10 Jun 2011

Thai gempar wabak E.coli

8 Rejab 1432H. [MOD] -

BANGKOK - Thailand mengumumkan menemui bakteria pembunuh Escherichia coli (E.coli) di dalam buah avokado yang diimport dari Eropah, semalam.

Pihak berkuasa kini sedang memeriksa sama ada E.coli ditemui itu adalah jenis sama dengan bakteria yang sedang menyebabkan wabak berbahaya di Eropah.

Kerajaan Thailand meminta penduduk negara itu tidak panik kerana terdapat beberapa jenis bakteria E.coli yang kerap ditemui pada tanaman tetapi kebanyakannya tidak berbahaya.

Pengguna di negara itu disaran membasuh atau memasak sayuran dan buah-buahan segar dengan betul sebelum dimakan.

Di Eropah, penularan bakteria E.coli jenis berbahaya sehingga kini menyebabkan 25 orang terkorban dan 2,600 jatuh sakitdi Jerman sejak bulan lalu.

Pihak berkuasa masih gagal mengesan punca sebenar wabak itu yang boleh menyebabkan cirit-cirit berdarah, demam dan kegagalan buah pinggang serta kematian.

sinarharian/-

1 ulasan:

Iklanneka berkata...

diharap pihak bertanggungjawab membuat ujian keatas buah2 dan sayuran yang diimport ke malaysia sebelum diedarkan. jangan sampai ada kes baru nak siasat.