30 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
PERMATANG PAUH, 28 Okt: Nisa’ Permatang Pauh mengambil inisiatif dalam mendekati generasi muda dan masyarakat dengan menganjurkan Pertandingan Bola Jaring Piala Zainab Al-Ghazali yang telah diadakan di gelanggang bola jaring Institut Kemahiran Belia Negara, Bukit Mertajam, baru-baru ini.
Menurut Pengarah Nisa’ Permatang Pauh, Rafidah Abd Razak, Nisa’ sangat menghargai penyertaan semua pemain dan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dalam menjayakan program itu.
Beliau berharap melalui penganjuran program seperti itu dapat mengeratkan hubungan kasih sayang dan persaudaraan sesama manusia tanpa mengira latar belakang kehidupan.
Perasmian program itu telah disempurnakan oleh Penasihat Nisa’ Permatang Pauh, Suraya Saad yang disertai 11 kumpulan dan perlawanan diadakan secara liga.
Kumpulan Mawardah telah berjaya menjadi johan dan memenangi Piala Zainab Al Ghazali beserta wang tunai RM500. Manakala naib johan dimenangi Permata Netball Club dan tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan Super Strike Girls.
Kumpulan-kumpulan lain yang menyertai pertandingan adalah Puteri IKBN, IKBN Ladies, Khalifatul Humaira’, al-Usrah, Geng Jem dan Masriyah.
Rafidah berkata, Nisa’ akan terus berusaha untuk mendekati golongan remaja dan belia melalui program-programnya seperti aktiviti sukan, kem untuk pelajar sekolah dan juga khidmat masyarakat.
“Melalui program-program sebegini, Nisa’ berpeluang untuk sama-sama memupuk dan menanamkan nilai-nilai sosial yang murni kepada para remaja dan belia,” katanya.
harakahdaily/-

1 ulasan:
tahniah..
http://www.legendnetball.com/
Catat Ulasan