09 November 2011

Pemuda PAS Perak turun padang di DUN Kubu Gajah sempena Hari Raya Korban

12 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

8 November 2011 (LARUT) - Dewan Pemuda PAS Negeri Perak meneruskan sambutan Hari Raya Korban tahun ini bersama Dewan Pemuda PAS Kawasan Larut pada hari ketiga telah mengagihkan daging korban kepada hampir 400 penerima keluarga miskin, oku, warga emas dan ibu tunggal yang tinggal di sekitar Dewan Undangan Negeri Kawasan Kubu Gajah, di sini.

Program agihan sehari suntuk tersebut, selain daging lembu sebanyak tujuh ekor dan lima ekor kambing turut diberikan adalah barangan keperluan kepada penerima yang diberikan melalui serahan rumah ke rumah. Serahan diketuai oleh Setiausaha Pemuda PAS Perak, Salman Saleh dan Ketua Pemuda PAS Larut, Mohd Nazri Din telah bergerak seawal pagi setelah daging korban selesai diproses.

Untuk hari ketiga ini sahaja, tumpuan diberikan disekitar DUN Kubu Gajah yang mana Mohd Nazri juga adalah bekas calon di DUN tersebut. Usaha mendekatkan masyarakat dan PAS melalui program kebajikan ini akan diteruskan di lain-lain tempat terutamanya kepada yang amat memerlukan.

SAFARIZAL SALEH
Penolong Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

terbaekk dari ladang