07 Jun 2011

'Barcelona pasukan terbaik'

5 Rejab 1432H. [MOD] -


LONDON - Bintang Barcelona, Xavi Hernandez me- nganggap juara Eropah itu sebagai sebuah pasukan yang terbaik sejak 20 tahun lalu.

Dalam masa yang sama, Xavi turut mengakui, rakan sepasukannya, Lionel Messi dari Argentina adalah pemain terbaik sepanjang zaman.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu berkata, dia gembira bersama Barcelona yang merangkul gelaran berganda musim ini selepas memenangi Liga Sepanyol dan Liga Juara-Juara.

XAVI (kiri) dan Victor Valdes menjadi tonggak kejayaan Barcelona musim ini.


"Ada beberapa pasukan dan pemain yang hebat dalam sejarah, Pele (Brazil), Johan Cruyff (Ajax Amster- dam) dan Arrigo Sacchi (Milan) tetapi sejak 20 tahun lalu, Barcelona adalah yang terbaik.

"Dia (Messi) adalah pemain terbaik sepanjang zaman, lebih baik daripada Pele, Maradona dan Cruyff. Kami perlu melindungi dia kerana dia sangat penting. Tanpa dia, kami tidak akan berada di tempat kami seka- rang."

Jurulatih Barca, Pep Gu- ardiola turut diberi pujian atas kerja keras yang dilakukan sejak membimbing skuad The Catalan itu.

Meskipun Guardiola dikaitkan dengan spekulasi ingin meletak jawatan, Xavi berkata, dia berharap bekas pemain tengah Barca itu akan kekal bersama kelab itu.

"Beliau (Guardiola) sangat bijak, mengambil berat dan mementingkan Barcelona. Beliau adalah seorang jurulatih yang hebat dan saya harap beliau akan kekal di sini sampai bila-bila.

"Sekiranya bukan sebagai jurulatih, beliau boleh menjadi pengarah sukan atau presiden kelab," katanya.

Satu-satunya kekecewaan Barca musim ini adalah kekalahan kepada musuh tradisi, Real Madrid pada final Piala Raja Sepanyol.

"Real adalah lawan yang sukar tetapi bukan kerana mereka bermain bola sepak. Ini kerana mereka mahu merosakkan permainan. Saya lebih suka cara Manchester United berbanding Real.

"Saya lebih berminat untuk melihat apa yang akan berlaku sekiranya Real tidak bermain," jelas Xavi. 

Agensi

Tiada ulasan: