16 Syawal 1432H. [MOD] -
Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) merupakan badan induk mahasiswa yang diiktiraf oleh Universiti Malaya. Bahkan, MPMUM dipilih sendiri oleh mahasiswa dalam pemilihan perwakilan pelajar yang dijalankan secara rasmi setiap tahun.
Namun kini, MPMUM telah menjadi asing di tempat sendiri. Malah, amat memalukan apabila mereka dihalang terlibat secara menyeluruh dalam Minggu Haluan Siswa Universiti Malaya yang telah berlangsung pada 4 hingga 9 September ini.
Alasan yang diberikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Prof. Dato’ Dr. Rohana, mereka telah melatih 300 orang Pembantu Mahasiswa bagi menjalankan tugas sepanjang minggu Haluan Siswa (MHS). Beliau juga mendakwa keterlibatan MPMUM dalam minggu orientasi hanya membuat 'kacau'.
Terdapat beberapa persoalan menjadi tanda tanya berikutan tindakan TNC HEP ini. Mengapakah MPMUM sebagai badan mahasiswa yang sah dinafikan hak untuk menjalankan perkhidmatan mereka dalam minggu orientasi?
Terdapat juga beberapa staf di fakulti dan Kolej Kediaman yang hairan dengan tindakan TNC HEP yang menghalang MPMUM daripada membantu mereka. Malahan para staf ini menyifatkan tindakan TNC HEP ini sebagai 'pelik' dan tidak masuk akal.
Juga yang menjadi tanda tanya, adakah tindakan TNC HEP ini berbaur dendam?
Jika kita melihat kronologi perjalanan MPMUM yang dimenangi oleh Pro-Mahasiswa pada pemilihan Februari lalu, tanda tanya ini mungkin ada benarnya. Dendam TNC HEP terhadap kemenangan kumpulan Pro-Mahasiswa nampaknya belum berakhir malahan semakin membarah.
Bermula awal kepimpinan MPMUM lagi, regim HEP di bawah Dr.Rohana telah memulakan agenda 'membalas dendam' terhadap kemenangan Pro-Mahasiswa. Bermula dengan melambat-lambatkan pengesahan kemenangan, penggantungan kemenangan ke atas 2 Calon Umum, kelewatan pembentukan kabinet dan pemberian watikah pelantikan sehingga mengambil tempoh 2 bulan setelah pemilihan. Kesemuanya sangat tidak berintegriti.
Dalam ucapan beliau, perkataan integriti seringkali diucapkan dan menjadi sebutan beliau di mana sahaja beliau berucap. Pokok persoalannya,adakah beliau sendiri faham makna sebenar integriti sedangkan dalam urusan pentadbiran beliau penuh dengan korupsi dan penipuan. Diskriminasi bermaharajalela dalam pemerintahan diktator beliau.
Satu persatu tembelang beliau semakin pecah. Persatuan yang tidak pernah wujud dalam Universiti Malaya telah diberi kuasa untuk mendoktorin mahasiswa baru.Persatuan itu adalah Penggerak Mahasiswa. Adakah Penggerak Mahasiswa ini persatuan yg mendaftar di universiti Malaya? Kenapa TNC HEP membenarkan banner penggerak di gantung dan badge penggerak diedarkan? Adakah itu integriti yang dicanangkan oleh beliau?
Jika ia benar, pengiktirafan Universiti Malaya sebagai universiti terbaik di dalam negara dan di peringkat dunia perlu dikaji semula. Hal ini perlu dilakukan kerana 'universiti terbaik' ini gagal mengangkat nilai-nilai demokrasi, hak asasi manusia dan nilai-nilai sejagat yang selayaknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan