13 September 2011

Menyamar pekerja awam untuk tipu wanita

15 Syawal 1432H. [MOD] -



DAMMAM: Polis Ahsa semalam berkata mereka menahan seorang warga Saudi berusia 40-an yang memperkenalkan diri sebagai kakitangan perkhidmatan awam kepada beberapa wanita dengan niat menipu dan memeras ugut mereka.

Jurucakap polis wilayah selatan, Leftenan Kolonel Ziyad Al-Riqaiti berkata, suspek yang tiada kaitan langsung dengan Kementrian Perkhidmatan Awam berjaya menipu sejumlah besar wanita. Beliau berkata, siasatan mendedahkan suspek biasanya menghubungi wanita yang memohon pekerjaan di kementerian itu. Dia kemudian memberitahu mangsa boleh membuat susulan mengenai permohonan jika mereka membayar sejumlah wang kepadanya dan merahsiakan hal itu.


Ziyad berkata, siasatan mendapati suspek sudah memperdaya sebilangan wanita muda dan memeras mereka selepas memperoleh data peribadi mangsa.

Tiada ulasan: