07 Jun 2011

Jangan hanya ulas pemilihan PAS, Saya cabar UMNO buat pemilhan kalau berani.


5 Rejab 1432H. [MOD] -

KENYATAAN MEDIA
Pejabat ADUN Titi Serong.

Kini sampai pula giliran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memveri komen mengenai Muktamar PAS ke 57 yang baru berlangsung dengan dipetik sebagai berkata , pemilihan parti Pas baru-baru ini banyak mengambil pertimbangan soal pilihan raya.

Kalau begitulah saya ingin mempersoalkan tindakan menangguhkan pemilihan UMNO pada tahun ini adalah dengan pertimbangan apa ?

Jelas mereka menanguhkan pemilihan kerana takut berlaku perpecahan dan menyukarkan mereka untuk menghadapi PRU ke 13.

Saya bersetuju dengan kenyataan Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata, berbeza dengan Umno, komponen Pakatan Rakyat berani mengadakan pemilihan masing-masing meskipun waktu pilihan raya umum semakin hampir. Sedangkan Umno dan MCA yang terpaksa menangguhkan pemilihan parti kerana bimbang berlaku perpecahan ketika Pilihan Raya Umum ke 13.

Selain itu Najib memberi komen yang sangat janggal bila menggambarkan perjuangan Pas tidak lagi untuk membangunkan sebuah negara Islam ataupun untuk kepentingan Islam itu sendiri bila mengulas mengenai keputusan pemilihan Pas dalam sidang akhbarnya di Rixos Hotel Kazakhstan .

Menyentuh dengan ucapan dasar Presiden PAS Membangun Negara Berkebajikan, Perdana Menteri cuba menutup kelemahan pemerintahannya dengan berkata sebenarnya negara kebajikan itu telah lama diperjuangkan oleh UMNO dan kerajaan selama ini.

Tidakkah beliau sedar bila bercakap soal kebajikan, dia sendiri telah membuka pekung didadanya bahawa kebajikan yang dimaksudkan ialah dalam konteks yang sangat sempit dan melibatkan kepentingan kroni dan rakan terpilih sedangkan rakyat Malaysia mengharapkan kebajikan yang lebih luas terutamana dalam soal harga barangan yang sering naik.

Itulah kebajikan yang dimaksudkan oleh PAS dan Pakatan Rakyat yang saya kira jauh langit dengan bumi seperti yang telah dilaksanakan oleh kerajaan BN lebih 50 tahun.

PAS dan PR menawarkan kebajikan secara menyeluruh tanpa mengira kelompok, agama dan bangsa, inilah tawaran yang dikemukakan oleh Presiden PAS dalam ucapan dasarnya.

Ulasan-ulasan Najib diatas saya kira merupakan pelengkap kepada kegusaran dan kegelisahan pemimpin BN yang melihat lonjakan yang berlaku kepada PAS dan Pakatan Rakyat hasil dari Muktamar yang baru berlangsung.

Sejak pengumumman saf kepimpinan baru PAS pada sabtu lepas yang menyaksikan Timbalan Presiden PAS beralih kepada Hj. Mohd Sabu, saya melihat semua media pro UMNO mula mengeluarkan pelbagai kenyataan dari pimpinan BN dan pertubuhan bukan kerajaan yang pro UMNO bagi menafikan kesan baik dan lonjakan yang berlaku hasil dari perubahan pucuk pimpinan PAS itu.

Apabila UMNO menjadi penakut untuk menampilkan kepimpinan baru bagi menghadapi PRU ke 13, sedangkan PAS mampu melakukannya tanpa mengalami perpecahan seperti yang didakwa UMNO maka itupun saya anggap sebagai satu kejayaan dan tamparan kepada UMNO.

Kalaulah UMNO sudah jadi penakut dan menangguhkan pemilihan pada tahun ini yang sepatutnya berlaku, apalah nilai ulasan yang berjela-jela dari sipenakut ini.

Kerana itu saya kira layak juga saya mengambil peluang untuk mencabar Najib untuk melakukan pemilinhan UMNO pada tahun ini dengan membatalkan penangguhan yang dilakukan.

Jangan haya berani memberi ulasan dari pelbagai sudut dan membuat pelbagai andaian yang tidak masuk akal selepas Muktamar PAS sedangkan UMNO sangat kecut perut untuk membuat pemilihan pada tahun ini.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
PARIT BUNTAR, 7 Jun 2011.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

alhamdululah pemilahan PAS telah selesai dah diharap saf2 yg baru dapat memperkasakan parti didlm menghadapi PRU 13 nee.. teruskan gerak kerja dan jangan dilayan kehendak BN tuu..perjuangkan hak rakyat dan menifasto yg dijanjikan pada PRU 12 dulu.. kalau tidak rakyat akan menilaikan yg negatif buat PAS