinar Harian ke pantai Batu Burok yang dilakukan beberapa minit selepas arahan dikeluarkan mendapati keadaan di sepanjang pantai itu lenggang dan pengunjung mula beredar dari kawasan itu seperti mana yang diarahkan oleh pihak berkuasa. - SH

1 ulasan:

Sungaiburung berkata...

Apa yg.berlaku pada NegaraJepun ini kita tak boleh pandang ringan,malah kita perlu ada keinsafan,Yang Maha Berkuasa berhak menurunkan bencana apa jua kerana sesungguhnya apa yang ada di alam ini adalah milik dan ciptaannya.