17 Oktober 2011

Afghanistan Tembak Tiga Pengebom Berani Mati

19 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KHOST, Afghanistan: Polis Afghanistan menembak mati tiga suspek yang disyaki merupakan pengebom berani mati di timur negara ini, pada Isnin.

“Pada waktu tengah hari, tiga suspek yang disyaki pengebom berani mati cuba memasuki bangunan Majlis Perbandaran dengan menaiki sebuah kenderaan yang dipercayai sarat dengan bom.

“Kami percaya Datuk Bandar merupakan sasaran mereka dan sejurus polis menembak mati ketiga-tiga suspek, kenderaan tersebut meletup menyebabkan seorang petugas di bangunan tersebut maut,” kata jurucakap wilayah Paktia, Rohullah Samoon. – AFP

Tiada ulasan: