24 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
KARACHI: Sekurang-kurannya tiga maut manakala 15 yang lain cedera selepas sebuah bas tentera laut terkena bom tepi jalan di bandar pelabuhan Karachi hari ini, serangan ketiga seumpama itu minggu ini.
“Bom yang diletakkan di tepi jalan itu meletup apabila bas tentera laut Pakistan melaluinya. Seorang pejalan kaki terbunuh manakala 15 yang lain cedera," kata pegawai kerajaan negeri, Sharfuddin Memon.
Pegawai tentera laut pula berkata, seorang doktor wanita dan pegawai tentera laut turut terbunuh manakala sembilan pegawai lain cedera.
“Seorang doktor wanita dan seorang pegawai mati syahid dalam serangan itu dan sembilan lagi pegawai cedera," katanya.
Kelmarin, dua bas yang membawa pegawai tentera laut Pakistan turut dibom di Karachi, menyebabkan empat orang terbunuh. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan