28 April 2011

Lagi Serangan Tentera Yemen, Sembilan Terbunuh

23 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



SANAA 28 April – Seramai sembilan orang terbunuh dan lebih dari 100 mengalami kecederaan apabila pasukan tentera Yemen melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan anti-rejim di Sanaa semalam.

Menurut sumber, lapan mayat yang terkorban sudah dibawa ke sebuah hospital swasta manakala satu lagi di bawa ke hospital umum berdekatan dengan kem protes yang aktif sejak tiga bulan lalu.

Sementara itu, 10 daripada 100 yang cedera mengalami kecederaan serius. 

AFP

1 ulasan:

arjuna berkata...

disana masih bergolak. jgn lupa berdoa.