21 April 2011

Video: Apa beza trio Umno dengan rakyat lain

17 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

PERMATANG PAUH, 21 April: Kenyataan pro dan kontra dalam isu sama ada mendakwa trio Umno, Datuk 'T' atau sebaliknya bukan suatu perkara yang sukar untuk dilaksanakan oleh kerajaan.

Trio Umno itu terdiri daripada bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik, Datuk Shuib Lazim dan Dato Shazril Eskay Abdullah

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Salleh Man (gambar) berkata, jika trio Umno itu dibiarkan bebas dengan sewenang-wenangnya, boleh memiliki dan menayang video seks dalam negara tanpa tindakan oleh pihak berkuasa, sudah pasti rakyat melihat perkara itu sebagai tidak adil dan berpihak.

Oleh kerana itu, katanya jika kerajaan dan pihak polis ingin dihormati sebagai penguatkuasa undang-undang yang telus dan adil, mereka mesti menunjukkan kebenaran tersebut dengan mendakwa ketiga-tiga manusia itu dan bukannya melindungi mereka.

Beliau yang juga Adun Permatang Pasir berkata, jika rakyat biasa tanpa berlengah terus dibawa ke muka pengadilan dan dijatuhkan hukuman, tetapi trio Umno itu seolah-olah kebal walaupun seluruh negara telah mengetahui tindakan mereka.

"Jangan berdolak-dalik untuk mendakwa mereka. Yang jelas seluruh negara ini tahu, video seks tak boleh dimiliki oleh sesiapa pun kerana ia menyalahi undang-undang negara.

“Jadi apabila adanya pengakuan video lucah tersebut ditayangkan dan dimiliki, apakah undang-undang tidak sama kepada Datuk trio Umno ini dengan rakyat jelata yang lain?" soalnya.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Mohd Salleh Man berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada ahli jawatankuasa Umno Cawangan Kampung Pelet, Penanti, Mohamad Roadhi Ishak, yang kehilangan tempat tinggal setelah rumah yang didiami hangus dijilat api, petang kelmarin.

Harakahdaily/-
Oleh : Fakhri Ali

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pelik kan..

gesaan hanya tertumpu kepada penayang video, mengapa tidak disekalikan dgn pelakonnya?

OKlah. Katakanlah pelakonnya bukan `org itu'. Tindakan masih juga perlu dikenakan ke atas pelakonnya. mengapa hanya sebut penayangnya sahaja... mengapa bercakap perkara2 terpilih sahaja.. bukankah kita perlu bercakap tentang `kebenaran'.

Oh..ya..saya terlupa..yang bercakap ni adalah ahli politik....yang hanya bercakap perkara menguntungkan politik sahaja.. bukan perkara yang menguntungkan `kebenaran'...

* utk renungan bersama: kita memerlukan Rahmat ALLAH utk melihat kebenaran kerana tanpa rahmatNYA, kebenaran itu tidak akan dapat dilihat meskipun ia di depan mata kita tidak kiralah kita org UMNO ke, Pas ke, muallaf ke, Afrika ke, Argentina ke atau kafirun ke... WALLAHU'ALAM

-bukan Cina-