09 November 2011

Banjir: Bangkok mahu upah 2,000 lagi pemungut sampah

12 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

BANGKOK: Thailand bercadang mengupah 2,000 pekerja tambahan bagi memungut sampah sarap yang semakin bertimbun di sekitar kawasan yang dilanda banjir terutama di ibu negara itu.

Sebahagian daripada sampah itu kini memenuhi Bangkok yang dilanda banjir terburuk dengan bahan buangan seperti pokok, haiwan mati dan sisa industri yang mencetuskan kebimbangan boleh membawa wabak penyakit.

Pemungut sampah yang kebanyakannya terpaksa menggunakan bot kerana meredah banjir kini bertungkus-lumus untuk memasuki kawasan banjir teruk di pingggir Bangkok.

Gabenor Bangkok, Sukhumbhand Paribatra memberitahu pemberita semalam, pihaknya mahu mengupah 150 pemungut sampah tambahan dan membekalkan mereka peralatan lengkap sepanjang tahun ini.

Bangkok kini mempunyai kira-kira 17,000 pekerja memungut sampah dan tukang sapu bagi jalan raya. - AFP

Tiada ulasan: