28 Oktober 2011

RM19.8 juta untuk rakyat Perak, PRU 13 semakin hampir.

30 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

LUMUT 27 Okt. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membuat lawatan sehari ke Perak hari ini, mengumumkan pelbagai peruntukan berjumlah RM19.8 juta kononnya demi faedah rakyat berbilang kaum di negeri ini.

Peruntukan tersebut lebih menumpukan kepada usaha membangunkan bidang pendidikan serta kemudahan infrastruktur di beberapa kawasan di Perak.Ianya disalurkan dalam keadaan PRU ke 13 semakin disebut dan semakin hampir dengan pembubaran parlimen yang dijangka berlaku seawalnya pada tahun ini.

Lawatan itu juga sempat mendapat liputan muka hadapan Sinar Harian edisi Perak hari ini(gambar).

Ketika menghadiri majlis perjumpaan dengan guru-guru agama di Universiti Teknologi Petronas (UTP), Seri Iskandar, dekat sini, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran mengumumkan peruntukan RM15.8 juta untuk membantu Sekolah Bantuan Agama Kerajaan (SBAK), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA).

Sebelum ini beberapa blog melaporkan terdapat sekolah agama yang diarahkan ditutup dan kebayakan yang kami tinjau diarahkan menghantar 10 orang guru ke majlis bersama Muhyiddin itu.

Terdahulu, Muhyiddin turut meluangkan masa kira-kira 30 minit melawat Quest International University Perak (QIUP) di Jalan Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, dekat sini.

Pada sebelah petang pula, beliau juga mengumumkan peruntukan berjumlah RM4.75 juta untuk penduduk di kawasan Parlimen Lumut.

Peruntukan tersebut merangkumi pembinaan masjid di Teluk Muroh bernilai RM1.5 juta, pembinaan SAR Taufikiah di Lekir (RM350,000) dan pemberian sebuah van untuk Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu 10, Lekir bernilai RM100,000.

Peruntukan lain ialah pembinaan SAR Pasir Panjang (RM300,000), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Pangkor (RM1 juta) dan pembinaan Dewan Orang Ramai Batu 10, Lekir bernilai RM1.5 juta.

“Saya harap bantuan yang diberikan ini akan memberikan kemudahan kepada rakyat di kawasan tersebut,” katanya ketika melancarkan program School Times di SMK Batu Sepuloh, Lekir di sini, petang kelmarin.

1 ulasan:

sah_saf berkata...

Alhamdulilah semoga Allah memberkati segala usha utk kebaikan