30 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 28 Okt — Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) mahu nasib dialami bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi dijadikan pengajaran oleh semua pihak terutama pemimpin negara agar tidak menjadikan kekuatan sebagai tunjang pemerintahan dan mengabaikan amanah rakyat.
Presiden Isma Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, peristiwa pembunuhan Muammar dan kejatuhan pemimpin-pemimpin Arab yang lain, sejak awal tahun ini, seharusnya dijadikan pengajaran oleh semua pihak terutamanya pada pemimpin negara agar tidak menggunakan kuasa kekuatan semata-mata untuk memaksa rakyat.
Muammar (gambar) terbunuh selepas ditangkap Khamis lalu di sebalik kebangkitan rakyat sejak Februari lalu.
Malah menurut beliau, pemerintah tidak harus memisahkan diri daripada rakyat dan membelakangi mandat rakyat.
“Pemerintah tidak harus memisahkan diri daripada rakyat dan membelakangi mandat rakyat,” kata beliau.
Katanya, Muammar akhirnya tumbang dan mayatnya tersungkur ke bumi di tangan rakyatnya sendiri manakala dunia menyaksikan episod berakhirnya hidup seorang diktator yang mengerikan.
Muammar menaiki takhta kerajaan Libya selepas merampasnya dari tangan Raja Idris pada 1 September 1969.
Serentak dengan itu, Libya diisytiharkan sebagai Republik Arab Libya dan Muammar ditabalkan sebagai presiden.
“Pemerintahan beliau selama 42 tahun disifatkan sebagai kerajaan diktator dan kuku besi yang tertegak di atas pembolotan kekayaan negara dan memaksa rakyat supaya tunduk dan patuh di bawah kuasa beliau dengan kuasa ketenteraan,” kata beliau.
Abdullah Zaik menambah meskipun Muammar dikagumi ramai pihak kerana ketegasannya dalam soal Palestin dan isu umat Islam yang lain, kejahatan dan kezaliman beliau terhadap rakyat dan pihak pembangkang khususnya tidak dapat dimaafkan.
malaysian insider/
2 ulasan:
Sedih dengan kematian beliau.. Semoga ruhnya dicucuri rahmat...
Belum keluar dari jaringan matriks ni...
Mamat ni tau ke ape dia cakap....... dapat berita dari mana ye? Dia tau tak Mouammar Gaddaffi diinaya oleh puak-puak Yahudi bersongkolkan dengan PBB Dan NATO. Jangan buat pembandingan yang tiada fakta-fakta yang benar.
Banyak hadis-hadis menyebut larangan mengikut mush-musuh Islam tapi mason Ada yang terpedaya.
Catat Ulasan