16 Syawal 1432H. [MOD] -
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini menyaman Utusan Malaysia kerana didakwa memfitnahnya dalam isu tokoh kontroversi Mat Indera.
Peguam Hanipa Maidin berkata, writ saman difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.
Pengarang Utusan Datuk Aziz Ishak dinamakan sebagai defenden pertama manakala Utusan Melayu (M) Bhd sebagai penerbit dinamakan sebagai defenden kedua.
Menurut Hanipa, saman itu difailkan berikutan laporan Utusan pada 27 Ogos yang memetiknya melabel Mat Indera sebagai komunis.
Manakala, pada 28 Ogos pula, memetik Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Utusan melaporkan Mohamad didakwa "mengangkat kezaliman komunis sebagai kemuliaan".
malaysiakini/-
1 ulasan:
Oooh mengangkat kezaliman komunis sebagai kemulian salah. Kalau lah kerajaan benci sangat dengan komunis, kenapa BN/UMNO sanggup makan malam bersama mereka. Kenapa BN/UMNO luluskan lesen penerbitan akhbar mereka Jawapannya BN/UMNO adalah komunis sebenarnya dinegara ini. Parti UMNO itu parti komunis. Menteri2nya adalah anggota2nya. Ahli2 UMNO adalah balaci/anjing mereka. Apa bezanya komunis dulu dan sekarang. Dulu jadi komunis kerana nak bebaskan negara dari British. Komunis sekarang banyak menghancurkan negara. Remaja hancur, negara kelam kabut. Pemimpin2nya tamak.
Catat Ulasan