21 April 2011

Dianggap Liabiliti, Hadi Sedia Ditentang Pemilihan Jun Depan

17 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 21 APRIL : Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia untuk ditentang pada pemilihan pusat Jun depan.

Hadi berkata beliau amat mengalu- alukan kehadiran pelapis baru yang berkelayakan bagi menggantikannya berikutan beliau bukan selamanya mahu menjadi pemimpin parti itu.

“Jika ada pencalonan diterima pemimpin lain untuk menentang (saya), saya sendiri amat mengalu-alukannya kerana saya bukan mahu menjadi pemimpin selamanya.

“Saya sendiri sudah berumur dan memerlukan barisan pelapis,” kata beliau dipetik media.

Hadi berkata PAS turut mengalu-alukan pertandingan sebarang jawatan untuk membuktikan keterbukaan parti dalam soal pemilihan pemimpin.

Sehubungan itu, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata pemimpin, ahli dan penyokong perlu menyambut baik sebarang pencalonan daripada pemimpin PAS untuk jawatan tertentu.

PAS Bukit Bintang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencalonkan Datuk Husam Musa iaitu ahli jawatankuasa kerja PAS pusat dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan untuk bertanding jawatan presiden.

Hadi sebelum ini disifatkan penganalisis politik, Profesor Dr Abdul Aziz Bari, sebagai liabiliti kepada parti itu.

Dr Aziz, yang lazimnya memberi pandangan terbuka mengenai PAS dipetik sebagai berkata, kepimpinan parti Islam itu perlu berubah dalam menyesuaikan parti itu dalam arena politik kini.

Pendirian lantang beliau ini dikeluarkan ketika parti Islam berusia lebih enam dekad ini sedang bersiap sedia untuk mengadakan pemilihan pusat Jun ini.

Dalam pada itu, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan Hadi dengan berkata, PAS tidak perlu mengubah pemimpin hanya kerana kekalahan dalam pilihan raya termasuk ekoran kegagalan memperoleh kerusi di Sarawak minggu lalu.

Sambil menegaskan tindakan menukar pemimpin hanya kerana pilihan raya sebagai “langkah kurang tepat”, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, seseorang pemimpin perlu ditukar hanya apabila pemimpin itu melanggar syariat.

Beliau kemudiannya berkata PAS mempunyai kaedah-kaedah yang tersendiri untuk memilih pemimpin.

Tv Selangor/-

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hasan Ali dan Azizan Razak juga PJ di Selangor dan Kedah agak sudah terlalu lama.Kemajuan PAs masih di takok lama.Sokongan dlm PRU yang lalu tidak boleh di samakan sebagai bertambahnya sokongan atau bekesanan tugas tugas dakwah.Ukuran dari kemajuan Peti UNDI ada lah bersifat protes sementara dari rakyat bukannya sokongan atas dasar yang di perjuangkan Pas selama ini.Kejayaan dalam memenagi kerusi PRU pun berubah rubah turun naik turun naik.Lihat saja kemenangan kerusi PARLIMEN dalam 4 PRU yang telah lalu.Terbukti kedua PJ ini gagal elok lah di tukar juga dan cuba pimpinan yang baru.Yang terserlah kejayaan pimpinan PAS di kedua Negeri ini ialah habuan peribadi dalam bentuk jawatan dan kuasa serta pejuangan megekalkan status kuo pemimpin yang tertentu saja

Tanpa Nama berkata...

Amat baik sekali respon yang di berikan oleh TGHH.Tak tamak kuasa.Tapi jangan lah pula pengikutnya rasa cemburu pula dan mula nak ekplosati isu ini dan cuba nak mainkan isu mazhab pula ,mazhab itu tak boleh mazhab ini tak boleh jadi pemimpin.Kita nak pemimpin yang berkesan dalam menyatukan fikrah amal jemaai yang tiada membezakan apa jua mazhab.

Undertaker berkata...

Ramai pemimpin pas peringkat pusat dan negeri tidak sedar mereka telah menjadi liabilities (bebanan) pada PAS mereka harus muhasabah diri.Budaya kagum dah belalu PAS memerlukan pimpinan yang di beri hidayah dan pertunjuk sekarang ini.Bukan sekadar ilmu dan taraf ulamak atau ustaz atau besar mana serban atau kitab.Ikhwan muslimin juga membuat perubahan.Sedarlah pimpinan PAS kalau dah rasa duduk terlalu lama nanti tuan rumah tak sedap hati pula.you are well come but not over stay.Politik perlu resional.Masa dah sampai tuan guru di up grade kan memimpin dewan Ulamak.Ramai ulamak dalam PAS khususnya harun taib pun rasanya dah sampai tarikh lupus(Expire date)