13 September 2011

Mayat reput ditemui di hutan Jalan Istana

15 Syawal 1432H. [MOD] -


Gambar hiasan

KUALA LUMPUR — Mayat seorang lelaki yang sudah reput ditemui dalam sebuah pondok di tepi kawasan hutan menghala ke Jalan Istana di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, mayat warga tempatan berusia 30-an itu ditemui lengkap berpakaian oleh seorang pencari burung di pada 3 petang tadi.
"Polis percaya lelaki itu mati lebih sebulan lalu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Wan Abdul Bari berkata, selain kad pengenalan lelaki yang berasal dari Cheras itu, turut ditemui di pondok itu adalah wayar dan kabel.
"Hasil siasatan, kita dapati dia mempunyai dua rekod lampau iaitu kes dadah dan curi,” katanya.
Mayat itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Wan Abdul Bari berkata, setakat ini polis mengkasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut kerana tidak terdapat unsur jenayah yang menyebabkan kematiannya.

Tiada ulasan: