12 Zulhijjah 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 9 Nov: Dewan Ulamak PAS Pusat amat berdukacita terhadap apa yang berlaku di Syria yang melibatkan lebih 3,500 rakyat negara itu dibunuh.
“Kita amat berdukacita terhadap apa yang berlaku, khususnya apabila melibatkan negara umat Islam,” ujar penolong setiausaha dewan itu, Ustaz Nazmi Nik Din.
Beliau mengulas al-Jazeera yang memetik laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Hak Asasi Manusia menyatakan bahawa sejak bulan Mac yang lalu, jumlah rakyat Syria yang telah dibunuh sepanjang konflik yang berlaku di negara itu telah melebihi 3,500 orang.
Sehubungan itu, Dewan Ulamak PAS Pusat mendesak Pertubuhan Negara Persidangan Islam (OIC ) yang mana Malaysia adalah salah satu anggotanya agar memainkan peranan yang sewajibnya agar pembunuhan tersebut dapat dihentikan sesegera mungkin.
Ini, katanya adalah kerana apa yang berlaku di sana turut akan memberikan kesan kepada umat Islam di negara ini kerana umat Islam adalah bersaudara.
“Kita mahu Malaysia bertindak memainkan peranan yang lebih ke hadapan dan efisien dalam menyelesaikan kemelut di Syria, walaupun kita tahu kemampuan negara kita agak terbatas dalam memberikan tekanan namun sekurang-kurangnya kita menyatakan pandangan dan pendirian kita.
“Mana mungkin kita hanya melihat sahaja dengan mata kita sedangkan saudara kita dibunuh saban hari tanpa belas kasihan,” tegas beliau lagi.
harakahdaily/-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan