28 Oktober 2011

Qantas Airways batal 70 penerbangan akibat mogok pekerja

30 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

SYDNEY: Qantas Airways membatalkan 70 penerbangan berikutan tindakan mogok yang dilakukan pekerja di lapangan terbang.

Syarikat penerbangan Australia itu berkata, kira-kira 10,000 penumpang akan terjejas apabila mogok berkenaan dilancarkan Kesatuan Pekerja Pengangkutan hari ini.

Qantas berdepan mogok kesatuan berkenaan yang diwakili mekanik pesawat, juruterbang, pengendali bagasi dan penyedia makanan.

Ahli kesatuan itu bimbang terhadap perancangan syarikat berkenaan untuk memindahkan pekerjaan ke luar negara dan menuntut supaya gaji dinaikkan serta persekitaran tempat kerja ditingkatkan.

Perdana Menteri, Julia Gillard berkata, kerajaan akan campur tangan sekiranya mogok bermula kerana ia boleh mengancam ekonomi negara. - AP

1 ulasan:

Awanama berkata...

DAN PENERBANGAN MALAYSIA AKAN IKUT SAMA JEJAK QANTAS AIRWAYS
BILA TIBA MASA NYA. SABARLAH SAMA KITA BERJUANGKAN. FIKIRKAN
KEUNTUNGAN HILANG KEMANA OLEH ORANG ATASAN.