12 Zulhijjah 1432H. [MOD] -
BEKAS-BEKAS peluru mortar bertaburan di atas jalan di sebelah kenderaan yang musnah di depan bangunan yang dibedil di Sirte, kelmarin. Sirte merupakan satu daripada kubu terakhir Muammar Gaddafi. - AFP
KAHERAH - Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) semalam mengumumkan untuk memulakan kerja-kerja pembersihan peluru hidup di dua bekas kubu kuat Muammar Gaddafi.
"ICRC akan menjalankan kerja pembersihan peluru hidup di bandar Sirte dan Bani Walid dengan memberi tumpuan di kawasan yang boleh memberi ancaman kepada penduduk, terutamanya di beberapa kawasan perumahan.
"Misi utama kami adalah untuk meminimumkan jumlah kematian di kalangan penduduk awam," kata pegawai ICRC, Guy Martohe dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, petugas ICRC di Sirte sudah mula mengedarkan risalah, poster dan menggantung iklan sebagai usaha untuk memberi peringatan kepada penduduk mengenai bahaya yang mungkin berlaku.
Dalam pada itu, lebih 100 penduduk cedera atau terbunuh akibat terkena peluru hidup sejak tamatnya pergolakan di Libya pada bulan lalu.
Sejak Mac lalu, ICRC melupuskan hampir 1,400 senjata perang, bom tangan dan mortar di seluruh Libya.
Bani Walid dan Sirte menjadi tempat persembunyian terakhir Gaddafi sebelum ditangkap dan dibunuh pada bulan lalu. - DPA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan