16 Syawal 1432H. [MOD] -
TRIPOLI - Paparan video selama 32 saat memaparkan pemimpin Libya digulingkan, Muammar Gaddafi bersama dua cucu lelakinya memberi satu pandangan sisi peribadi berbeza beliau.
Akhbar The Associated Press mendedahkan rakaman tanpa tarikh yang diperoleh melalui komputer riba salah seorang anaknya, Hannibal itu mungkin dirakamkan beberapa bulan lalu.
Rakaman tersebut menunjukkan Gaddafi, 69, kelihatan gembira melayan kerenah kedua-dua cucunya yang kerap memberi tabik hormat kepada datuk mereka selepas beliau selesai mengerjakan solat.
Imej seorang datuk penyayang adalah berbeza dengan sifat Gaddafi sebagai pemimpin diktator yang diketahui umum dan didakwa memerintah Libya dengan kejam selama 42 tahun.
Sementara itu, sekurang-kurangnya 15 pengawal keselamatan maut selepas pasukan barisan pertahanan pro-Gaddafi menyerang pusat pemeriksaan loji minyak di Ras Lanuf, kelmarin.
Tindakan serangan balas tersebut dilancarkan selepas Gaddafi berikrar untuk berjuang merampas Libya kembali.
sinar harian/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan