28 Oktober 2011

Laman web FAM digodam dikait dengan protes harga tiket mahal

www.fam.org.my

30 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Laman rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) www.fam.org.my dilaporkan telah digodam pihak tidak bertanggungjawab, awal pagi ini.

Laman web itu, difahamkan tidak lagi berfungsi seperti biasa, sebaliknya telah mempamerkan logo FAM yang diubah suai dengan meletakkan imej ‘khinzir’ dan turut dimasukkan rakaman dua rakaman video berbau provokasi.

Apabila kami membuka lapam rasmi FAM itu sebentar tadi, perkataan dibawah tertera :

Not Found
The requested URL / was not found on this server.
Additionally, a 404 Not Found error was encountered while trying to use an ErrorDocument to handle the request.

Selain itu, laman web yang sempat digodam dengan latar belakang warna merah itu turut menyelitkan satu artikel dari sebuah akhbar tempatan (bukan terbitan Utusan Malaysia) bertajuk ‘Harga tiket RM50 wajar’.

Kata-kata herdikan yang menggunakan bahasa kesat turut diselitkan pada laman yang digodam itu.

Provokasi terbaru ini difahamkan wujud dan ada kaitan akibat kenaikan harga tiket perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu, Sabtu ini.

Dalam perkembangan yang berkaitan, Polis menolak andaian kejadian melempar cat merah di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya dekat sini berpunca daripada isu kenaikan harga tiket perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia, Sabtu ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, bagaimanapun berkata polis akan menyiasat sama ada wujud unsur khianat atau hutang kerana insiden sedemikian boleh berlaku atas pelbagai sebab.

"Andaian bahawa ia adalah sebab harga tiket itu spekulasi orang, tetapi sebab sebenarnya kita akan siasat," katanya kepada pemberita selepas majlis pemakaian pangkat Koperal 'Time Base' di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi itu, lima bungkus plastik mengandungi cat merah dilempar empat lelaki bermotosikal dari luar kawasan wisma itu sehingga mengotori lantai pintu depan serta memercik dan bertompok pada dinding tingkat satu serta bumbung.

Sebahagian cat turut mengenai kereta seorang pengawal keselamatan bertugas yang diletakkan berdekatan pagar wisma berkenaan. Bagaimanapun, sebuah bas milik FAM tidak diapa-apakan.

Tiada ulasan: