14 September 2011

Kembar siam tertua di dunia rai hari jadi ke-50

16 Syawal 1432H. [MOD] -


GEORGE dan Lori membuktikan jangkaan doktor mengatakan mereka hanya dapat hidup hingga 30 tahun ternyata salah.
GEORGE dan Lori membuktikan jangkaan doktor mengatakan mereka hanya dapat hidup hingga 30 tahun ternyata salah.

LONDON: Kembar siam paling tua di dunia yang masih hidup melepasi ramalan doktor mencecah usia 50 tahun.

George dan Lori Schappell yang melekat di kepala meraikan hari jadi mereka Ahad ini. Pasangan itu bercadang meraikan hari jadi mereka dengan pergi ke London. Menakjubkan kerana kembar siam itu dapat menjalani kehidupan masing-masing secara berbeza. Lori ada menjalin hubungan dan George pula, memutuskan untuk hidup sebagai seorang lelaki. Lori juga juara boling 10 pin dan George adalah penyanyi country.

Lori berkata: “Ketika kami dilahirkan, doktor tidak fikir kami akan mencecah usia 30 tahun, tetapi kemi membuktikan yang mereka salah.

“Kami sudah belajar banyak perkara sejak 50 tahun lalu dan akan terus hidup dengan sepenuhnya.” Lori yang berketinggian 5 kaki 1 inci dilahirkan bertubuh sempurna, sementara George, 4 kaki 4 inci mengalami penyakit spina bifida yang menyebabkan masalah pergerakan. George tidak boleh berjalan, dia duduk di kerusi roda yang ditolak Lori supaya mereka dapat bergerak. - TS

Tiada ulasan: