12 September 2011

Hantar sampah ke pejabat datuk bandar

14 Syawal 1432H. [MOD] -



PORTSMOUTH: Seorang wanita Ohio yang kecewa kerana kecelaruan dalam jadual memungut sampah selepas cuti umum bertindak membawa sampahnya ke pejabat datuk bandar.

Janice Shanks membawa dua beg sampah ke pejabat Datuk Bandar Portsmouth, David Malone, kelmarin.

Shanks berkata, sampahnya menimbun kerana keluarganya kumpul bersama di rumahnya ketika cuti dan dia tidak tahan bau busuk. Malone menerima sampah itu dan berkata dia akan membawanya ke Jabatan Pelupusan Sampah.

Menurut Malone, beberapa laluan ditinggalkan bagi membolehkan pihak majlis mengelak membayar kerja lebih masa. Menurutnya, berlaku kekeliruan mengenai cara notis dihantar kepada penduduk. - AP

Tiada ulasan: