28 April 2011

Polis tembak mati tiga lelaki rakyat Indonesia

24 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

MARAN 28 April — Polis menembak mati tiga lelaki warganegara Indonesia selepas dipercayai merompak sebuah rumah peneroka di Felda Jengka 18 di sini, awal hari ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani berkata, dalam kejadian kira-kira 3 pagi, sepasukan polis mengejar tiga lelaki terbabit yang melarikan diri menaiki sebuah kereta jenis Perodua Viva.

Beliau berkata, suspek yang bersenjatakan parang kemudian cuba menyerang anggota polis sebelum ditembak mati di ladang kelapa sawit berhampiran Felda Jengka 18. — Bernama

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jemputlah datang ramai ramai lagi pendatang Indonesia.Baru 3 orang mati tak menjadi apa apa kerana berjuta lagi ada di mana mana.