28 April 2011

Misteri Tisu Dalam Video Lucah Babak Dua

24 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 28 APRIL : Sejurus selepas video lucah babak kedua Datuk T dinaikkan di Youtube semalam, pelbagai “kecacatan” mengenai rakaman itu terdedah, sama seperti video babak satu yang disebarkan sebelum ini untuk mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain wajah pelaku utama video 1 minit 46 saat itu yang berjudul 'Papa Nurul Izzah Part II' tidak jelas, susuk badan pelaku dan gaya rambutnya terus menguatkan hujah bahawa Datuk T dan juak-juak Umno termasuk media arus perdana menabur fitnah yang begitu jijik sekali.

Faktor paling menonjol dalam klip terbaru adalah visual yang jelas menunjukkan seorang individu membaling kertas tisu ketika orang yang dikatakan mirip Anwar memakai seluar dalamnya.

Sebelum itu pelaku dalam video seks dilihat bersedia memakai seluar dalamnya apabila beliau tiba-tiba berhenti, meletakkan kembali seluar dalam itu di atas katil.

Beliau kemudiannya mengambil kotak tisu di meja bersebelahan katil untuk diserahkan kepada seseorang yang tidak kelihatan.

Ketika ini rakaman menunjukkan wanita berkenaan menuju ke bilik air.

Jelas kelihatan dalam video - segumpal tisu kemudian dilontar - mungkin disasarkan ke dalam tong sampah yang berhampiran terletak di bawah meja.

Pelacur pada masa ini berada di dalam bilik air.

Gumpalan tisu yang dilontar itu jelas kelihatan pada saat 0:45 hingga 0:47 dalam video yang disunting itu.

Ia menjadi petunjuk penting kehadiran orang ketiga dalam bilik itu, sekurang-kurangnya ketika pelaku yang dikatakan mirip Anwar dan wanita berada dalam keadaan bogel.

Persoalannya adakah logik Anwar membiarkan orang lain melihatnya berbogel malah melakukan aksi seks dan kemudian menawarkan kertas tisu kepada individu berkenaan.

Dalam video pertama yang dimuatkan di Youtube 4 April lalu, bayang-bayang yang begitu ketara di dinding bilik mengundang hujah, kamar berkenaan diterangkan dengan lampu perfileman.

Kamera night vision pula digunakan untuk mendapatkan rakaman hitam putih yang hanya menunjukkan wajah pelaku secara samar-samar.

Tv Selangor/-



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mana ada orang baling tisu aku dah tengok jangan tipu

Tanpa Nama berkata...

Dalam kes ini susah juga kita nak buat pendirian. Nak ditentang, imej itu 100% mirip DSAI. Tak ada cacat cela lansung (walaupun ada mendakwa prut sedikit buncit, janggut, rambut), rakaman pun tak ada gangguan lansung, sangat consistence. Hal seperti campak tisu itu pun bukan significant evidence nak kata ada orang ke tiga. Naka dibiar kan pun tak kena juga. Kerana jika ini fitnah, penginayaan dan bahana yg besar bukan sahaja pada DSAI dan keluarga, tetapi juga pada masyarakat dan umat islam seluruhnya. Nak bersangka buruk pada pemerintah pun x kena juga. nanti fitnah berlawan fitnah pula. Hanya Allah yg maha mengetahui. Semoga Allah taala memberi petunjuk yg jelas dengan kadar segera. Kalau ini konspirasi fitnah jahat. Kita mohon Allah taala hancurkan pihak perancang dan ahli subahat seluruhnya. Sebaliknya begitu juga, orang yg menyembunyikan kebenaran, mohon Allah swt tunjukkan di dunia ini juga dengan kadar segera. Umat Islam begitu membuang masa dengan isu jijik, fitnah berpanjangan, penipuan dan kosnpirasi yang tidak habis2.

Tanpa Nama berkata...

Inilah ciri2 orang munafik mereka akan membuat pelbagai fitnah utk mengaibkan orang lain w/pun fitnah mereka nampak janggal/bodoh. Malangnya masih ramai yang percaya dgn mainan fitnah berkenaan. Ingat kamu mungkin dilindungi di dunia ini tetapi tidak di Akhirat. Semoga Allah melaknat pembuat dan penyebar fitnah ni..