28 April 2011

Kemalangan Ragut Nyawa Pembantu Khas Zahid Hamidi

24 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



SUNGAI PETANI 28 April — Ahmad Shaari Abdul Rani, pembantu khas Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, terbunuh apabila motosikal berkuasa besar yang ditungganginya terbabas di KM 83.9 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada 3.30 petang itu, Ahmad Shaari, 55, yang menunggang motosikal 1100 cc sedang dalam perjalanan ke Langkawi untuk menghadiri kursus di sana mulai esok.

Jurucakap polis berkata kejadian berlaku ketika hujan lebat.

Ahmad Shaari meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini. 

4 ulasan:

Putra IJ80 berkata...

Kematian itu ketentuan Allah.

Dan ia ada lah peringatan pada yg.masih Hidup.
Bahawa Kematian akan berlaku .,

Kekuasaan,Kekuatan,Kekayaan ,Keberanian,Ketinggian Darjat.,.

Samaada Menteri,Sultan,PM dan sesiapa saja,

Tidak upaya menghalang kedatangan nya.

Alfatihah.

jarum mas berkata...

kesian matinnya dlm umno....dlm kubur nanti jawab lah soalan2 yg pasti x dpt jwb..

Tanpa Nama berkata...

Jarum Mas..what is your problem?? Meninggal dunia dalam parti apa sekalipun, hak Allah SWT untuk tentukan apa nak ditanya..ko apa hal nak sebut UMNO di sini? Ko tu bagus ke untuk 'guarantee' dapat jawab soalan dalam kubur nanti? Nampak sangat ko tu dah SESAT. Simpati aku pada Jarum Mas...

Tanpa Nama berkata...

AL-Fatihah untuk arwah...

aku kenal lama dengan arwah ni masa beliau kerja eng.dept dulu, arwah ni ok, suka tolong orang dan kawan..soal dia ni umno @ pas aku tak kisah..sebagai kawan lama.aku doakan semoga Allah mengampuni dosa yang telah belia lakukan.